biasiswa JPA

Tawaran Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara

Salam sejahtera untuk semua.

Permohonan dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

IPTA / IPTS TAJAAN BIASISWA JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditaja adalah seperti berikut:

* Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
* Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
* Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
* Universiti Malaya (UM)
* Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
* Universiti Malaysia Pahang (UMP)
* Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
* Universiti Malaysia Sabah (UMS)
* Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
* Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
* Universiti Putra Malaysia (UPM)
* Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
* Universiti Sains Malaysia (USM)
* Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
* Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
* Universiti Teknologi MARA (UiTM)
* Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
* Universiti Utara Malaysia (UUM)
* Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditaja adalah seperti berikut:

* Universiti Multimedia (MMU)
* Universiti Teknologi Petronas (UTP)
* Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

A. Syarat Asas

1. Warganegara Malaysia;
2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2010; dan
3. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau sedang mengikuti pengajian di tahun2 dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas.

B. Syarat Kelayakan Akademik

1. Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester Satu Sesi 2010/2011;

* Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Gred 2A dalam 7 matapelajaran
* Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Prinsipal B dalam 4 matapelajaran
* Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM) – 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan
* Sijil Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA – CGPA 3.40
* Sijil Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma – CGPA 3.50

2. Pelajar di Tahun Pertama Semester

* Keputusan Peperiksaan Semester – GPA 3.50

3. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas Semester

* Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Perubatan Veterinar – Lulus
* Bidang-bidang lain – CGPA 3.50

Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.
BIDANG TAJAAN

* Perubatan
- Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perubatan Veterinar

* Sains Tulen
- Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sains Hayat

* Sains Gunaan
- Pertanian, Perhutanan, Bioteknologi/ Sains Makanan, Perikanan/ Sains Samudera, Alam Sekitar, Teknologi Maklumat

* Teknologi
- Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah

* Sastera
- Sastera Dan Sains Sosial, Pengajian Islam/ Syariah/ Usuluddin, Kemanusiaan/ Kemasyarakatan, Komunikasi, Bahasa, Sains Pembangunan, Ilmu Teras

* Sastera Ikhtisas
- Ekonomi/Perniagaan Tani, Pengurusan Perniagaan/Pentadbiran Awam, Perakaunan, Undang-undang, Pengajian Kuantitatif, Pengurusan, Sains Perpustakaan dan Maklumat

KADAR BIASISWA

Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,020 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.
TEMPOH KONTRAK

Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

* Perubatan / Pergigian – 10 tahun
* Farmasi / Perubatan Veterinar – 6 tahun
* Kejuruteraan / Teknologi – 6 tahun
* Perakaunan / Undang-undang – 6 tahun
* Pengurusan / Sastera – 4 tahun
* Biologi / Kimia / Matematik – 4 tahun

Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

1. Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
2. Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.

Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

* Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
* Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.
* Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
* Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.
* Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (on-line) sahaja percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my atau terus saja ke Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN);
2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009”;
5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun ” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

PERTANYAAN

* Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di Syarat-syarat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2009 dan Soalan Lazim (FAQ) Bagi Borang Permohonan Online PIDN 2009.
* Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541, 03-8885 3552, 03-8885 3554 dan 03-8885 3653. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin– Jumaat); dan
* Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my.

3 comments:

AmirSyafiq said...

selainJPAsiapaLGygBGbiasiswa?

Nurul Athirah said...

mara

baitulmal

zakat

p/s ; nti admin try cari lg. tp sume kena usaha gk

Haushinka said...

Saya pelajar diploma semester 3 UiTM. Andaikata saya berjaya dapat biasiswa ini, tapi selepas tamat diploma saya ingin memohon biasiswa lain; contohnya biasiswa ke luar negara, adakah ia dibenarkan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers