KecilMenipuBesarMencuri - Nauzubillah

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

 Canselori

"Haah? Esok dah nak naik cuti?"
"Eh, dah habis dah exam? Cepatnya!"
"Wargh, esok tarikh tutup isi permohonan degree? Ana tak isi lagi!"

Masa itu abstrak dan subjektif.
Kadang-kadang masa lambat berlalu, contohnya time menunggu bas Usim.
Kadang-kadang masa itu amat pantas berlalu, masa exam katakan. "Eh, eh. Dah habis masa dah? Ana tak habis lagi jawab soalan first nih!"

Mungkin ini antara sebeb kenapa Allah swt bersumpah dengan masa di dalam surah al-Ashr,

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian."
[103 : 1-2]

.....

Hari ini kita mengutuk individu-individu yang corrupt dalam mana-mana organisasi. Kita mengatakan bahawa mereka tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab. Pengkhianat Negara, pembelot bangsa dan sebagainya.

SalahTatabahasaTetapiMesejnyaAda

Ana kesal apabila mendapat tahu bahawa masih ada di antara kita yang kurang menjaga amanah dengan cara meniru dan berbincang jawapan semasa Peperiksaan Pertengahan Semester baru-baru ini.

Ana terfikir, apa sebenarnya yang kita kejar?

Markah yang tinggi?
Anugerah dekan?
Pujian kawan-kawan?
Nampak hebat?
Atau ilmu itu sendiri?

Muraqabah-kanDiriKita

Ikhwah Akhawat
Rezeki kita Allah yang tentukannya.

Marilah kita sama-sama beriman kepada Allah yang Maha Memberi Rezeki, yang Maha Melihat, yang Maha Adil.

Perbuatan-perbuatan seperti meniru, berbincang semasa peperiksaan sedang berlangsung menunjukkan sikap terlalu bergantung dan mengharap kepada jawapan-jawapan yang disangkakan tepat oleh sesetengah pihak serta kononnya dapat menyumbang kepada perolehan markah.

Sedar tak sedar, perbuatan tersebut seolah-olah menunjukkan bahawa kita lebih beriman dengan jawapan yang betul, dengan markah.

Kurangnya kita beriman dengan Allah swt yang memberi keizinan untuk kita menjawab soalan-soalan yang diberikan, yang memberi ilham kepada guru-guru yang menanda kertas jawapan untuk memberi markah bagi setiap jawapan yang tepat.

Sahabat-sahabatku sekalian,
Ana mohon, carilah keberkatan dalam menjawab soalan.

Juga,
Carilah keberkatan dalam menuntut ilmu.

InginKeFEM?

Sahabat-sahabat sekalian,
Menuntut ilmu merupakan satu perbuatan yang mulia.
Setiap individu ada matlamat masing-masing dalam menuntut ilmu.

Ada insan yang mahukan ilmu untuk dimanfaatkan.
Ada yang nak pointer tinggi untuk mengambil certain course.
Ada yang inginkan ilmu untuk mencari keselesaan hidup.
Ada yang mahu mendapatkan pekerjaan yang bagus.
Ada yang nak score bagi membuktikan bahawa Muslim juga mampu bersaing.
Ada individu yang mahu membela nasib ummah dengan ilmu.
Ada yang hendak menggembirakan ibu bapa dan keluarga dengan keputusan yang cemerlang.

Dan lain-lain.

MasihMengejarDunia?

Logiknya, apabila sponge dicelup dengan air kopi, ianya hanya akan mengeluarkan air kopi juga apabila diperah. Bagaimana kita boleh terfikir bahawa air jernih akan muncul sekiranya sponge itu dahulunya diserapkan dengan air kopi?

Begitu jugalah dengan matlamat-matlamat suci murni kita dalam menuntut ilmu. Hanya dengan cara yang baik, barulah matlamat yang baik akan dapat dicapai, insyaAllah.

Zionism-SuatuCaraPemikiran

Sekian sahaja.
Harapnya perkara yang sama tidak akan berulang lagi.
Ana mohon maaf atas segala kesalahan dan kejahilan ana selama ini.

Assalamualaikum.

MasihAdaWaktu

[Harith] Tidak ada istilah gagal, yang ada hanyalah belum berjaya. Itu konsepnya…
[amirS] Banggalah dengan usaha kita sendiri, bersyukur dan redhalah dengan apa yang kita perolehi
[amirS] Motto target utk final exam :
“Bersih, Bersedia, Muraqabah”
[amirS] Minta kerjasama semua untuk matang sedikit di ShoutMix Warung TAC, jzkk

BittaufiqWannajah!

2 comments:

IzhaarAmin said...

wau amir!!!ada bakat!!
kagum aku!
ko boleh ganti fazilah kamsah!

haidaf said...

ad k patut time exam hr 2,
ad sorg stdnt gtau mdm,soklan salah..ske hati mak bapak laki tiri mak dye jew..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers