Rasulullah S.A.W pula pernah berwasiat, baginda bersabda :
‘Janganlah kalian lalai maka kalian akan melupakan rahmat.’
Kalau ada di lintasan di hati kita untuk berhijrah dari jiwa yang lalai kepada
jiwa yang cintakan Allah S.W.T. maka bersegeralah untuk melakukannya kerana percayalah bahawa itu adalah lintasan benar dari Allah S.W.T. Lintasan itu merupakan hidayah yang takkan datang selalu. Jarang–jarang jea. Biasanya ianya akan disertai keyakinan yang kuat. Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin Allah S.W.T akan tarik balik hidayah–Nya itu. Taufiq dari–Nya bukan milik semua orang. Bukan milik orang yang tak bersedia," jelas Khazinatul Asrar lagi.
"Kak Asrar, adakah bercinta kerana Allah itu melalaikan?" Nur Fatihah mencetus persoalan. Khazinatul Asrar tersenyum. Topik cinta sering menjadi masalah utama adik–adik usrahnya selama dia bergelar Naqibah.
"Apa pendapat Syaqiera?" Khazinatul Asrar memberi peluang untuk mengemukakan pandangan.
"Iera rasa ianya tak melalaikan! Bagi Iera , itulah cinta sejati. Cinta kerana Allah biasanya diiringi wawasan untuk hidup bersama dan lahirkan zuriat yang soleh,"
jawab Syaqiera, petah.
"Juliea pula bagaimana?" Khazinatul Asrar bertanya lagi.
" Juliea pun setuju dengan Iera! Apa sahaja perbuatan yang dibuat ikhlas kerana Allah, mesti benda tue baik," yakin jawapannya. "Tapi Kak Asrar…
Ziana confuse tentang cinta tu…" Roziana mencelah. "Confuse? Boleh kongsi?"
Khazinatul Asrar bernada lembut. "Ziana tak malu nak berkongsi pengalaman Ziana.
Ziana dicintai oleh seorang lelaki yang soleh orangnya. Dia betul–betul nak jadikan Ziana teman hidupnya selepas tamat belajar nanti. Bagi Ziana, cinta kami kerana Allah. Tapi…setelah dua tahun menjalinkan hubungan cinta, Ziana rasa hati Ziana semakin jauh daripada mengingati Allah. Kalau dulu hati ini sering berzikir, tapi kini sering ingat namanya sahaja. Rasa macam hati ini kotor. Hari – hari kami saling call.
Lebih parah lagi bila hati ni sering memujuk untuk berjumpa dengannya selalu," luah Roziana.
"Kenapa cinta yang dijalin kerana Allah pun melalaikan?" keluhnya lagi.
"Najah rasa, cinta memang melalaikan, cinta kerana Allah tu hanyalah nama hiasan untuk menafikan kelalaian cinta," Nik An-Najah bersuara tegas.
Syaqiera mengkeriukkan dahi. Tidak tenang dengan kenyataan setegas itu.
"Okey, Kak Asrar nak tanya, apakah ciri–ciri cinta yang adik–adik anggap adalah cinta kerana Allah?" Khazinatul Asrar cuba membuka minda.
"Ianya adalah bercinta untuk berkahwin dan lahirkan anak–anak yang dididik dengan cara hidup Islam, baitul Muslim" jawab Syaqiera spontan.
"Itu natijah cinta kerana Allah. Kak Asrar bertanyakan ciri- ciri cinta kerana Allah.
Ciri-ciri yang akak maksudkan itu adalah cara bercinta itu sendiri yang dikatakan kerana Allah," Khazinatul Asrar makin membuka minda mereka.
"Apa pendapat Kak Asrar tentang itu?" Sayyidah minta kepastian.
"Kadang–kadang manusia tersalah menganggap cintanya kerana Allah padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada Pencipta makhluk itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas, tapi jalannya tak syaro’. Itulah yang disedihkan.
Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan. Pertama, apabila solat telah masuk waktunya. Kedua, apabila jenazah hendak dikebumikan. Dan ketiga, apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan, buruk padahnya. Kita boleh buat satu conclusion, salah satu ciri – ciri cinta kerana Allah ialah apabila pasangan segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang sering dilakukan ketika percintaan."
"Tapi, takkan nak kahwin masa tengah belajar lagi ni?" getus Yusro
"Kalau dah tak tahan apa salahnya…tapi, kalau rasa masih tak sedia, baik jangan berani untuk bercinta lagi," nasihat Khazinatul Asrar.
"Kalau dah terjebak macam Ziana ni?" gerutu Roziana.
" Ziana, jatuh cinta tak salah. Perasaan tu anugerah Allah. Tapi kalau Ziana rasa ianya boleh melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah, yang Allah tak redhai. Muhasabah balik. Sentiasalah berdoa pada Allah agar memelihara perasaan cinta tu sebagaimana yang Dia kehendaki, yang tak menjauhkan Ziana dari–Nya. Allah Maha Penyayang," jelas Khazinatul Asrar.
"Praktikalnya?" Roziana mahu lebih jelas.
"Kikislah keaiban–keaiban cinta seperti hari–hari bergayut di telefon, bermujahadah untuk buang nama si dia dalam solat dan sebagainya… Buatlah secara perlahan–lahan dan penuh kerelaan kerana takut dan bcintakan Allah. Kak Asrar faham, Ziana perlukan masa untuk merubah situasi sedia ada. Bukan secara mendadak. Tak apalah…selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Yakin dengan Allah," senyum berputik di bibir.
Kemudian barulah Khazinatul Asrar masuk pada silibus usrah. Dia gembira dengan amanah sebagai Naqibah lantaran menyedari taklifan itu pernah terpikul di bahu Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang tercetus dirumah Al-Arqam bin Abi Al–Arqam. Dia tidak mahu terasing daripada golongan orang–orang yang sanggup meneruskan kesinambungan wasilah tarbiyyah Rasulullah
" Kau mencurinya dari aku. Pencuri!!!
Nota misteri berwarna biru lembut hadir lagi dan kali ini dalam failnya pula. Ketika itu malam masih muda. Khazinatul Asrar sedang sibuk menyiapkan assigment dalam perpustakaan. Berjilid–jilid kitab Tahdib At–Tahzib berselerak di depannya. Dia menjadi bingung dan cuba mengingat–ingat apa yang telah dia lakukan hingga digelar pencuri. Fikirannya buntu.
"Berani kerana benar! Apa yang perlu aku takutkan…mungkin ada orang yang sengaja ingin mengganggu ketenangan hidup aku. Biarlah dia…nanti bila dia rasa penat buat kerja tak berfaedah nie, tahulah dia berhenti. Moga Allah memberi hidayah padanya," hatinya memujuk sendiri. Dia pun meneruskan kerja–kerja yang masih banyak.
"…" tiba-tiba dia disapa lembut. Dia menjawab salam dari suara yang amat dikenali itu sambil wajahnya diangkat sedikit.
"Sibuk nampak….awak ni kan tak kenal penat ke? Setiap malam bertungkus-lumus siapkan assignment, siang pulak…mesyuarat sini, usrah situ, program sini, tamrin situ.
Susah nak nampak batang hidung. Malam-malam macam ni, saya dah agak, awak memang ada kat sini," leter Hijriah sambil mula mengambil tempat di depan Khazinatul Asrar. Khazinatul Asrar terus juga khusyuk dengan tugasnya.
"Saya tak kira, malam ni saya nak kacau juga awak…" celotehnya lagi.
"Asrar, awak sedar tak saya datang ni?" getus Hijriah tatkala menyedari sahabatnya hanya acuh tak acuh sahaja dengan kedatangannya. Mulutnya ditarik muncung.
Khazinatul Asrar meletakkan pen yang sejak daripada tadi rancak menari di atas helaian-helaian kertas A4.
"Yea...saya sedar, Hijriah sayang! Mimpi apa cari saya kat sini? Sebelum ni bukan main liat lagi bila saya ajak ke sini," sindir Khazinatul Asrar, bergurau.
"Tak adalah…actually, saya tengah gembira ni. Tak sabar-sabar lagi saya nak kongsi dengan awak," luah Hijriah penuh ceria. Senyumannya semakin melebar menyerlahkan susunan giginya yang cantik tersusun.
"Betul? Ish, ish, comelnya kawan saya ni bila tengah riang. Okey, ceritalah… boleh saya tumpang gembira sekali," balas Khazinatul Asrar penuh exited. Seronok melihat wajah temannya yang ceria.
"Lihat ni!" Hijriah menunjukkan buku nota berwarna biru lembut yang tertera tajuk, ‘Clinical psychology’ . Khazinatul Asrar mencapai buku itu. Rupa-rupanya buku itu kepunyaan Tsabit apabila dia mendapati nama pemuda itu tertulis di ruang dalam buku tersebut.
"Kenapa awak riang sangat dengan buku ni?" Tanya Khazinatul Asrar kehairanan.
"Saya cakap kat Tsabit, nota saya untuk subjek ni tak lengkap. Terus ditawarkan notanya pada saya. Dah agak dah semua tu…Then, waktu dia nak serahkan buku dia pada saya tadi, saya cakaplah saya belum dinner lagi, lapar sangat separuh gastric. Saya pujuk dia supaya temankan saya makan. Dia begitu baik sekali," Hijriah bersuara riang. Wajahnya memang penuh ceria. "
Kenapa awak tidak meminjamnya sahaja daripada saya?" duga Khazinatul Asrar kurang senang dengan gelagat temannya itu
.
"Alah…bukan saya perlukan sangat nota tentang subjek yang menjadi favourite semua orang ni. Saya sengaja cari peluang ni untuk mengenali hati budi Tsabit. Best lah dia, Asrar," terang Hijriah.
"Astaargfirullahal azhim. Hijriah…kalau inilah niat awak, malam ni jugak awak perlu pulangkan nota nie," sambil nota biru itu diletakkan di hadapan Hijriah. "Hari ni bertukar-tukar buku nota dan makan-makan. Esok…mungkin keluar berdua-duaan pula untuk merapatkan hubungan. Semua ni tak lain, jarum syaitan untuk menghampiri khalwat dan zina," nada Khazinatul Asrar agak tegas dan emosi. Nafasnya ditarik panjang melepaskan kebimbangannya terhadap anak tunggal seorang Dato’ dari Kajang itu. Air muka Hijriah yang tadinya riang mula berubah mendung.
Khazinatul Asrar mulai sedar bahawa dia perlu berhati-hati dan berhikmah apabila menasihati Hijriah kerana Hijriah berjiwa sensitive dengan masalah melibatkan lelaki. Nalurinya terlalu cenderung untuk disayangi dan menyayangi seorang lelaki. Itulah ujian Allah yang diuji kepada setiap jiwa remaja sebenarnya. Apatah lagi, dia ketandusan kasih lelaki bergelar ayah sejak kecil lagi. Ayahnya lebih mementingkan materialistik daripada menghargai erti sebuah kasih sayang. Bagi ayahnya, memberi kemewahan sama seperti memberikan kasih sayang. Khazinatul Asrar menyedari bahawa Hijriah tersinggung
"Maafkan saya kalau saya terlalu berkasar," Khazinatul Asrar cuba memujuk kembali…
"Bukannya apa, saya sayangkan awak Hijriah. Hijriah…sebagai siswi di Fakulti Pengajian Islam nie, keindahan nilai akhlak wanitanya perlu lebih terpelihara kerana kita diasuh dengan acuan agama." Khazinatul Asrar memegang erat tangan Hijriah dan mula mengatur kata-katanya lagi, kali ini lebih lembut… "Malah setiap wanita muslimah sebenarnya tak kiralah aliran agama atau tidak, wajib memelihara akhlaknya. Hijriah, awak harus malu untuk buat begitu. Malulah menjadi hias pakaian kita sebagai muslimah" nasihat Khazinatul Asrar dengan ikhlas.
"Malu? Kenapa perlu malu? Saya bukan pemalu!" Hijriah menafikan.
"Malu memang ada tempatnya. Kita mesti menjadi pemalu untuk melakukan perkara yang tak Allah redhai sebab kita ni hanya bertaraf hamba Allah je kat muka bumi milik Allah ni. Sifat malu inilah yang akan meninggikan martabat kita sebagai wanita.
Lambang sesuatu yang mahal dan berharga, bukan sebarangan. Tentu awak masih ingat satu hadis Rasulullah S.A.W:
"Pakaian kita ketaqwaan, hiasan kita malu dan hasil kita adalah ilmu."
Hijriah cuma membisu. Khazinatul Asrar menyambung lagi.
"Allah ciptakan wanita dengan segala sifat kelembutan, keindahan dan kasih sayang.
3 comments:
jadikanlah malu hiasan dirimu
=)
betul3x,, Wanita, ibarat coklat. Coklat yang disimpan rapi. Terjaga. Yang senantiasa indah dan cantik dalam balutannya. Campaklah walau ia di manapun. Dan pasti, semua orang mengagumi dan menginginkannya...Semakin ia berbalut, semakin ia terjaga. Dan seandainya diberi pilihan antara coklat yang sedia berbalut dengan coklat yang terbuka dan terjatuh. Pasti orang akan memilih??? fikir2kanla dan selamat beramal!!
sangat menarik menggunakan analogi coklat sbgi perempuan...
but it's really true.of course org akn ambik cklt yg berbalut,nk pulak yg diletak dlm bekas yg cantik dan disimpan di dlm almari kaca:)
Post a Comment