Showing posts with label seindah mawar berduri. Show all posts
Showing posts with label seindah mawar berduri. Show all posts

seindah mawar berduri

" Seindah Mawar Berduri "

Part 11

Mukhlisin membela diri.

“Siapalah kita untuk menilai keikhlasan sendiri. Ikhlas ke tak ikhlas ke, itu urusan Allah, Allah Maha Mengetahui. Muhasabahlah balik tujuan awak untuk mendekati saya kerana dalam sedar ataupun tidak mungkin ianya didasari nafsu semata bukan atas pertimbangan akal,” Khazinatul Asrar masih bernada tegas.

“Awak meragui keikhlasan saya?” soal Mukhlisin. “Saya tak bermaksud begitu. Sekadar ingatan dan langkah berhati-hati. Lagipun saudara adalah orang asing dalam hidup saya, memang menjadi haq saya untuk meragui setiap orang yang asing.” “Khazinatul Asrar…salahkah saya cuba untuk mengenali gadis yang baik untuk dijadikan isteri?” redup wajah Mukhlisin.



Faranaqwiah tertunduk malu dengan kenyataan itu. Khazinatul Asrar masih mampu bertegas.
“Tak ada hokum yang mengatakannya salah. Tapi saudara kena ingat. Matlamat tak menghalalkan cara.

Cara mestilah syaro’ mengikut lunas-lunas agama.” Jelasnya lembut kali ini namun kenyataannya masih tegas.

“Okeylah, okeylah…saya tak berniat berdebat apa-apa dengan awak. Cuma, saya ada satu permintaan. Mungkin yang pertama dan terakhir. Begini… saya ada perkara penting yang nak dicakapkan dengan awak, Khazinatul Asrar. Dah banyak kali saya cuba hubungi handset awak tapi nampaknya awak tak sudi langsung nak menjawabnya.

Mungkin awak rasa saya nak mengganggu lagi. Itu silap saya sendiri kerana nota-nota tue. Tapi, saya harap sangat-sangat kita boleh jumpa malam ni, boleh kan?” ajakannya memang bersungguh-sungguh. Sinar matanya memancar harapan.

“Maafkan saya, saudara! Berjumpa tanpa urusan yang munasabah antara lelaki dan perempuan bukanlah prinsip hidup saya. Saudara mungkin tersilap orang untuk diajak keluar,” nadanya lembut namun tegas.
“Habis tue, takkan saya tiada peluang langsung untuk mengenali awak?” Mukhlisin berasa hampa dengan penolakan itu.

“Saudara…untuk apa kita saling mengenali? Ianya hanya memberi kesempatan kepada syaitan untuk memudahkan kerjanya melalaikan manusia,” tegasnya lagi.

“Tapi ini soal hati dan perasaan, bukan mainan. Saya tahu…saudari sebenarnya tak mahu mengenali saya kerana saya tak layak mengenali saudari, kan?” terluah satu kekecewaan dan kekesalan.

“Maafkan saya. Saya langsung tak berniat memperkecilkan saudara. Antara kita tiada lebihnya melainkan darjah ketaqwaan yang semuanya menjadi urusan Allah.

Siapalah diri saya untuk berlaku sombong… Saudara, saya buat begini semata-mata mengharap naungan keredhaan Allah untuk kebaikan kita bersama. Lagipun, saudara tak bimbangkah pada amaran Rasulullah bahawa mengenali seorang wanita mungkin menjadi fitnah kepada seorang lelaki?” Khazinatul Asrar cuba menenangkan perasaan Mukhlisin.

“Memang Rasulullah sangat bimbangkan dengan bahaya fitnah wanita akhir zaman. Tapi bukannya semua wanita membawa fitnah. Wanita itu hiasan dunia dan sebaik- baik hiasan adalah wanita solehah. Salahkah saya cuba mendapatkan hiasan yang sebaik-baiknya itu untuk hidup saya? Malah itu adalah hak dan impian semua lelaki,” Mukhlisin mempertahankan pendiriannya.

Khazinatul Asrar terdiam. Setelah seketika barulah bersuara.

“Saya tak mahu seorang lelaki yang menjadi harapan agama dalam gerak kerja memartabatkan Islam akan lalai dan menjadi lemah iman kerana saya. Apatah lagi intelektual Islam sehebat saudara. Saya tak mahu menjadi wanita akhir zaman yang menyumbang kepada kelalaian lelaki. Kalaulah wanita hari ini terpelihara keperibadiannya dari pelbagai aspek, InsyaAllah akan lahirlah pemuda-pemuda Islam yang sanggup berada di jalan perjuangan sebagaimana keunggulan srikandi-srikandi Islam terdahulu yang akhirnya melahirkan para ambiya’, auliya’, dan shalihin yang unggul dan terbilang. Tarbiyah inilah yang cuba saya praktikkan pada diri saya. Oleh sebab itu saya tak mahu menghampiri perkara-perkara yang melalaikan seperti ajakan saudara ini. Maafkan saya,” Khazinatul Asrar cuba menjelaskan pendiriannya.

“Saya tak kisah kalau awak menolak ajakan saya nie. Cuma…saya harap awak luangkanlah waktu fikirkan tentang perasaan saya terhadap awak.
Saya benar-benar cintakan awak kerana Allah!” Mukhlisin semakin berani berterus terang. Tidak dihiraukan lagi rasa segan dan malu pada gadis itu. Pipi Khazinatul Asrar kemerah-merahan dengan kata-kata itu. Tak dapat dibendungnya lagi rasa malu kepada Faranaqwiah dan pada Mukhlisin sendiri. Tangan Faranaqwiah ditariknya sambil mengatur langkah meninggalkan Mukhlisin tanpa sebarang kata putus. Faranaqwiah yang sejak tadi setia memerhati terus setia mengikut rentak kaki temannya yang mara kehadapan.
Matanya melirik kepada Mukhlisin yang semakin jauh ditinggalkan dengan persoalan. Kasihan padanya…

”Syauqah…duri yang memagari diri. Tiba waktunya duri itu takkan lagi berbisa untukku. Oh, Khazinatul Asrar…” Mukhlisin memujuk hatinya sambil anak matanya mengekori setiap langkah sopan kedua-dua gadis itu.

Setelah kedua-duanya hilang dari pandangan, keretanya dipecut laju. Semangatnya makin membara untuk menyunting mawar berduri itu. Tatkala melintasi satu bus stop, dia terpandang Hijriah tercegat di situ.

Keretanya berundur balik dan melencong ke bus stop tersebut.

“Kenapa sorang jea kat sini? Lewat petang begini…bahaya tau! Nak balik kampus ke?” Mukhlisin mengambil berat terhadap jirannya.

“Aku nak balik rumah. Esok, tak ada kuliyah. Kau pulak tentu dari Bangi kan… nak ke mana? Nak balik ke kampus Medic di KL ke?” Hijriah pulak bertanya bertubi-tubi.

“Aku pun ingat nak balik Kajang nie. Marilah aku hantarkan kau sekali. Alah aku ni kan jiran kau…tak payahlah segan. Mari…”

Mukhlisin cuba meyakinkan Hijriah yang kelihatan agak keberatan. Hijriah akur dan masuk ke dalam kereta.

“Kau dari mana sorang-sorang ni?” tanya Mukhlisin prihatin.

“Tak adalah. Aku bertiga tadi dengan Fadhila dan Humaira’. Diorang baru saja naik komuter balik kampus. Kami jalan-jalan jea. Ni kan hari minggu. Mestilah nak rehatkan fikiran,” jawab Hijriah.

“Ish, final exam dah dekat pun ingat nak jalan-jalan lagi ke?” sindir Mukhlisin.

“Alah sesekali jea. Fikiran yang tenang pun menjadi faktor kejayaan tau!” balas Hijriah.

“Yea lah tu… aku nak tengok jea konvo hujung tahun nie kau masuk golongan first class atau tidak,” Mukhlisin sengaja nak tengok Hijriah marah. Hijriah menjeling geram. “Kau tue konvo jugak akhir tahun nie,kan…kalaulah kau masuk third class, akulah orang pertama yang akan ketawakan kau. Apa taknya siang malam asyik ingatkan si dia…” giliran Hijriah pula sinis menyindir.

Mukhlisin tersenyum nakal.

“Eh, marah pulak dia! Aku gurau jea tadi…Kau jangan lupa, course Medic tak main class-class tau, antara Pass atau Fail jea. Jangan jealous! Err,Hijriah…. Dia pun konvo sama-sama kita,kan?” wajah Khazinatul Asrar bertandang di fikiran Mukhlisin.

Hijriah menggeleng lagi, “Kau ni memang….kalau pasal Asrar mula nak berbaik dengan aku. Asrar buah hati kau tue nak sambung lagi sampai Phd lepas konvo ni tau! Kau pulak?” “Lepas konvo aku kena bertugas di hospital tengku Ampuan Afzan. Nanti kalau kau sakit, marilah jumpa Dr.Mukhlisin. jangan lupa ajak dia sekali,” Mukhlisin bergurau.

Hijriah mencebik bibir.

“Tak malu!” bentak hatinya.
“Aku rasa dia tak nak datang pun.
Rela dia sakit daripada jumpa doktor yang niat tak betul macam kau. Aku pun lebih baik aku jumpa doktor yang lebih profesional dan berpengalaman. Takut bertambah sakit pulak aku bila tengok muka kau tu,” Hijriah mengusik Mukhlisin. Mukhlisin tiba-tiba rasa sedikit sensitive.

“Kenapa dia tak boleh terima aku? Apa kurangnya aku?” melencong ke lain pulak perbualan Mukhlisin. Hijriah rasa simpati dengan kata-kata itu.

“Engkau? Bagi aku… kau lelaki istimewa. Ada rupa, kemewahan dan pelajaran.

Ketaqwaan tue, aku tak berani nak kata. Urusan Allah. Mungkin hatinya masih belum terbuka sebab dia nak tumpukan pada pelajarannya dulu. Sabarlah….” Pujuk Hijriah.

“Tapi, dia langsung tak bagi aku peluang. Macam dia dah ada orang yang punya,” Mukhlisin membuat andaian.
“Khazinatul Asrar dah berpunya? Tak mungkin! Dia mawar berduri. Cintanya milik Allah. Bukannya senang nak disunting sesiapa!” sangkal Hijriah.

“Aku harap begitulah…” balas Mukhlisin penuh harapan.

“Kau kena fikir… keduniaan serba lengkap yang kau miliki boleh ke menjanjikan kebahagiaan pada Khazinatul Asrar nanti? Wanita beriman takkan pandang sangat pada kekayaan dunia. Satu lagi, kau tu janganlah terlalu kejar dan mendesak dia.

Rimas dia nanti. Buatlah perangai elok-elok sikit macam lelaki beriman. Ni tidak… cakap pasal Islam jea pandai, akhlak tak beramal sangat. Asrar selalu ingatkan aku bahawa zaman sekarang ni, ramai orang yang boleh bercakap pasal Islam tapi tak ramai yang menghayati Islam tu sendiri. Ramai juga yang menabur janji cinta kerana Allah tapi tak merealisasikan cinta itu sebenarnya. Dia takkan mudah terpedaya dengan kata-kata. Dia akan menilai pada akhlak kau, kau dalam ujian dan nilaian Asrar sekarang ni, tau!” nasihat Hijriah berserta bisikan di dasar hatinya, nasihat itu ditujukan untuk dirinya sendiri juga.

“Dia sedang menguji aku?” soal Mukhlisin. Serius.
“Takkan nak tipu!” jawab Hijriah.

“Pass ke aku pada ujuan dia?” keluh Mukhlisin, bimbang.

“Resultnya adalah ketentuan Allah jua, katanya. Khazinatul Asrar tu mementingkan keberkatan dalam hidupnya.

Baginya, lebih berkat kalau dia menerima lelaki di saat dia dah betul-betul bersedia terutamanya bila dah graduate. Kau kena banyak berdoa agar waktu tu hatinya boleh terima kau. Itulah petanda kau dah lulus ujian dia..”

“Hijriah, aku risaulah! Inilah kali pertama aku merasakan dhoifnya diriku walaupun hidup penuh kemewahan.
Iman aku tak sekaya Khazinatul Asrar! Rasa macam tak padan nak bergandingan dengan dia. Tapi, aku masih boleh memperbaiki diri..Hijriah,kan?! aku memang dah lama bercita-cita nak jadi baik macam dia.

Mendamaikan tiap mata yang memandang. Aku tak boleh melupakan Khazinatul Asrar walau sesaat pun..” luah Mukhlisin.

“Ha…dia pernah beritahu aku tentang lelaki idamannya.”

“Apa dia cakap?” Mukhlisin tak sabar-sabar.

“Amboi amboi..kau ni! Okey, dengar baik-baik yea… Khazinatul Asrar impikan seorang suami yang akan memeriahkan mahligainya dengan kalamullah, menghidupkan malam dengan tahajjud berjemaah, mendidik generasinya dengan pewaris perjuangan Rasulullah. Biarlah lelaki itu tak punya rupa dan kekayaan asal hatinya sarat dengan keimanan. Ehem…kau dah cukup syarat nak jadi lelaki idaman Khazinatul Asrar?” usik Hijriah lagi.

Tiba-tiba brek ditekan mengejut menyebabkan kedua-duanya tersentak ke hadapan. Nasib baik tali pinggang dipasang kemas dan belon udara cepat bertindak.

Kebetulan jalan yang biasanya sesak itu agak lengang. Tiada kereta yang memandu dekat di belakang. Kalau tidak, mungkin mereka nahas dirempuh dari belakang.

“Kenapa kau ni?” Hijriah sangat terkejut.

“Maaf…maafkan aku! Kau tak apa-apa, Hijriah?” Mukhlisin rasa bersalah.

Wajahnya sangat cemas.
Read more!

seindah mawar berduri


" Seindah Mawar Berduri "
Part 10

Irama handset menyentak lamunannya. Ada message dari Faranaqwiah, salah seorang perwakilan pelajar sepertinya.

&&Usrah pimpinan PMUKM, 5.30 ptg ini.&&
-Faranaqwiah-

“InsyaAllah, saya akan datang!” bisik hati Khazinatul Asrar. Dia membuka almarinya untuk mencari fail Timbalan Exco Perhubungan Luar yang dipegangnya. Ada urusan yang perlu dirujuknya. Serentak dengan itu jambangan mawar berduri pemberian Tsabit yang mengharumkan almari menarik perhatiannya.

“Kalaulah kau untuk Hijriah, tentu tika ini kau makin mekar di dalam pasu.”

Khazinatul Asrar berbicara dengan jambangan mawar. Sedih melihatkan ia mungkin layu tersorok di situ. Punggungnya mula dilabuhkan di tempat study Hijriah. Sebuah frame di situ begitu berseri menghiasi meja. Gambar menterjemahkan bagaimana
akrabnya Hijriah dan dirinya sama-sama riang mengukir kenangan di Taman Sri Teruntung.

Sepasang anak monyet yang comel juga turut berkongsi keceriaan mereka di dalam gambar itu. Khazinatul Asrar tiba-tiba tertawa sendiri apabila mengimbas kembali kenangan manis di pusat rekreasi yang masyhur di Kuantan itu.

Masih segar lagi diingatannya bagaimana Hijriah hampir menangis apabila anak monyet comel dan jinak yang didukungnya tiba-tiba sahaja melarikan handbeg dan dibawa ke atas pokok. Keadaan semakin cemas apabila si monyet itu mula bertindak menyelongkar handbeg nun jauh di puncak dahan.
Mereka berdua bimbang takut-takut ada dokumen-dokumen penting yang dikoyaknya. Pantas mereka berdua mendapatkan penguasa yang bertugas. Apabila anak monyet itu melihat seorang penguasa mengacukan kayu ke arahnya sebagai amaran, segera dicampaknya handbeg Hijriah ke bawah. Namun ia sempat juga mengambil bedak compack di dalam handbeg itu. Kemudian, telatahnya yang mula membedakkan mukanya dengan bedak compack itu menarik perhatian pengunjung-pengunjung lain. Ianya sungguh menggelikan hati sehingga kebimbangan mereka berdua menjadi bahan ketawa seterusnya mencipta kenangan indah.

“Aku sayangkan engkau Hijriah,” hatinya merintih sayu.

Buku-buku Hijriah yang tersusun rapi di atas meja pula yang direnungi. Khazinatul Asrar tertarik pada sebuah buku nota berwarna purple susu, pada covernya dilekatkan dengan gambarnya. Dia tersenyum dan merasa terpanggil untuk membelek buku itu. Rupanya bingkisan hati yang mengisi ruangan.



**Tsabit…indahnya hidupku andai akulah teman dan ratu dalam mahligaimu. Aku ingin mencari teduhan syurga di bawah tapak kaki seorang suami sepertimu.

Di saat ini biarlah aku simpan sahaja perasaan ini. Cinta yang lahir di hatiku, anugerah Allah S.W.T ini akan ku pelihara agar tidak dicemari dengan kelalaian dan bisikan syaitan. Tidak perlu untukku terlalu memuja cintaku ini kerana ku sedar bahawa Penciptamu lebih berhak untuk ku cintai. Aku mempunyai impian untuk menjadi seorang isteri yang bisa menyemarakkan rasa kecintaan kita pada Islam dan perjuangan. Itulah hakikat cinta yang ku pelajari dari Khazinatul Asrar, sahabatku.

**Asrar…kaulah teman yang tak mungkin ada pengganti. Terima kasih kerana banyak memimpin hidupku dari derasnya arus keduniaan yang melingkari hidupku sebagai anak kota. Kau jugalah yang mengajar aku tentang hakikat cinta. Cinta bukanlah alasan untuk menurutkan nafsu bermesra dan berfoya-foya tanpa perbatasan syariat. Cinta sejati adalah cinta yang tak dicemari kemurkaan Allah dan terpelihara kesuciannya hingga syariat menghalalkan.

Cinta itulah yang akan aku hadiahkan kepada insan bernama Tsabit El-Hussainie Ibni El-Mubarakie…

Buku itu ditutup rapat. Khazinatul Asrar tidak sanggup menghabiskannya hingga ke noktah terakhir. Dia terharu dengan pendirian Hijriah tentang cinta yang selama ini sering didamba-damba olehnya. Patutlah sejak kebelakangan ini dia kelihatan banyak berfikir dan kurang bertanya pasal Tsabit. Rupa-rupanya, jauh di sudut hatinya tersimpan satu azam cinta yang kudus, mengharap cinta yang diredhai-Nya.

“Moga Allah merestui impianmu…” hatinya berbisik penuh pengharapan.

Tik…tik..!” handsetnya memberi petanda bahawa satu message diterima. Khazinatul Asrar yang sedang mengenakan tudung, pantas mencapainya.

“Asrar, ana tunggu enti kat lobi nie..cepat sikit yea!”
-Farahnaqwiah-

Khazinatul Asrar bergegas turun ke lobi. Beberapa buah fail didakapnya. Langkahnya kali ini nampak longlai dan lemah.
Setibanya di lobi, dia memberi salam kepada Faranaqwiah sambil berjabat tangan.

