Abang, saya mahu kahwin!

in the name of Allah

request dari salah seorang hamba Allah... selamat membaca!

tujuan utama nk berkongsi nie adalah untuk mmbtulkn niat di hti para syabab agar stiap prkara yg ingin dn telah dilakukn adalah untuk mncapai mardhotillah...tidak meletakkn kehendak nafsu melebihi amanah kita kpd ALLAH sbg seorg hamba ALLAH dn khalifah untuk menaikkn agama ALLAH dari segi ibadah akhlak dn dakwah..

Abang, saya mahu kahwin!
Oleh : BroHamzah

“ Abang, saya ada hajat,” Satu ungkapan keluar daripada seorang sahabat.
“ Ya?,” Soal saya ringkas.
“ Saya hajat hendak kahwin,” Katanya berterus terang.

Sejak akhir-akhir ini, dialog sebegini kerap hadir dalam kehidupan seharian saya. Ada di kalangan mahasiswa yang berhajat untuk berpasangan, ingin mendirikan
rumah tangga dan dengan ungkapan mudah : ingin berkahwin.

“ Dan nikahkanlah orang bujang di kalangan kamu dan hamba lelaki dan perempuan yang patut untuk menikah. Jika mereka itu miskin maka nanti Allah berikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas kurnianya lagi Maha Tahu.”

( An-Nur : 32)

Perkahwinan itu

Saya tidak halangan buat kalian. Bagi saya, berkahwin adalah hak semua bangsa dan manusia. Cuma ringkas sahaja nasihat saya bagi mereka-mereka yang mempunyai hajat ini.

1. Perkahwinan itu adalah gabungan kepada satu amanah, tanggungjawab dan bebanan yang sangat berat. Ia bukannya soal kecil tetapi amanah kubra.

2. Perkahwinan bermakna anda akan melangkah ke alam yang baru dan zaman yang berbeza dari sebelumnya. Ia bermakna, anda perlukan “sesuatu” sebelum melangkah ke sana.

3. Perkahwinan, ia perlukan persediaan, persiapan dan segala bentuk perapian yang harus anda lihat secara menyeluruh.

4. Perkahwinan membawa erti kepada perubahan kehidupan bersendirian kepada berteman. Perubahan untuk menerima seseorang yang akan menjadi pendamping dan peneman hidup.

5. Keputusan perkahwinan dibuat atas timbangan kematangan, kedewasaan dan dipandu dengan suluhan cahaya pedoman yang jelas, terang dan benar.

6. Perkahwinan juga adalah kesediaan untuk menerima kelebihan, kekuatan, kelemahan dan kekurangan pasangan yang akan menjadi teman setia dalam mengharungi bahtera rumah tangga.

7. Perkahwinan harus diatur dengan menyedari dan memahami [2] perkataan iaitu keperluan dan kemampuan. Fikirkan keperluan sebelum, semasa dan selepas berkahwin. Dan Renungkan kemampuan sebelum, semasa dan selepas berkahwin.
Zaman Kampus


Adik-adik mahasiswa dan mahasiswi ku

Perkahwinan diasas, dibina dan dibentuk melalui jalan-jalan yang bersih, suci dan jernih. Kerana itulah anda harus melaluinya melalui penuntutan ilmu yang sahih. Saat ini, fokuskan kepada akademik dan ilmu anda. Zaman kampus adalah zaman membina kegemilangan, kecemerlangan dan kejayaan diri.

Ajakanku kepada kalian :


1. Ayuh, kita sibukan diri dengan aktiviti keintelektualan dan keilmuan yang mampu membina kematangan kita dalam berfikir

2. Sibukan jadual harian dengan program-program yang dapat mengilap potensi hati, dan diri untuk terus menerus dekat dan hampir dengan
Allah SWT. Hadirilah program-program, dan aktiviti-aktiviti yang memberikan sentuhan keimanan kepada kalian. Tazkirah mingguan, ceramah-ceramah motivasi, kuliah pengajian Islam, kursus-kursus memperkasa soft skill, ceburi aktiviti khidmat kemasyarakatan dan sentiasa mencari peluang untuk berbakti kepada bangsa dengan saluran yang ada.

3. Sentiasa fokus dalam merancang, melaksanakan pelan tindakan dan menilai kemajuan diri dalam aspek-aspek pembangunan kemahiran diri secara konsisten

4. Memilih dan bersahabat dengan mereka-mereka yang mempunyai kecenderungan untuk meningkatkan kecemerlangan diri sama ada dari aspek intelek, jasmani, ruhani dan emosi.

5. Berlatihlah untuk memikirkan perkara-perkara yang besar agar, akan lahir dari jiwamu sifat-sifat kepimpinan yang besar dan sentiasa berpandangan jauh ke hadapan

6. Berfikirlah untuk membangunkan diri, penyelesaian permasalahan ummah, meningkatkan kualiti kepakaran keilmuan kendiri dan sebagainya.

7. Anda mampu merubahnya.
Kendalikan perasaan itu dengan berhemah dan berhikmah

“Tidaklah seorang hamba mencapai darjat muttaqin (orang yang takwa) sehingga ia meninggalkan sesuatu yang tidak terlarang kerana khuwatir terjatuh pada yang terlarang.”

(HR Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Hakim dari Athiyyah as-Sa’di dengan sanad sahih)

Adik-adik mahasiswa mahasiswi yang dihormati,

Saya sangat-sangat memahami perasaan, cetusan rasa dan keinginan naluri yang sentiasa wujud dalam sanubari anda semua. Namun, marilah dengan penuh berhemah dan berhikmah kita sama-sama mengendalikannya dengan panduan suluhan syara’. Perasaan itu fitrah. Perasaan itu pemberian Allah SWT. Ia adalah anugerah kurniaan Sang Pencipta. Kita harus bijak mengemudinya dengan cermat. Ingatanku ini buat kita semua :

1. Perasaan dihati yang hadir, biarlah ia disemai dengan asas keimanan yang sentiasa membajai hati dengan ruh-ruh ketauhidan dan semangat mencintai deen Islam.

2. Peliharalah ia dengan amalan soleh yang menyucikan, menjernihkan dan membersihkan hati kita. Tingkatkan mutu Solat Fardu dengan sentiasa berjemaah. Perbanyakan amalan solat sunnat semampu yang boleh. Lazimilah istighfar dan zikrullah setiap detik kehidupan. Luaskan talian ukhuwah fillah sesama insan. Jadikan solat tahajud di malam hari sebagai amalan kekuatan ruhaniyah. Dan, sentiasa berazam untuk mengerakan dakwah dan tarbiyah sebagai nadi kehidupan.

3. Naluri perasaan itu, kawallah ia dengan panduan daripada Rasulullah SAW. Perbanyakan ibadah puasa sunnat, bergaul dan sentiasa bersama sahabat-sahabat yang cenderung kepada kesolehan. Pelihara pandangan mata kalian, dengan menundukannya daripada melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan cegahlah daripada terlibat dengan aktiviti pergaulan bebas.

4. Janganlah memilih untuk jatuh cinta terhadap lawan jantina pada ketika bukan saatnya. Anda berhak untuk melakukan pilihan. Andai diberi pilihan untuk jatuh cinta dan membangunkan cinta, maka – jika saya – pilihlah untuk membangun cinta. Kita gerakan perasaan ini dengan membangunkan cinta yang utama. Belajarlah tentang cinta. Dengan cinta hakiki , kita akan menghargai hayah ini.

5. Dalam soal jodoh, usahlah sibuk “mencari” tetapi pintalah ia kepada Allah SWT. Memohon dalam tadahan munajat yang menjadikan cinta Allah itu tunjang kepada segala-segalanya. Kepasrahan, pergantungan dan pengharapan itu membulat kepada Allah, InsyaAllah kalian akan dikurniakan “seseorang” yang sangat istimewa dalam hidup. Yakinlah!

6. Saat dan ketika, sibuklah dengan proses pembangunan dan pembentukan diri kalian. Self development itu lebih utama dan penting. Proses menyolehan, pembaikan dan pengislahan diri harus berlaku dengan konsisten, berterusan dan berkesan. Bermula dari sinilah, persediaan ke arah fasa pembinaan hidup berumah tangga akan lebih berfokus, kukuh, mantap dan menyakinkan!.


Kalam Akhir

Adik-adik sidang pembaca,

Ku tahu, nukilan dan coretan ini begitu sukar dibumikan. Ia memerlukan dedikasi kesabaran yang tinggi dan mujahadah yang sangat luar biasa kepada keupayaan kendiri. Namun, inilah seharusnya yang kita lalui dalam proses didikan hati (Tarbiyah Qalbi)

Tiada yang mudah, kecuali ia adalah kepayahan, kesusahan dan keperitan.

Tiada jalan pintas, short cut atau pendek, kecuali ia adalah jalan yang panjang dan lama

Inilah proses. Suatu bentuk didikan amaliyah. Menuntut kita memahaminya, menghayatinya, menyakininya, melaksanakannya, membuatnya, mengamalkannya dan membumikannya dalam hayah ini.

Saya juga sedang berusaha ke arah itu, dengan kudrat yang ada.

untuk maklumat lgi detail...layarilah http://brohamzah.blogspot.com/search/label/Cinta

smoga dpt mmbri manfaat kpd kita smua..amin..



3 comments:

AmirSyafiq said...

(tekan.butang.like)

muna majidah said...

kalau rajin, baca ini pula
http://ms.langitilahi.com/perkongsian-muslimah-lembik-sebab-fikir-baitul-muslim/

iman_insyirah said...

isu kahwin awal dan isu baitul muslim adalah isu hangat especially for student oversea
ada yang berkahwin semasa belajar mampu m'dpt result yg terbaik
namun ada jua yang tidak mampu menanggung beban
yg pntg,utamakan apa yg utama,take decision bpndukn iman n syariat,bkn m'ikut nafsu
~asif komen pnjg sgt.this post made me interested to comment:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers