UniversitiSainsIslamMalaysia
Assalamualaikum wbt
kaifa halukum, warga-warga Tamhidi Perakaunan Muamalat yang disayangi sekalian?
semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.
jaga kesihatan ek, memandangkan kurang seminggu lagi kita akan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Semester Sesi 2009/10.
tak nak la pula terdengar soseh-soseh, "ana tak sihat la harituh, time exam. Tak perform!"
minta-minta, semuanya berada dalam keadaan paling bertenaga, paling segar, dan paling bersedia.
Takbir!
insyaAllah, hari ini ana nak berkongsi sedikit sebanyak informasi yang baru ana perolehi.
tadi ana belek-belek laman-laman dalam internet ni jap, cari isu-isu ekonomi, pelajar TAM la katakan.
terjumpa subjek Pengajian Am, STPM.
STPM pun STPM lah, janji ekonomi, antum boleh belek-belek kat internet jugak, mana tahu terjumpa benda yang sama ;)
"Malaysia dan negara-negara membangun yang lain atau dikenali juga sebagai Negara-negara Selatan menghadapi beberapa masalah ekonomi akibat terlalu bergantung pada hasil eksport."
apa itu Negara-negara Selatan?
google jap, jumpa! (alhmdlh)
Negara-Negara Selatan
juga dikenali sebagai Negara - Negara Dunia Ketiga. (Third World Countries)
Negara-negara ini mempunyai banyak persamaan dari segi latar belakang ekonominya dan pernah dijajah oleh kuasa Barat. Negara ini masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah. Pergantungan kepada negara-negara maju adalah kerana Negara-Negara Selatan tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap. Pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil seperti kawalan terhadap harga bahan mentah dan pengenaan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan. Oleh itu, matlamat kumpulan ini adalah untuk mengatasi harga eksport bahan-bahan mentah dan meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota tanpa bergantung kepada negara-negara maju.
okeh, sambung balik.
"Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana kira-kira 50% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia merupakan kegiatan eksport (ekonomi terbuka - open economy). Untuk mengatasi masalah ekonomi itu, Negara-negara Selatan telah melakukan beberapa langkah seperti menganjurkan Dialog Utara-Selatan dan Order Baru Ekonomi Dunia."
uih, apa benda ni?
Dialog Utara-Selatan
Melibatkan pejuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara dunia ketiga mengenai isu ekonomi
(ini tulis sendiri tau, bukan copy paste)
Order Baru Ekonomi Dunia
*cari sendiri*
"Walau bagaimanapun, kesemuanya menghasilkan kekecewaan. Tiada terdapat sebarang perjanjian atau kemajuan yang besar dicapai. Oleh kerana negara-negara Utara tidak menghulurkan bantuan, maka Negara-negara Selatan telah berpakat untuk berpadu demi membantu pertumbuhan ekonomi negara-negara membangun sendiri. Hasilnya, Dialog Selatan-Selatan telah diwujudkan. Kerjasama di kalangan negara membangun ini mempunyai potensi untuk mengeratkan kerjasama dalam bidang ekonomi."
Negara-Negara Utara
Contoh: California, Michigan, New Jersey etc
"hmm, bosannya belajar sejarah,"
LatihanTamsil
cukuplah setakat ini.
ini ana kira starting tau, lepas ni minta-minta adalah yang tulis tentang isu minyak pulak ke, isu syarikat kapal terbang nak bankrupt pulak ke.
sekian sahaja,
mohon tolong betulkan jika ada yang tersalah.
ana masih baru tang-tang ekonomi nih.
salam syg tmhdi akaun
assalamualaikum wbt
[amirS] td ade terbace ttg "Hong Leong Bank mnawarkan harga rm4.9 bilion kpd EON Capital utk amik kseluruhan aset pbankanny". kurg fhm dn kurg reti nk ulas, tp tawaran ditolak la.
[amirS] yg penting pemahaman, bkn...
[amirS] dlm berita tv3, israel buat kenyataan b'ikrar akn musnahkan masjid al-aqsa pd bulan 3. hmm, ape tindakan kita?
examexamexam
0 comments:
Post a Comment