“Eh, Asrar..panasnya tangan! MasyaAllah, pucatnya bibir enti! Wajah pun macam orang tak bermaya. Enti sakit ke?” Faranaqwiah terperasan perubahan pada wajah Khazinatul Asrar yang tidak seceria selalu.
“Alahamdulillah, ana sihat jea. Cuma suhu badan tiba-tiba naik sikit. .InsyaAllah, demam ni tak lama…” Khazinatul Asrar cuba menghilangkan kebimbangan Faranaqwiah. Namun, Faranaqwiah tidak berpuas dengan jawapan itu. Dijamahnya dahi Khazinatul Asrar sambil berkata,

“MasyaAllah,demam panas ni! Jomlah ke klinik dulu..”
“Alah, sikit jea! InsyaAllah ana boleh bertahan lagi. Ana tak mahu kita lewat ke usrah pimpinan…dari segi fiqh aulawiyyat, mana yang patut kita utamakan?” tolak Khazinatul Asrar. Dia memang tak suka memanjakan sangat dirinya apabila sakit
.

“Ana tak kira, ana tetap nak bawa enti ke klinik dulu! Panas sangat suhu enti ni, Asra..bukan biasa-biasa!” tegas Faranaqwiah. Khazinatul Asrar akhirnya terpaksa akur dengan saranan itu.


Sementara itu di salah sebuah dewan kuliah, barisan pemimpin muslimat sudah sedia dalam soffnya. Seketika kemudian, soff pimpinan muslimin pula dipenuhi.

Presiden Pelajar PMUKM, al-akh Mustaqhim Al-Qordrowi bin Tay Leong Muhammad kelihatan begitu segak dan berwibawa melangkah ke hadapan. Kepimpinannya memang cukup disegani. Usrah yang dikendalikannya diakui sangat terkesan di hati, menambahkan keimanan, menaikkan semangat juang dan menyedarkan dari kealpaan.

Dia bercakap dari hati, bisa menembusi tiap hati yang mendengarnya.
Selepas 15 minit berlalu, urusan mengambil ubat selesai.

“Asrar, enti baliklah berehat. Kan doktor dah cakap tadi, enti perlu banyakkan rehat…badan enti tu dah terlalu letih,” pujuk Faranaqwiah.

“Tak apalah Fara, ujian sikit jea Allah bagi nie! InsyaAllah sebagai pengkifarah dosa.
Orang mengaku pejuang tak boleh memanjakan sangat dirinya. Rasulullah lagi teruk diuji dengan peperangan…Takkan demam sikit ni pun nak dijadikan alasan untuk tinggalkan usrah tu.. rugilah ana nanti..”

Khazinatul Asrar tidak mahu mengalah. Kali ini, Faranaqwiah pula terpaksa akur pada kemahuan Khazinatul Asrar setelah puas dipujuknya agar pulang berehat. Dia memahami semangat cintakan ilmu yang Khazinatul Asrar miliki.

Setibanya di dewan kuliah, seangkatan pimpinan usrah sudah pun bersiap sedia dalam soff mereka. mantap. Presidennya sedang lantang berucap di hadapan.

Khazinatul Asrar dan Faranaqwiah menggagahkan jua untuk menyertai mereka walaupun terpaksa bertebal muka kerana datang lambat. Sebaik sahaja ketibaan mereka dalam saff itu, al-akh presiden berhenti berucap secara tiba-tiba. Mereka berdua berasa serba salah kerana telah mengganggu kelancaran majlis.

“Sekali lagi ana nak memberi peringatan bahawa orang yang memikul amanah membawa risalah dakwah sepatutnya menjaga peribadi diri dari semua segi untuk dijadikan qudwah hasanah. Terutamanya dari segi ketepatan masa. Masa dalam hidup
pejuang lebih sedikit daripada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Allah S.W.T sendiri memberi peringatan tentang masa dalam al-Quran. Sepatutnya, ana tak perlu lagi mengulangi peringatan ini kepada orang yang bergelar pemimpin kerana dia sepatutnya lebih bijak memimpin masa sendiri..” sinis dan tegas Mustaqhim Al- Qordhowi menegur kelewatan Khazinatul Asrar dan Faranaqwiah. Ketegasan memang sudah sebati dalam peribadi Presiden itu apabila berhadapan dengan kesilapan.

“Maafkan ana..mungkin enti berdua masyaqqoh. Boleh bagi alasan?” Mustaqhim Al-Qordhowi bersuara lagi. Kali ini lebih berdiplomasi. Sebagai presiden, dia memang bertanggungjawab memastikan kualiti disiplin setiap pimpinan pelajar yang membawa imej Islam di mata UKM.

“er..tadi..” Faranaqwiah cuba menjelaskan tetapi dipotong oleh Khazinatul Asrar.

“Ana yang menyebabkan Faranaqwiah lambat! Ana minta maaf atas kelewatan ini dan bersedia menerima mua’qobah.

Teruskanlah majlis untuk menghormati masa…” pinta Khazinatul Asrar. Dia tidak mahu demamnya diheboh-hebohkan kerana mungkin akan merisaukan teman-teman seperjuangan yang lain.

“Nampaknya enti berdua tiada alasan..ana taklifkan istighfar 1000 kali setiap hari selama seminggu. Amanahlah pada diri sendiri kerana Allah Maha Mengetahui,” tegas presiden itu dengan nada serius.
Khazinatul Asrar dan Faranaqwiah akur dengan taklifan itu tanpa sebarang rungutan. Bagi mereka, mungkin itu hanyalah sebagai asbab dari Allah S.W.T untuk mendidik mereka memperbanyakkan istighfar.. berbaik sangka dengan Allah.

….dakwah adalah penerusan dan kesinambungan misi dan visi abadi daripada Allah S.W.T untuk kesejahteraan hidup manusia di dunia dan akhirat. Mempertikaikan mesej dakwah dengan berselindung di sebalik perbezaan persatuan dan kesibukan belajar bererti meneruskan sikap anarkis terhadap hidayah dan kebenaran. Sebagai mahasiswa apatah lagi sebagai wakil pelajar dalam PMUKM, kita perlu lebih berani dalam menyatakan pendirian menegakkan al-haq. Perlu sentiasa diingat, kekentalan dalaman akan melahirkan keberanian. Solat tahajjud dan al-Quran jangan sesekali dianggap asing dalam kehidupan seharian. Pada dua senjata pejuang ini tersirat rahmat dan kasih sayang yang agung dari Allah S.W.T.

Ingatlah tanpa iman, ilmu, amal, istiqomah dan mujahadah perjuangan yang kita laung-laungkan sebenarnya tiada wawasan dan arah. Tanpa rasa cinta pada ukhuwwah dan jemaah usah namakan diri sebagai penyokong dan pendokong wehdah.
Persefahaman dan kesatuan adalah sangat penting untuk mewujudkan jemaah yang quwwah. Pengorbanan adalah lumrah. Jalan dakwah yang kita pilih ini tidak pernah menjanjikan hamparan permaidani merah malah penuh ranjau dan duri kerana ketahuilah jalan menuju ke neraka itu indah dan mengasyikkan sebaliknya jalan menuju ke syurga adalah menyakitkan. Selagi Allah adalah matlamat utama hidup kita dan selagi tiap tingkahlaku kita berteraskan fardi Muslim, selagi itilah kita masih di jalan yang benar ini. Wawasan kita adalah jelas dan pasti bukannya setakat wawasan 2020 tetapi wawasan kita nun lebih jauh ke hadapan mengejar wawasan akhirat yang kekal abadi…………………”


Laungan takbir oleh soff pimpinan Muslimin mengiringi noktah akhir ucapan Presiden PMUKM. Kalimah agung itu begitu gah bergema menggegarkan dewan. Usrah itu berakhir pada pukul 6.35 petang. Selepas mengemas buku catitannya, Khazinatul Asrar berjalan seiringan dengan Faranaqwiah menuju ke kamsis masing-masing. Kali ini langkahnya lebih bersemangat berbanding sebelumnya walaupun suhu badannya masih di takuk lama, semangat Islam yang bersemarak di dalam dada mujahidah.

“Saudari!”


satu sapaan kuat membuatkan Khazinatul Asrar dan Faranaqwiah berpaling serentak ke belakang. Sebuah kereta Perdana sedang berhenti beberapa meter dari mereka. kelihatan di dalamnya seorang lelaki yang berpakaian kemas sedang tersenyum. Orangnya nampak bergaya. Hebat. Macho.

“Siapa tu?” Khazinatul Asrar bertanya Faranaqwiah.
Faranaqwiah mengangkat bahu sebagai isyarat tidak tahu. Kereta itu terus bergerak semakin mendekati mereka. lelaki itu memberi salam dengan sopan. Salamnya dijawab perlahan.
“Encik ni nak jumpa siswi kat sini ke?” Faranaqwiah memberanikan diri untuk menduga. Lelaki itu hanya menjawab dengan seulas senyuman kepada Faranaqwiah.
Dia pula yang mula bertanya.
“Saudari nie, Khazinatul Asrar kan?” telunjuknya menghala ke arah Khazinatul Asrar.

“Ya, saya!” spontan Khazinatul Asrar menjawab.


“Err…saya Mukhlisin…Ahmad Mukhlisin! Saya datang ni sebab nak minta maaf pasal nota-nota tue.” Khazinatul Asrar agak terkejut dengan kehadiran lelaki itu tetapi dia kelihatan tenang mendengar kenyataannya.

“Hijriah cakap, awak tak suka cara saya approach awak. Saya mula rasa bersalah dan nak minta maaf. Boleh awak maafkan saya?” wajah Mukhlisin bersarat harapan.

“Lupakan…em, kalau dah tak ada apa-apa lagi, kami pergi dulu ya. Bimbang kalau mendatangkan fitnah pula,” Khazinatul Asrar sudah bersedia mengatur langkah. Dia ingin segera mengakhiri episod itu.
Pandangannya dilontar ke dewan tempat usrahnya diadakan tadi seolah-olah dirasakan ada seseorang yang melihat mereka. Seseorang yang mungkin curiga dengan situasi itu.


“Nantilah dulu…bukannya senang untuk saya berpeluang sebegini.
Give me some minutes, please!” wajah Mukhlisin menterjemahkan betapa besarnya harapan.

Khazinatul Asrar memandang Faranaqwiah. Faranaqwiah mengangguk perlahan sebagai isyarat supaya diberi ruang dan peluang kepada lelaki itu. Mukhlisin memandang Faranaqwiah dengan senyuman terima kasih.

“Betulkah awak dah benar-benar memaafkan saya?” Mukhlisin masih curiga.

“Saya tak suka mendendami sesiapa…” balas Khazinatul Asrar.

“Tapi, awak macam masih marahkan saya! Berpuluh kali saya call tapi tinggal miss called jea,” luah Mukhlisin.

”Awak takut saya marahkan awak?” duga Khazinatul Asrar, makin berani.

“Tentulah…” pantas Mukhlisin menyahutnya.

“Kenapa?” Khazinatul Asrar masih menduga.

“Supaya awak tak bencikan saya…” jawab Mukhlisin. “Sepatutnya awak lebih takut kalau Allah S.W.T yang marah supaya Allah tidak benci…” tegas bicaranya.

“Sekali lagi saya minta maaf. Saya tak berniat nak mempermainkan awak. Niat saya baik. Ikhlas kerana Allah!”


Read more!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers