Err...sedarkah kita?

in the name of Allah

agak lama tersisip dalam email letscounting. Maafkan cik let ya. selamat membaca!

Sedar tak sedar...

Saya bukanlah seorang “kaki” televisyen.Hakikatnya,saya lebih rela menonton di laptop berbanding di televisyen.Namun,pada suatu hari,ketika sedang menekan butang-butang kecil yang wujud di alat kawalan jauh,saya ter ‘tonton’ sebuah iklan drama.Apa yang ingin saya tekankan bukanlah drama tersebut namun apa yang dikatakan oleh ibu saya.

Kebetulan,dalam iklan drama tersebut,pelakon lelaki sedang memegang buku ‘Bercinta Sampai Ke Syurga’.Melihat perkara itu,ibu saya berkata, “Macam mana nak sampai syurga kalau bercinta pegang2 tangan.Pegang sana,pegang sini.Bercinta sampai ke neraka la jawabnya.”

Couple Islami atau Couple Kafirin?

“awak nak couple islami ke kafirin?”Seorang sahabat pernah bertanya ketika saya bertanyakan padanya apa indahnya dunia couple ini.Eh,wujud pulak benda macam tu.

“Islami tu macam mana?”sengaja hendak menduga kerana sebelum ini dia tidak pernah bercerita tentang kisah cintanya pada saya.

“islami tu macam islamic la sikit.Kafirin tu macam orang kafir tu.”Dengan berkeyakinan tinggi,dia menjawab.

“tak sama ke dua-dua tu?”

“Mana sama.lain!”

Kafir atau Islam,pilihan terletak di tangan anda.Anda sendiri yang akan menentukan hala tuju hidup anda sendiri!

Salah guna cinta?

Manusia diciptakan berpasang-pasangan.Malam dan siang.Hitam dan putih.Lelaki dan perempuan.Tatkala manusia diciptakan,malaikat bertanya kepada ALLAH “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedang kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?”dan apa jawabnya?

“Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

Dari saat itu,ada manusia yang taat,ada juga manusia yang ingkar terhadap perintah dan laranganNya.

Manusia juga diciptakan dengan perasaan.Lelaki terpikat kepada perempuan,begitu juga sebaliknya.Itu fitrah bagi manusia yang mempunyai akal fikiran.

Itulah juga yang menyebabkan Adam rasa kesunyian ketika dia dan Hawa dicampakkan ke bumi.Perasaan cinta itu masih lagi hadir walaupun berjauhan,walau menerima balasan Tuhan.Allah itu Maha Pengampun,mereka diampunkan dan bertemu di Padang Arafah.Subhanallah.Indahnya cinta seandainya dihadiri dengan redha ALLAH.

Manusia yang ingkar menyalah gunakan cinta.Berpegang pada kata cinta,mereka melakukan apa yang langsung tidak diajar oleh cinta itu sendiri!Mereka yang menyalah gunakan cinta ini,menyintai insan yang tercinta,lebih dari cinta kepada ALLAH,Rasul dan Jihad.

Katakanlah jika bapak2mu, anak2mu, sdara2mu, isteri-isterimu, keluargamu……..lebih kamu cintai dari Allah dan rasulNya, serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.

Jika mereka ini terus-menerus menyalah gunakan cinta,syaitan pastinya akan terus menggoda mereka.Akibatnya,sesat di tengah jalan.Apabila sudah sesat,untuk kembali ke jalan tarbiah amat payah sekali.Memerlukan masa yang panjang,murobbi yang mantap,tarbiyah yang hebat dan rakan2 yg tak putus2 memberi sokongan.

Adakah anda SEDANG menyalah gunakan cinta?Kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat.

Wanita solehah hiasan yang terindah

Wanita ialah kaum yang terpilih.Sebaik-baik wanita ialah wanita solehah.Sebaik-baik isteri ialah mereka yang menenangkan hati suami.Kerana janji ALLAH,

Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

Baikkah anda sekarang atau jahatkah anda?Pasangan anda,bagaimana?

Tujuan Bercinta

Tujuan untuk meramaikan umat Nabi Muhammad.Tapi,sebab itu ada kata2 ini ‘kualiti lebih baik dari kuantiti.’ Tak guna kalau ramai yang bernama Hidayah namun mempromosikan Jahiliah! (wow! I like this statement)

“apa tujuan bercinta?”saya memikirkan jawapan.berfikir sejenak. ‘saya tak pernah bercinta.macam mana nak tahu apa tujuannya?’

“enti yang pakai tudung ungu tu.apa tujuan bercinta?” ustaz tersebut menunjuk ke arah saya.dengan gelabahnya saya menjawab,

“tak tahu ustaz.”tersengih macam kerang busuk.

Dalam kereta,saya asyik memikirkan jawapan kepada soalan tersebut.Apa tujuannya bercinta?Sampai di rumah,kebetulan,adik saya sedang menonton berita yang sedang menayangkan isu2 terkini.Saat itu saya tahu apa tujuannya bercinta.

Saya akan bersatu dengan dia dan kami akan sama2 memakmurkan bumi ALLAH bersama anak2. Kemudian, kami sekeluarga bersatu dalam jamaah Muslim, menjulang kalimah Tuhan, kalimah agung, لا إله إلا الله. Dengan keluarga itu, ia membentuk masyarakat yang berpegang dengan Islam, dengan masyarakat Islami tadi membentuk sebuah negara yang Islam lalu negara-negara Islam ini bersatu membentuk daulah Islam. Ketika itu, Islam gemilang, umat Islam tiada ketakutan melainkan ketakutan kepada siksa Allah di hari kiamat kelak.

Apakah tujuan cinta anda?

Hidup ini indah,jangan burukkannya.Cinta itu juga indah,jangan cacatkannya dengan perkara yang dilarang.Cari tujuan cinta anda dan ikutilah jalan yang diredhaiNya.

Artikel ini ditulis bukanlah untuk memandang serong kepada mana2 pihak.Hate the sin,not the sinner.Ianya juga hanyalah berdasarkan pendapat peribadi penulis.Diharapkan artikel ini boleh membawa manfaat kepada sesiapa yang membaca dan yang menulis.Insya-ALLAH.


Read more!

seindah mawar berduri

" Seindah Mawar Berduri "

Part 11

Mukhlisin membela diri.

“Siapalah kita untuk menilai keikhlasan sendiri. Ikhlas ke tak ikhlas ke, itu urusan Allah, Allah Maha Mengetahui. Muhasabahlah balik tujuan awak untuk mendekati saya kerana dalam sedar ataupun tidak mungkin ianya didasari nafsu semata bukan atas pertimbangan akal,” Khazinatul Asrar masih bernada tegas.

“Awak meragui keikhlasan saya?” soal Mukhlisin. “Saya tak bermaksud begitu. Sekadar ingatan dan langkah berhati-hati. Lagipun saudara adalah orang asing dalam hidup saya, memang menjadi haq saya untuk meragui setiap orang yang asing.” “Khazinatul Asrar…salahkah saya cuba untuk mengenali gadis yang baik untuk dijadikan isteri?” redup wajah Mukhlisin.



Faranaqwiah tertunduk malu dengan kenyataan itu. Khazinatul Asrar masih mampu bertegas.
“Tak ada hokum yang mengatakannya salah. Tapi saudara kena ingat. Matlamat tak menghalalkan cara.

Cara mestilah syaro’ mengikut lunas-lunas agama.” Jelasnya lembut kali ini namun kenyataannya masih tegas.

“Okeylah, okeylah…saya tak berniat berdebat apa-apa dengan awak. Cuma, saya ada satu permintaan. Mungkin yang pertama dan terakhir. Begini… saya ada perkara penting yang nak dicakapkan dengan awak, Khazinatul Asrar. Dah banyak kali saya cuba hubungi handset awak tapi nampaknya awak tak sudi langsung nak menjawabnya.

Mungkin awak rasa saya nak mengganggu lagi. Itu silap saya sendiri kerana nota-nota tue. Tapi, saya harap sangat-sangat kita boleh jumpa malam ni, boleh kan?” ajakannya memang bersungguh-sungguh. Sinar matanya memancar harapan.

“Maafkan saya, saudara! Berjumpa tanpa urusan yang munasabah antara lelaki dan perempuan bukanlah prinsip hidup saya. Saudara mungkin tersilap orang untuk diajak keluar,” nadanya lembut namun tegas.
“Habis tue, takkan saya tiada peluang langsung untuk mengenali awak?” Mukhlisin berasa hampa dengan penolakan itu.

“Saudara…untuk apa kita saling mengenali? Ianya hanya memberi kesempatan kepada syaitan untuk memudahkan kerjanya melalaikan manusia,” tegasnya lagi.

“Tapi ini soal hati dan perasaan, bukan mainan. Saya tahu…saudari sebenarnya tak mahu mengenali saya kerana saya tak layak mengenali saudari, kan?” terluah satu kekecewaan dan kekesalan.

“Maafkan saya. Saya langsung tak berniat memperkecilkan saudara. Antara kita tiada lebihnya melainkan darjah ketaqwaan yang semuanya menjadi urusan Allah.

Siapalah diri saya untuk berlaku sombong… Saudara, saya buat begini semata-mata mengharap naungan keredhaan Allah untuk kebaikan kita bersama. Lagipun, saudara tak bimbangkah pada amaran Rasulullah bahawa mengenali seorang wanita mungkin menjadi fitnah kepada seorang lelaki?” Khazinatul Asrar cuba menenangkan perasaan Mukhlisin.

“Memang Rasulullah sangat bimbangkan dengan bahaya fitnah wanita akhir zaman. Tapi bukannya semua wanita membawa fitnah. Wanita itu hiasan dunia dan sebaik- baik hiasan adalah wanita solehah. Salahkah saya cuba mendapatkan hiasan yang sebaik-baiknya itu untuk hidup saya? Malah itu adalah hak dan impian semua lelaki,” Mukhlisin mempertahankan pendiriannya.

Khazinatul Asrar terdiam. Setelah seketika barulah bersuara.

“Saya tak mahu seorang lelaki yang menjadi harapan agama dalam gerak kerja memartabatkan Islam akan lalai dan menjadi lemah iman kerana saya. Apatah lagi intelektual Islam sehebat saudara. Saya tak mahu menjadi wanita akhir zaman yang menyumbang kepada kelalaian lelaki. Kalaulah wanita hari ini terpelihara keperibadiannya dari pelbagai aspek, InsyaAllah akan lahirlah pemuda-pemuda Islam yang sanggup berada di jalan perjuangan sebagaimana keunggulan srikandi-srikandi Islam terdahulu yang akhirnya melahirkan para ambiya’, auliya’, dan shalihin yang unggul dan terbilang. Tarbiyah inilah yang cuba saya praktikkan pada diri saya. Oleh sebab itu saya tak mahu menghampiri perkara-perkara yang melalaikan seperti ajakan saudara ini. Maafkan saya,” Khazinatul Asrar cuba menjelaskan pendiriannya.

“Saya tak kisah kalau awak menolak ajakan saya nie. Cuma…saya harap awak luangkanlah waktu fikirkan tentang perasaan saya terhadap awak.
Saya benar-benar cintakan awak kerana Allah!” Mukhlisin semakin berani berterus terang. Tidak dihiraukan lagi rasa segan dan malu pada gadis itu. Pipi Khazinatul Asrar kemerah-merahan dengan kata-kata itu. Tak dapat dibendungnya lagi rasa malu kepada Faranaqwiah dan pada Mukhlisin sendiri. Tangan Faranaqwiah ditariknya sambil mengatur langkah meninggalkan Mukhlisin tanpa sebarang kata putus. Faranaqwiah yang sejak tadi setia memerhati terus setia mengikut rentak kaki temannya yang mara kehadapan.
Matanya melirik kepada Mukhlisin yang semakin jauh ditinggalkan dengan persoalan. Kasihan padanya…

”Syauqah…duri yang memagari diri. Tiba waktunya duri itu takkan lagi berbisa untukku. Oh, Khazinatul Asrar…” Mukhlisin memujuk hatinya sambil anak matanya mengekori setiap langkah sopan kedua-dua gadis itu.

Setelah kedua-duanya hilang dari pandangan, keretanya dipecut laju. Semangatnya makin membara untuk menyunting mawar berduri itu. Tatkala melintasi satu bus stop, dia terpandang Hijriah tercegat di situ.

Keretanya berundur balik dan melencong ke bus stop tersebut.

“Kenapa sorang jea kat sini? Lewat petang begini…bahaya tau! Nak balik kampus ke?” Mukhlisin mengambil berat terhadap jirannya.

“Aku nak balik rumah. Esok, tak ada kuliyah. Kau pulak tentu dari Bangi kan… nak ke mana? Nak balik ke kampus Medic di KL ke?” Hijriah pulak bertanya bertubi-tubi.

“Aku pun ingat nak balik Kajang nie. Marilah aku hantarkan kau sekali. Alah aku ni kan jiran kau…tak payahlah segan. Mari…”

Mukhlisin cuba meyakinkan Hijriah yang kelihatan agak keberatan. Hijriah akur dan masuk ke dalam kereta.

“Kau dari mana sorang-sorang ni?” tanya Mukhlisin prihatin.

“Tak adalah. Aku bertiga tadi dengan Fadhila dan Humaira’. Diorang baru saja naik komuter balik kampus. Kami jalan-jalan jea. Ni kan hari minggu. Mestilah nak rehatkan fikiran,” jawab Hijriah.

“Ish, final exam dah dekat pun ingat nak jalan-jalan lagi ke?” sindir Mukhlisin.

“Alah sesekali jea. Fikiran yang tenang pun menjadi faktor kejayaan tau!” balas Hijriah.

“Yea lah tu… aku nak tengok jea konvo hujung tahun nie kau masuk golongan first class atau tidak,” Mukhlisin sengaja nak tengok Hijriah marah. Hijriah menjeling geram. “Kau tue konvo jugak akhir tahun nie,kan…kalaulah kau masuk third class, akulah orang pertama yang akan ketawakan kau. Apa taknya siang malam asyik ingatkan si dia…” giliran Hijriah pula sinis menyindir.

Mukhlisin tersenyum nakal.

“Eh, marah pulak dia! Aku gurau jea tadi…Kau jangan lupa, course Medic tak main class-class tau, antara Pass atau Fail jea. Jangan jealous! Err,Hijriah…. Dia pun konvo sama-sama kita,kan?” wajah Khazinatul Asrar bertandang di fikiran Mukhlisin.

Hijriah menggeleng lagi, “Kau ni memang….kalau pasal Asrar mula nak berbaik dengan aku. Asrar buah hati kau tue nak sambung lagi sampai Phd lepas konvo ni tau! Kau pulak?” “Lepas konvo aku kena bertugas di hospital tengku Ampuan Afzan. Nanti kalau kau sakit, marilah jumpa Dr.Mukhlisin. jangan lupa ajak dia sekali,” Mukhlisin bergurau.

Hijriah mencebik bibir.

“Tak malu!” bentak hatinya.
“Aku rasa dia tak nak datang pun.
Rela dia sakit daripada jumpa doktor yang niat tak betul macam kau. Aku pun lebih baik aku jumpa doktor yang lebih profesional dan berpengalaman. Takut bertambah sakit pulak aku bila tengok muka kau tu,” Hijriah mengusik Mukhlisin. Mukhlisin tiba-tiba rasa sedikit sensitive.

“Kenapa dia tak boleh terima aku? Apa kurangnya aku?” melencong ke lain pulak perbualan Mukhlisin. Hijriah rasa simpati dengan kata-kata itu.

“Engkau? Bagi aku… kau lelaki istimewa. Ada rupa, kemewahan dan pelajaran.

Ketaqwaan tue, aku tak berani nak kata. Urusan Allah. Mungkin hatinya masih belum terbuka sebab dia nak tumpukan pada pelajarannya dulu. Sabarlah….” Pujuk Hijriah.

“Tapi, dia langsung tak bagi aku peluang. Macam dia dah ada orang yang punya,” Mukhlisin membuat andaian.
“Khazinatul Asrar dah berpunya? Tak mungkin! Dia mawar berduri. Cintanya milik Allah. Bukannya senang nak disunting sesiapa!” sangkal Hijriah.

“Aku harap begitulah…” balas Mukhlisin penuh harapan.

“Kau kena fikir… keduniaan serba lengkap yang kau miliki boleh ke menjanjikan kebahagiaan pada Khazinatul Asrar nanti? Wanita beriman takkan pandang sangat pada kekayaan dunia. Satu lagi, kau tu janganlah terlalu kejar dan mendesak dia.

Rimas dia nanti. Buatlah perangai elok-elok sikit macam lelaki beriman. Ni tidak… cakap pasal Islam jea pandai, akhlak tak beramal sangat. Asrar selalu ingatkan aku bahawa zaman sekarang ni, ramai orang yang boleh bercakap pasal Islam tapi tak ramai yang menghayati Islam tu sendiri. Ramai juga yang menabur janji cinta kerana Allah tapi tak merealisasikan cinta itu sebenarnya. Dia takkan mudah terpedaya dengan kata-kata. Dia akan menilai pada akhlak kau, kau dalam ujian dan nilaian Asrar sekarang ni, tau!” nasihat Hijriah berserta bisikan di dasar hatinya, nasihat itu ditujukan untuk dirinya sendiri juga.

“Dia sedang menguji aku?” soal Mukhlisin. Serius.
“Takkan nak tipu!” jawab Hijriah.

“Pass ke aku pada ujuan dia?” keluh Mukhlisin, bimbang.

“Resultnya adalah ketentuan Allah jua, katanya. Khazinatul Asrar tu mementingkan keberkatan dalam hidupnya.

Baginya, lebih berkat kalau dia menerima lelaki di saat dia dah betul-betul bersedia terutamanya bila dah graduate. Kau kena banyak berdoa agar waktu tu hatinya boleh terima kau. Itulah petanda kau dah lulus ujian dia..”

“Hijriah, aku risaulah! Inilah kali pertama aku merasakan dhoifnya diriku walaupun hidup penuh kemewahan.
Iman aku tak sekaya Khazinatul Asrar! Rasa macam tak padan nak bergandingan dengan dia. Tapi, aku masih boleh memperbaiki diri..Hijriah,kan?! aku memang dah lama bercita-cita nak jadi baik macam dia.

Mendamaikan tiap mata yang memandang. Aku tak boleh melupakan Khazinatul Asrar walau sesaat pun..” luah Mukhlisin.

“Ha…dia pernah beritahu aku tentang lelaki idamannya.”

“Apa dia cakap?” Mukhlisin tak sabar-sabar.

“Amboi amboi..kau ni! Okey, dengar baik-baik yea… Khazinatul Asrar impikan seorang suami yang akan memeriahkan mahligainya dengan kalamullah, menghidupkan malam dengan tahajjud berjemaah, mendidik generasinya dengan pewaris perjuangan Rasulullah. Biarlah lelaki itu tak punya rupa dan kekayaan asal hatinya sarat dengan keimanan. Ehem…kau dah cukup syarat nak jadi lelaki idaman Khazinatul Asrar?” usik Hijriah lagi.

Tiba-tiba brek ditekan mengejut menyebabkan kedua-duanya tersentak ke hadapan. Nasib baik tali pinggang dipasang kemas dan belon udara cepat bertindak.

Kebetulan jalan yang biasanya sesak itu agak lengang. Tiada kereta yang memandu dekat di belakang. Kalau tidak, mungkin mereka nahas dirempuh dari belakang.

“Kenapa kau ni?” Hijriah sangat terkejut.

“Maaf…maafkan aku! Kau tak apa-apa, Hijriah?” Mukhlisin rasa bersalah.

Wajahnya sangat cemas.
Read more!

Abang, saya mahu kahwin!

in the name of Allah

request dari salah seorang hamba Allah... selamat membaca!

tujuan utama nk berkongsi nie adalah untuk mmbtulkn niat di hti para syabab agar stiap prkara yg ingin dn telah dilakukn adalah untuk mncapai mardhotillah...tidak meletakkn kehendak nafsu melebihi amanah kita kpd ALLAH sbg seorg hamba ALLAH dn khalifah untuk menaikkn agama ALLAH dari segi ibadah akhlak dn dakwah..

Abang, saya mahu kahwin!
Oleh : BroHamzah

“ Abang, saya ada hajat,” Satu ungkapan keluar daripada seorang sahabat.
“ Ya?,” Soal saya ringkas.
“ Saya hajat hendak kahwin,” Katanya berterus terang.

Sejak akhir-akhir ini, dialog sebegini kerap hadir dalam kehidupan seharian saya. Ada di kalangan mahasiswa yang berhajat untuk berpasangan, ingin mendirikan
rumah tangga dan dengan ungkapan mudah : ingin berkahwin.

“ Dan nikahkanlah orang bujang di kalangan kamu dan hamba lelaki dan perempuan yang patut untuk menikah. Jika mereka itu miskin maka nanti Allah berikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas kurnianya lagi Maha Tahu.”

( An-Nur : 32)

Perkahwinan itu

Saya tidak halangan buat kalian. Bagi saya, berkahwin adalah hak semua bangsa dan manusia. Cuma ringkas sahaja nasihat saya bagi mereka-mereka yang mempunyai hajat ini.

1. Perkahwinan itu adalah gabungan kepada satu amanah, tanggungjawab dan bebanan yang sangat berat. Ia bukannya soal kecil tetapi amanah kubra.

2. Perkahwinan bermakna anda akan melangkah ke alam yang baru dan zaman yang berbeza dari sebelumnya. Ia bermakna, anda perlukan “sesuatu” sebelum melangkah ke sana.

3. Perkahwinan, ia perlukan persediaan, persiapan dan segala bentuk perapian yang harus anda lihat secara menyeluruh.

4. Perkahwinan membawa erti kepada perubahan kehidupan bersendirian kepada berteman. Perubahan untuk menerima seseorang yang akan menjadi pendamping dan peneman hidup.

5. Keputusan perkahwinan dibuat atas timbangan kematangan, kedewasaan dan dipandu dengan suluhan cahaya pedoman yang jelas, terang dan benar.

6. Perkahwinan juga adalah kesediaan untuk menerima kelebihan, kekuatan, kelemahan dan kekurangan pasangan yang akan menjadi teman setia dalam mengharungi bahtera rumah tangga.

7. Perkahwinan harus diatur dengan menyedari dan memahami [2] perkataan iaitu keperluan dan kemampuan. Fikirkan keperluan sebelum, semasa dan selepas berkahwin. Dan Renungkan kemampuan sebelum, semasa dan selepas berkahwin.
Zaman Kampus


Adik-adik mahasiswa dan mahasiswi ku

Perkahwinan diasas, dibina dan dibentuk melalui jalan-jalan yang bersih, suci dan jernih. Kerana itulah anda harus melaluinya melalui penuntutan ilmu yang sahih. Saat ini, fokuskan kepada akademik dan ilmu anda. Zaman kampus adalah zaman membina kegemilangan, kecemerlangan dan kejayaan diri.

Ajakanku kepada kalian :


1. Ayuh, kita sibukan diri dengan aktiviti keintelektualan dan keilmuan yang mampu membina kematangan kita dalam berfikir

2. Sibukan jadual harian dengan program-program yang dapat mengilap potensi hati, dan diri untuk terus menerus dekat dan hampir dengan
Allah SWT. Hadirilah program-program, dan aktiviti-aktiviti yang memberikan sentuhan keimanan kepada kalian. Tazkirah mingguan, ceramah-ceramah motivasi, kuliah pengajian Islam, kursus-kursus memperkasa soft skill, ceburi aktiviti khidmat kemasyarakatan dan sentiasa mencari peluang untuk berbakti kepada bangsa dengan saluran yang ada.

3. Sentiasa fokus dalam merancang, melaksanakan pelan tindakan dan menilai kemajuan diri dalam aspek-aspek pembangunan kemahiran diri secara konsisten

4. Memilih dan bersahabat dengan mereka-mereka yang mempunyai kecenderungan untuk meningkatkan kecemerlangan diri sama ada dari aspek intelek, jasmani, ruhani dan emosi.

5. Berlatihlah untuk memikirkan perkara-perkara yang besar agar, akan lahir dari jiwamu sifat-sifat kepimpinan yang besar dan sentiasa berpandangan jauh ke hadapan

6. Berfikirlah untuk membangunkan diri, penyelesaian permasalahan ummah, meningkatkan kualiti kepakaran keilmuan kendiri dan sebagainya.

7. Anda mampu merubahnya.
Kendalikan perasaan itu dengan berhemah dan berhikmah

“Tidaklah seorang hamba mencapai darjat muttaqin (orang yang takwa) sehingga ia meninggalkan sesuatu yang tidak terlarang kerana khuwatir terjatuh pada yang terlarang.”

(HR Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Hakim dari Athiyyah as-Sa’di dengan sanad sahih)

Adik-adik mahasiswa mahasiswi yang dihormati,

Saya sangat-sangat memahami perasaan, cetusan rasa dan keinginan naluri yang sentiasa wujud dalam sanubari anda semua. Namun, marilah dengan penuh berhemah dan berhikmah kita sama-sama mengendalikannya dengan panduan suluhan syara’. Perasaan itu fitrah. Perasaan itu pemberian Allah SWT. Ia adalah anugerah kurniaan Sang Pencipta. Kita harus bijak mengemudinya dengan cermat. Ingatanku ini buat kita semua :

1. Perasaan dihati yang hadir, biarlah ia disemai dengan asas keimanan yang sentiasa membajai hati dengan ruh-ruh ketauhidan dan semangat mencintai deen Islam.

2. Peliharalah ia dengan amalan soleh yang menyucikan, menjernihkan dan membersihkan hati kita. Tingkatkan mutu Solat Fardu dengan sentiasa berjemaah. Perbanyakan amalan solat sunnat semampu yang boleh. Lazimilah istighfar dan zikrullah setiap detik kehidupan. Luaskan talian ukhuwah fillah sesama insan. Jadikan solat tahajud di malam hari sebagai amalan kekuatan ruhaniyah. Dan, sentiasa berazam untuk mengerakan dakwah dan tarbiyah sebagai nadi kehidupan.

3. Naluri perasaan itu, kawallah ia dengan panduan daripada Rasulullah SAW. Perbanyakan ibadah puasa sunnat, bergaul dan sentiasa bersama sahabat-sahabat yang cenderung kepada kesolehan. Pelihara pandangan mata kalian, dengan menundukannya daripada melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan cegahlah daripada terlibat dengan aktiviti pergaulan bebas.

4. Janganlah memilih untuk jatuh cinta terhadap lawan jantina pada ketika bukan saatnya. Anda berhak untuk melakukan pilihan. Andai diberi pilihan untuk jatuh cinta dan membangunkan cinta, maka – jika saya – pilihlah untuk membangun cinta. Kita gerakan perasaan ini dengan membangunkan cinta yang utama. Belajarlah tentang cinta. Dengan cinta hakiki , kita akan menghargai hayah ini.

5. Dalam soal jodoh, usahlah sibuk “mencari” tetapi pintalah ia kepada Allah SWT. Memohon dalam tadahan munajat yang menjadikan cinta Allah itu tunjang kepada segala-segalanya. Kepasrahan, pergantungan dan pengharapan itu membulat kepada Allah, InsyaAllah kalian akan dikurniakan “seseorang” yang sangat istimewa dalam hidup. Yakinlah!

6. Saat dan ketika, sibuklah dengan proses pembangunan dan pembentukan diri kalian. Self development itu lebih utama dan penting. Proses menyolehan, pembaikan dan pengislahan diri harus berlaku dengan konsisten, berterusan dan berkesan. Bermula dari sinilah, persediaan ke arah fasa pembinaan hidup berumah tangga akan lebih berfokus, kukuh, mantap dan menyakinkan!.


Kalam Akhir

Adik-adik sidang pembaca,

Ku tahu, nukilan dan coretan ini begitu sukar dibumikan. Ia memerlukan dedikasi kesabaran yang tinggi dan mujahadah yang sangat luar biasa kepada keupayaan kendiri. Namun, inilah seharusnya yang kita lalui dalam proses didikan hati (Tarbiyah Qalbi)

Tiada yang mudah, kecuali ia adalah kepayahan, kesusahan dan keperitan.

Tiada jalan pintas, short cut atau pendek, kecuali ia adalah jalan yang panjang dan lama

Inilah proses. Suatu bentuk didikan amaliyah. Menuntut kita memahaminya, menghayatinya, menyakininya, melaksanakannya, membuatnya, mengamalkannya dan membumikannya dalam hayah ini.

Saya juga sedang berusaha ke arah itu, dengan kudrat yang ada.

untuk maklumat lgi detail...layarilah http://brohamzah.blogspot.com/search/label/Cinta

smoga dpt mmbri manfaat kpd kita smua..amin..




Read more!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers