Showing posts with label Renungan.... Show all posts
Showing posts with label Renungan.... Show all posts

Pattani; sebuah Palestina di Nusantara...

Salam...Sedikit perkongsian buat semua sahabat-sahabat...



Ku kira Syeikh Ahmad Yassin akan menangis,
(Jika dia masih hidup kini)
Dari kelopak matanya yang buta,
Bukan pada darah-darah yang mengalir basah dibumi syuhada,
Bukan pada ratapan doa, anak dan isteri yang dizalimi,


Namun Syeikh Yassin pasti mengalirkan air mata,
Melihat, bagaimana kita; ummah nusantara,
Memandang tanpa berbuat apa-apa, mendengar dan berdiam cuma,


Pada potret kemusnahan satu bangsa,
Melayu Patani,
Yang maruahnya kini, sedang dipijak-pijak kaki,


Kukira Syeikh Yassin,
Pasti akan menutup telinganya yang kurang mendengar,
Kerana tidak mampu tertahan pada suara gamat yang kedengaran,
Bukan oleh dentuman bedil, mortar, atau bom kawalan,
Bukan pula oleh rayuan imam memohon simpati, terseksa di kem tahanan,
Namun Syeikh Yassin pastikan tidak mampu tertahan,


Pada kita, yang asyik bergelojak gembira siang dan malam,
Di saat jiran kita, yang hanya terpisah sempadan,
Anak yang kehilangan bapa,
Isteri kehilangan suami tercinta,
Bapak kehilangan anak, pewaris cita-cita masa depan,
Sang kakak hilang segala-galanya, semua sanak saudara...


Kukira Syeikh Yassin,
Mampu berdiri menahan geram,
Walau kakinya lemah tak berkuasa,
Di saat bangsa muslim lainnya bebas merdeka,
Sedang mewar-warkan kemegahan negara,
Mencita-citakan kemodenan segala,
Mereka lupa pada Muslim Patttani, yang jaraknya sejengkal cuma,


Satu Aqidah, Satu Bangsa, Satu Bahasa,
Satu Ummah dengan Negara-negara merdeka – Malaysia – Indonesia,


Ketika saudara mereka Pattani,
Ditembak tika menjejaki tetangga masjid,
Dihalau nafi dibumi sendiri,
Ditangkap tanpa sebab dan alasan,


Kukira Syeikh Yassinkan melaung,
Dari kekuatan suara yang entah datang dari mana,
‘Kamu bangsa-bangsa Malaysia – Indonesia,
Memaki Kebodohan Bangsa Arab,
yang menjadi boneka pada Yahudi,
yan meratah bangsa kami Palestina,
Namun tika bangsa Pattani,
Terseksa, dizalimi, hilang arah,

Kamu menjadi buta,
Sesungguhnya aku mungkin buta mataku,
Namun kamu telah buta hatimu’


Malangnya Syeikh Yassin sudah tidak ada kini;
Maka kebutaan mata kita, telinga kita yang tuli;
Kaki kita yang tidak berdaya, mulut kita yang bisu,
Dan segala yang tidak berdaya pada kita,
Pastinya gagal berbuat apa-apa,
Pada sebuah potret kemusnahan,
Satu ummah, satu bangsa, satu bahasa, satu agama dengan kita
Pattani; sebuah Palestina di Nusantara...
Read more!

Renungan Diri...



Dalam sebuah hadis qudsi ada riwayat mengenai balasan yang diberikan Allah kepada orang yang takut kepada-Nya. Rasulullah SAW bersabda "Terdapat seorang lelaki yang tidak pernah berbuat kebajikan sama sekali. Lelaki itu meninggalkan wasiat kepada keluarganya,"jika aku mati, maka bakarlah aku hingga hancur menjadi abu. Kemudian taburlah sebahagian abu itu di daratan dan sebahagian lagi di lautan. Demi ALLAH! Jika ALLAH menghisabku, pasti DIA akan mengazabkan aku dengan azab yang tidak pernah ditimpakan kepada seorang pun di alam semesta.!"

Ketika lelaki itu meninggal dunia, maka keluarganya pun melaksanakan apa yang diwasiatkan kepada mereka. Setelah lelaki itu dihidupkan kembali, ALLAH bertanya kepadanya,"Mengapakan engkau melakukan ini?". Lalu lelaki itu menjawab "Kerana aku takut kepada-MU wahai TUHANKU, dan ENGKAU lebih tahu semua itu". Akhirnya ALLAH mengampuni lelaki itu berkat rasa takutnya pada keagungan ALLAH SWT.



p/s: Sebab itu kita semua digalakkan muhasabah diri. Paling tidak pun, istighfar selepas setiap kali solat.Moga-moga kita mendapat keberkatan, keampunan serta kasih daripada-NYA. Amin...
Read more!

Renungan...



الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام علي أشرف الأنبياء و المرسلين

:وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين ، أما بعد

Adalah sesuatu yang kita tidak boleh dinafikan amalan menyalin semula atau photostat ini telah menjadi budaya khususnya di kalangan pelajar dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke pusat-pusat pengajian tinggi. Tidak cukup dengan itu, budaya ini sudah ‘meresap’ dalam masyarakat kita seolah-olah budaya dan amalan ini dibenarkan dalam Islam dan amat sukar dibendung dari terus berluasa dari satu generasi ke satu generasi.

Namun disebalik itu, kita mesti memahami bahawa karya-karya yang kita salin semula itu adalah hak mutlak penulis yang telah menghabisklan tenaga, masa dan buah fikiran bagi menghasilkan hasilan-hasilan kajian yang amat berkualiti kepada setiap umat manusia. Apakah kita berfikiran bahawa penulis-penulis ini tidak layak untuk menerima sedikit upah dan ganjaran daripada kerja tangan dan fikiran yang dihasilkan ini?

Sudah tentu, titik peluh yang mereka curahkan, selayaknya diberi ganjaran yang setimpal dan royaliti hasil usaha yang mereka kerahkan. Sebab itu, Islam memandang permasalahan ini sebagai isu yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak agar tidak berlaku wewenang oleh orang ramai.

Menyelusuri sepintas lalu sejarah perundangan Islam berkaitan amalan ini. Fakta yang kita tidak kesampingkan adalah isu hakcipta atau isu harta intelek ini, mula mendapat perhatian dan tumpuan oleh ulama’-ulama’ semasa dalam Majma’ al-Fiqh al-Islami yang berlangsung pada tahun 1988 di Jeddah, seterusnya persidangan ‘Nadwah Huquq al-Muallif’ yang bersidang di Mesir pada tahun 1996 yang antara lain membincangkan permasalahan ‘ Intellectual property’ atau ‘al-milkiyyat al-fikriyyah’ dalam Islam yang kita boleh terjemahkan sebagai harta intelek selain mendapat perlindungan undang-undang oleh Negara.

Resolusi kedua-dua persidangan tersebut menjelaskan, harta intelek adalah termasuk di dalamnya hakcipta diperundangan dalam Islam.

Lantaran daripada itu, memang terdapat pelbagai pandangan telah diutarakan oleh ulama’-ulama’ komtemporari dalam merumuskan hukum yang berasaskan Ijtihad ini. Ada sesetengah pendapat yang membenarkan amalan ini atas dasar keperluan yang amat mendesak seperti masalah kesempitan kewangan atau keperluan yang meruncing untuk mendapatkan naskhah yang asal, dengan bersandarkan kepada Kitab al-Ashbah Wa al –Nazhoir mencetuskan pendekatan Kaedah Fiqhiah iaitu :

الحاجة تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة
Ertinya : "Suatu keperluan boleh jatuh dalam kategori terdesak samada ia berbentuk umum atau khusus"

Selain daripada itu, perlu ditekankan bahawa perbuatan ini adalah dibenarkan bagi kegunaan peribadi sahaja dan bukanlah bagi tujuan mengaut keuntungan atau tuntutan berupa faedah-faedah lain yang mana ianya adalah berlawanan dengan tujuan asal .

Sekian والله أعلم
Read more!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers