COMPETITION!!

assalamualaikum friends!
How are you today?
we hope that you'll still open this blog.he3..

dengan ini,kami sebagai ex-pihak penerbitan tamhidi perakaunan & muamalat 09/10
buat julung2 kali2nya akan mengadakan
TEKA TEKI COMPETITION!!

gambar akan dipos oleh moderator yang berkenaan dan para peneka harus meneka dengan tepat apakah gambar itu dan dimana gambar itu diambil.
GAMBAR HANYA DIAMBIL DI SEKITAR FEM SAHAJA!

hanya 5 gambar sahaja yang harus diteka dan setiap gambar akan dipos setiap minggu mulai minggu ini.

sesiapa yang berjaya meneka dengan tepat akan mendapat ganjaran yang lumayan.jangan lepaskan peluang!


klu minggu ini:


sila hantarkan jawapan pada let_counting@yahoo.com,selewat-lewatnya hari Ahad (5/09/1010).




Read more!

Nostalgia Kembara Sufi...



Semalam iaitu pada 28 Oqos 2010 telah diadakan satu program berbuka puasa, solat tarawih berjemaah, sahur, solat subuh berjemaah, tazkirah & tadarus Al-Quran bersama-sama rakan-rakan seperjuangan di rumah saudari Halimah.

Perjalanan yang ditempuh lebih kurang 30 minit dari kolej kediaman tidak terasa bahang panasnya walaupun cuaca ketika itu sangatlah terik.Kami tiba di rumah saudari Halimah dalam pukul 3 petang. Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah kami ditugaskan untuk untuk menyiapkan juadah berbuka diantaranya seperti memasak bubur lambuk, pengat pisang(orang utara panggil serawa), menggoreng ayam, mentanak nasi dan sebagainya.



Meminjam kata-kata saudara Rafiuddin,"time ne la nk tunjuk skill",maka kami telah berjaya lakukan dengan jayanya hasil bantuan semua pihak. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk meninjau sekitar kawasan rumah saudari Halimah. Dan kami semua begitu teruja dengan haiwan-haiwan peliharaan milik keluaraga saudari Halimah.



Hampir kesemua daripada kami memasuki kandang untuk tidak melepaskan peluang melihat dari dekat haiwan-haiwan peliharaan dan memberi makan kepada kambing.Ada juga yang mengejar ayam dan tidak kurang pula ada yang dikejar oleh angsa.

Masa berlalu begitu pantas dan kami berbuka bersama-sama dengan menikmati juadah berbuka yang telah disediakn. Kemudian kami teruskan aktiviti kami dengan solat magrib dan solat isya' berjemaah yang diimamkan oleh imam dari Masjid Putra, Putrajaya. Diselitkan pada ketika itu satu motivasi dimana penceramahnya diimport khas dari Jordan. Semua begitu khusyuk mengambil intipati-intipati yang diberikan.

Kemudian solat tarawih telah kami sempurnakan dengan diketuai oleh imam yang diimport dari Mesir. Selepas itu, kami menikmati pula supper yang terhidang di atas meja dan semuanya kelihatan begitu gembira sekali menikmati juadah-juadah yang disediakan.

Dipendekkan cerita, keesokkan paginya, kami mengadakan qiamullai dan sahur bersama-sama. Kami juga telah mendirikan solat subuh berjemaah dan kemudiannya mendengar tazkirah subuh yang julung-julung kalinya disampaikan oleh diri saya sendiri. Kami meneruskan aktiviti dengan bertadarus Al-Quran selepas itu.



Masa tidak mengizinkan, kami bertolak pulang ke kolej kediaman pada pukul 8 pagi dengan membawa bersama-sama 1001 kenangan indah untuk dicatatkan di dalam memori kehidupan.

p/s: Harap-harap lepas ni saudari Halimah bolehlah buat aktiviti macam ni lagi. Tak pon raya ne pakat-pakatlah ke rumah Halimah. Kita pergi sembelih kambing untuk buat kenduri raya beramai-ramai...
Read more!

Kisah Tauladan...

Renungan diri dan bersama...



Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

“ Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita” kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

“ Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye “ jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

“ Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?” sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab “ Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan”.

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.



Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut “ Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?”Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

“ Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya”jawab Ahmad memberikan alasan.

“Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?”

“Permintaan apa itu wahai tuan?”

“ Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?”Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

“ Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?” Tanya Ahmad penuh keraguan.

“Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja” Jawab Syeikh sambil tersenyum.

“ Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“Benar Tuan Syeikh”

”Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?” Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.



Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

“Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

“ Aku berjanji akan menunaikannya”. Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: “ Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?”.Ahmad menjawab dengan yakin : “ Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini”

“Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu.”

“ Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan”

“ Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?”Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

“ Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan”

“Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?” Tanya Syeikh kepada Ahmad.

“ Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar”

“Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?” Tanya Syeikh meminta kepastian.

“Ya benar Tuan”

“ Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?” Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. “ Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya”.

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya’. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

“ Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?” Syeikh memulakan bicara.

“ Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan”

“ Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah.”Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

“ Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?”

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

“ Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya’, sedangkan aku tidak menunaikannya”

“Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?”Tanya Tuan Syeikh menguji.

“Sudah tentu wahai Tuan Syeikh” jawab Ahmad dengan penuh semangat.

“ Kalau begitu dirikanlah solat Isya’. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami” Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.



ps:Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran.
Read more!

Panggillah Sahabatmu Dengan Nama

Satu hari,ketika kaki melangkah ke arah bangunan yang lain dari yang lain,terselisih dengan segerombolan manusia.

"Oit,engkau..bla..bla.."Sahabat di sebelah berkata,"Kesian kawan dia,macam tak der nama.Panggil oit je.."

"Sebab tu la P. Ramlee cakap bahasa menunjukkan bangsa."sampuk diriku.

Penggunaan oit,oi atau perkataan yang sama waktu dengannya amatlah ditengah dalam Islam kerana Islam itu sendiri telah pun menyediakan garis panduan yang betul dalam etika bersahabat.

Dan Allah berfirman :
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain.Boleh jadi mereka yang diolok-olok lebih baik daripada mereka yang
mengolok-olok. Jangan pula para wanita mengolok-olok wanita-wanita lain. Boleh jadi wanita-wanita yang diolok-olok lebih baik daripada para wanita yang
mengolok-olok. Janganlah kalian mencela diri kalian sendiri. Jangan pula kalian
saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah
(panggilan) yang buruk sesudah iman. Siapa saja yang yang tidak bertaubat, mereka itulah orang-orang yang zalim "(Al-Hujurat[49]: 11).

Dari ayat ini,dapat kita simpulkan bahawa etika bersahabat itu ada 3 perkara.

Pertama : Janganlah kita mengejek-ejek kaum/orang lain.Secara naluri,manusia memang tidak suka diejek dan perkara tersebut boleh menimbulkan kemarahan.

Kedua : Janganlah mencela saudara sendiri meskipun celaan itu ialah fakta.Biasanya,cela dan ejek ini berpangkal apabila orang yang mencela menganggap dirinya lebih sempurna berbanding dengan orang yang diejek,yang dianggap lebih rendah dan lebih buruk.Padahal,mana tahu,orang yang disangka lebih rendah itulah yang paling tinggi kedudukannya di hadapan ALLAH.

Ketiga : Janganlah memanggil saudaramu dengan panggilan yang tidak disukainya.Jadi,tanyalah sahabat anda panggilan apa yang patut digunakan untuk memanggilnya.

Rasulullah pernah bersabda:
Ada tiga perkara yang menggambarkan kecintaanmu kepada saudaramu: kamu
mengucapkan salam kepadanya ketika bertemu dengannya; meluaskan tempat untuknya dalam majlis; memanggilnya dengan nama yang paling disukainya (HR al-Hakim )

Oleh itu,sebagai ringkasan,ikutilah adab2 dalam pergaulan yang sememangnya amat berguna dalam kehidupan seharian kita.Kepada mereka yang 'diserempakkan' pada hari itu,moga2 kalian berubah.Ingat,mungkin sahabat anda tidak menyenangi panggilan itu biarpun dia tidak berkata apa-apa.Jadi,cara yang lebih selamat,panggillah dia dengan panggilan yang sedap didengar,ye!

Live your life to the fullest and you will get what you want!
Read more!
" Seindah Mawar Berduri
Part 5

Pada kuliah pagi itu,

awal-awal lagi Khazinatul Asrar mengajak Suwaibah Aslamiyyah duduk di sebelahnya. Dia mengambil langkah berjaga-jaga sebelum Tsabit mengambil kesempatan untuk duduk di sebelahnya kerana Hijriah tak datang. Suwaibah Aslamiyyah memenuhi perlawaan Khazinatul Asrar tanpa banyak soal.

Untuk kali inipun, nota berwarna biru lembut hadir lagi dalam buku yang dibawanya.
“Wahai pencuri, saya bertai biru di Cyber Café Kajang pada pukul 5.00 petang ini. Ayuh kita buat perhitungan!”


Pandangannya segera beralih kepada pemuda yang berkedudukan di posisi belakangnya. Entah mengapa dia begitu curiga dengan pemuda yang memakai baju kemeja putih berbintik biru itu. Warna biru memang ada kaitan dengan pemuda itu. Tsabit yang menyedari Khazinatul Asrar sedang memandangnya dengan spontan membetulkan songkok di atas kepalanya sambil tersengih-sengih. Hati Khazinatul Asrar bertambah geram. Kali ini dia tidak berfikir panjang lagi.Hatinya penuh yakin. Lantas dia mencoretkan sesuatu di atas kertas dan menghulurkannya kepada Tsabit.

*Perhitungan! Cyber Café Kajang, 5.00 petang.

Khazinatul Asrar berazam pertemuan yang akan diadakan seringkas yang mungkin dengan Tsabit petang ini bakal mengajar Tsabit sesuatu. Berkeriuk dahi Tsabit menatap nota itu. Namun selepas seketika, dia tersenyum sendirian. Entah apa yang difikirkannya. Suwaibah Aslamiyyah juga mengeriukkan dahi melihat telatah aneh Khazinatul Asrar.

“Duhai kekasihku Ya Allah, peliharalah diriku dari fitnah..” hatinya berdoa tatkala menyedari temannya mula memikirkan sesuatu.

Pada petang itu…

“Kenapa dia bertai hitam? Kemeja pula merah jambu…” bisik hati kecil Khazinatul Asrar tatkala dia melihat dari jauh telatah Tsabit yang sedang mencari-cari seseorang di muka pintu Cyber Café. Lagaknya bagaikan orang yang sudah lama menunggu. Langkahnya terus disusun kemas menuju ke situ. Tsabit mula menyedari kemaraan gadis itu. Dibetulkan tainya agar lebih kemas. Entah keberapa kali dia membetulkannya…

“Saudara terlupa pakai tai biru?” sindir Khazinatul Asrar tatkala langkahnya betul-betul berhenti di hadapan Tsabit. Tubuhnya di hala ke arah lain. Tidak tergamak untuknya bertembung mata dengan pemuda kacak kacukan Libya itu. Ghoddul basor. “Tai biru?” dahi Tsabit berjalur dengan tandatanya.

“Ya…tai biru! Atau…mungkin tai biru itu sebenarnya yang telah saya curi. Maklumlah saya ni kan pencuri..” Khazinatul Asrar menyindir lagi.


“Asrar, apa yang awak cakap ni?” wajah Tsabit kebingungan.

“Maafkan saya saudara…saya datang ni pun untuk mengucapkan terima kasih kerana memberi gelaran pencuri kepada saya. Sebagai penghargaan dari saya, saya pun ingin menggelarkan saudara sebagai perompak. Perompak ketenangan orang lain. Maafkan saya…” kata-kata Khazinatul Asrar bagaikan duri mawar yang menusuk kalbu. Dia pantas berlalu dari situ dan segera menaiki teksi yang sedia menanti. Tsabit masih terpinga-pinga di muka pintu.



Tiba-tiba badannya dirempuh oleh seorang pemuda bertai biru yang berlari tergesa-gesa seperti mengejar seseorang. Pemuda itu sempat meminta maaf daripada Tsabit. Tsabit semakin keliru.


Tidak seperti selalu, Khazinatul Asrar hanya duduk di bilik pada malam itu. Badannya direbahkan di atas tilam. Peristiwa di Cyber Café petang tadi masih segar di fikirannya. Hatinya puas. Dia berharap agar Tsabit tidak akan mengganggunya lagi dengan nota-nota berwarna biru lembut itu. Namun dia masih dilanda persoalan bagaimana Tsabit boleh meletakkan nota-nota itu ke dalam bukunya tanpa disedari. Sesuatu yang mustahil.



Secara logiknya, hanya orang yang terdekat sahaja boleh melakukannya. Orang terdekat? Hijriah… Mungkinkah Hijriah terlibat dalam hal ini? Hijriah? Ah…tak mungkin Hijriah. Perkara kecil sekalipun Hijriah tak mampu nak rahsiakan daripada Khazinatul Asrar. Dia sahabat yang baik dan berterus terang. Nota-nota yang terkumpul itu terus dibelek-belek untuk mencari clue.



Tsabitkah pengirimnya? Hatinya tiba-tiba dilanda serba-salah kerana membuat tindakan yang terburu-buru terhadap Tsabit. Segalanya didasari perasaan geram yang meluap-luap. Dia beristighfar menghitung dirinya. Hatinya terus berdialog sendiri. Tiba-tiba, suatu suara halus mengejutkannya dari lamunan… suara yang tidak asing lagi.



Dia bingkas berlari ke pintu dengan senyuman yang manis terukir.


“…oh, saya gembira awak dah kembali,” wajah Khazinatul Asrar penuh ceria menyambut kepulangan Hijriah. Salam dihulur dan mereka berdua saling bersalam berpelukan. Wajah Hijriah juga berseri dengan keceriaan.


“Saya ingat nak balik sini secara surprise sebab biasanya waktu-waktu begini awak dah ke perpustakaan… macam dah tahu-tahu saja saya nak balik sini…” Kedua-dua sahabat itu beriringan ke katil masing-masing.


“Entahlah…hati saya berat semacam jea nak ke perpustakaan malam ni… tak sangka pulak itu petanda yang sahabat saya yang sorang ni nak balik sini,” senyuman Khazinatul Asrar masih tak lekang di bibir.


“Ha…mesti siang malam awak asyik rindukan saya…” Hijriah mengusik disambut ketawa kecil Khazinatul Asrar. Dalam pada itu, mata hijriah melirik pada helaian-helaian nota berwarna biru lembut dalam genggaman Khazinatul Asrar.


“Nota apa tue?” Hijriah ingin tahu sambil tangannya pantas mencapai nota-nota itu dari genggaman Khazinatul Asrar. Kazinatul Asrar merelakan.


Entahlah Hijriah... nota-nota ni sering mengganggu fikiran saya sejak akhir-akhir nie. Mungkin ini ujian Allah supaya saya sentiasa memuhasabah diri. Allah takkan bagi ujian kalau bukan kerana Dia sayangkan kita,kan?!” kata-kata itu menyebabkan Khazinatul Asrar direnung dalam-dalam oleh Hijriah. Mata Hijriah langsung tidak berkelip. Bagaikan ada rahsia besar yang tersimpan. Khazinatul Asrar agak terkejut apabila direnung begitu. “Hijriah….???” Bibirnya mengungkap. Hijriah masih jauh meneroka anak mata Khazinatul Asrar.


“Hijriah, kenapa ni?” Khazinatul Asrar yang kehairanan cuba menduga. Air muka Hijriah segera berubah seperti orang yang baru disedarkan dari mimpi. Namun, dia hanya berdiam diri dengan pernyataan Khazinatul Asrar.


“Eh, ganjil sekali perangainya…” bisik Khazinatul Asrar kebingungan.


Serentak dengan itu, Hijriah tiba-tiba bangun dari katilnya dan mendapatkan handbeg yang baru sebentar tadi diletakkan di atas meja study. Dia mencari-cari sesuatu. Khazinatul Asrar hanya mampu melihat telatah aneh Hijriah itu. Pelbagai soalan dan andaian menujah-nujah kotak fikiran. Hijriah mengeluarkan sekeping nota berwarna biru dari handbegnya dan nota itu diselitkan dalam salah satu fail kepunyaan Khazinatul Asrar yang tersusun kemas di atas meja study. Khazinatul Asrar yang menyaksikan semua itu bertambah keliru.



Lidahnya kelu untuk menuturkan sesuatu kepada Hijriah yang berkelakuan ganjil itu.Hijriah kemudiannya menyerahkan fail yang diselitkan dengan nota berwarna biru itu tadi kepada Khazinatul Asrar. Dengan kebingungan, tangannya akur menyambut fail itu tanpa alasan biarpun mindanya sarat persoalan. Nota berwarna biru itu ditatapnya.


##Wahai pencuri, kau mungkin telah ke Cyber Café…namun tuntutan saya masih belum terlaksana. Masakan tidak, si perompak pula yang kau temui…not me!!##




Read more!

Ramadhan

in the name of Allah

click untuk besarkan (sumber: Zamani Md Zain)

jom kita amalkan 10 perkara sepanjang hari!
moga ramadhan tahun ini meninggalkan kesan yang lebih baik dari tahun sebelumnya...ameen

p/s: jangan lupa niat puasa malam ni

Read more!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers