The Sky is not always clear


Khamis,4 Feb: Seorang budak lelaki yang berasal dari Kelantan telah menggemparkan penduduk setempat kampungnya apabila beliau menemui sesuatu kejadian alam yang amat pelik berlaku.


Ketika diwawancarai,beliau yang suka dikenali sebagai Ali,berkata," saya amat terkejut ketika itu. Sewaktu itu saya sedang asyik memancing bersama rakan saya di sebatang sungai yang amat jernih airnya,tidak tercemar langsung dek pencemaran alam yang sedang rancak menyerang seluruh dunia. Saya dan rakan saya ini juga amat menyayangi serta mencintai alam sekitar.Kami juga selalu bersama-sama melawat pokok-pokok yang telah ditebang,sambil memerhatikan kejadian alam ini."


Disebabkan beliau telah tersasar jauh dari tajuk perbincangan,wartawan terpaksa mencelah bertanya tentang kenyataan yang telah dibuat oleh beliau. Ali menambah,"setelah saya perhatikan,saya dapati,langit tak selalunya cerah!" dengan penuh bersemangat sehingga pena wartawan hampir tercampak jatuh.


Benar! Langit tak selalunya cerah. Pabila hilangnya mentari,gelaplah ia. Pabila mendung bertandang,sirnalah cahayanya. Begitu juga dengan kehidupan kita. Tak selalunya kita akan berada statik dalam suatu keadaan mahupun fasa. Ada masanya,awan mendung akan datang bertandang dalam hidup kita. Tatkala itulah kita merasakan betapa berharganya ketika mentari menyinari hidup kita.

Tak selamanya kita akan senang. Tak selamanya kita akan susah. Namun, kita perlu percaya, tanpa usaha, kita tak akan berubah dari tampuk lama. Sebab itu,Segalanya bermula dengan usaha kita. Janganlah hanya pandai mengharap,memupuk impian setinggi gunung,namun usahanya,hanyalah sekadar berkata-kata.

Kadang kala,lebih mudah untuk kita lakukan sesuatu tanpa berkata tentangnya. Ini kerana,apabila kita telah cerita apa yang kita mahu lakukan,biasanya, semangat kita mahu buat sudah hilang. Namun,lain jadinya kalau kita buat dahulu, baru kita cerita. Tak percaya? Cuba lakukan.

Sebaik sahaja habis diwawancarai,Ali terus berlari pulang ke rumah kerana ketakutan apabila melihat langit yang mula berubah. Para wartawan juga berkejar masuk ke kereta.

Saya IFAB,melaporkan untuk berita BuLanan. Sekian.

4 comments:

little daie said...

bismillahirrahmanirrahim...

testing

ifab2004 said...

owh,nad baru tau ke yg dulu2 takleh komen?

Iqmal Hisham Kamaruddin said...

Salam...Apasal sama je mcm kt blog sndri....hehe...

Anonymous said...

Yay! Before this, anonymous or someone yang tak ada blog can't post comments. But now, the anonymous can post too! Thx! ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers