Daulah Khilafah


Salam…Ke hadapan sahabat-sahabat sekalian…


Orang yang tidak mempelajari sejarah pasti akan mengulangi sejarah



Hari ini, dalam lipatan sejarah, pada 28 Rejab 1342 Hijrah bersamaan dengan 3 Mac 1924 Masihi, kaum kuffar penjajah yang diketuai oleh British dengan bantuan penguasa pengkhianat Arab dan Turki telah berupaya menghapuskan Daulah Islam (Daulah Khilafah)…


Seterusnya, umat Islam diperlakukan umpama binatang, malah lebih teruk daripada itu. Kuffar penjajah lalu mencerai-beraikan negeri-negeri umat Islam kepada lebih daripada 50 buah negara yang lemah dan tidak berdaya.


Mereka melantik di setiap negara tersebut seorang ejen mereka, sebagai penguasa yang memerintah mengikut apa yang mereka kehendaki. Lalu para penguasa kaum Muslimin yang jahat ini pula telah mempergunakan segala kuasa yang ada pada mereka untuk mengintip, menangkap, menyeksa dan mengheret para pejuang yang ingin mengembalikan Khalifah, lalu menghumban pejuang-pejuang ini ke penjara-penjara dengan cara yang zalim.


Allah mengangkat martabat orang-orang yang berilmu dari kalangan manusia dengan beberapa darjat.



Sesungguhnya menegakkan kembali Daulah Khilafah adalah wajib. Dalil dari al-Quran, as-Sunnah dan ijmak sahabat adalah cukup jelas dalam perkara ini. Seluruh imam mazhab dan para mujtahid tanpa kecuali telah bersepakat bulat akan wajibnya Khilafah ini. Pendapat-pendapat mereka tentang kewajipan ini tertera di dalam kitab-kitab karangan mereka yang masyur.


Syeikh Abdurrahman al-Jaziri dalam kitabnya Al-Fiqh ‘Al-Madzahib Al-Arba’ah menjelaskan: “…para imam mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafi’I dan Ahmad) rahimahumullah telah sepakat bahawa Imamah (Khilafah) itu wajib dan bahawa umat Islam wajib mempunyai seorang Imam (Khalifah) yang akan meninggikan syiar-syiar agama serta menolong orang-orang yang tertindas dari yang menindasnya…”.



Salah satu tugas seorang Muslim itu adalah memastikan tertegaknya syariat Allah di muka bumi ini.



Tugas menegakkan Khilafah merupakan kewajipan dari Allah ke atas kita semua. Ia adalah satu tugas yang mulia kerana hanya dengan terwujudnya Khilafah, maka barulah hukum-hukum serta syariat Allah dapat dilaksanakan secara kaffah…


Ketahuilah, bahawasanya semenjak kejatuhan Khilafah sehingga ke hari ini, orang Islam hidup di dalam sistem sekular warisan penjajah kuffar. Jadi, bagaimanakah kemuliaan Allah akan tercurah ke atas kita apabila hukum kufar sekular dan bukannya hukum Allah yang mengatur kehidupan kita?


Generasi terdahulu telah mengecapi segala kebaikan serta kemuliaan di kala mereka hidup di bawah naungan Khilafah. Di kala itu, umat Islam benar-benar menjadi umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, sebagai umat Nabi Muhammad SAW.


Sesungguhnya adalah tugas kita semua sebagai khalifah untuk memakmurkan alam ini.



Ketahuilah, bahawa nenek moyang kita adalah para Khulafa al-Rasyidun, para pemimpin yang menakluki dunia demi menegakkan agama Allah. Kita adalah anak cucu kepada orang yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Kita adalah anak cucu penakluk Andalusia dan penyebar tamadun Islam di dalamnya.


Kita adalah anak cucu al-Mu’tasim yang mengetuai bala tentera yang begitu besar hanya untuk menyelamatkan seorang wanita yang dizalimi oleh seorang lelaki Rom.


Kita adalah anak cucu al-Rasyid yang menyuarakan jawapan kepada Raja Rom di waktu beliau membatalkan perjanjian dengan umat Islam. Baginda menjawab dengan bertitah: “Daripada Harun Amirul Mukminin kepada Nakfur anjing Rom, jawapannya apa yang kamu lihat bukan apa yang kamu dengar!”. Maka sampailah tentera Islam ke benteng Rom sebelum sampainya surat tersebut kepada raja mereka.


Jadilah kita semua sebagai pendukung serta pembela agama Allah di muka bumi ini.



Kita adalah anak cucu Salahuddin al-Ayubi, pejuang yang telah menghentak tentera Salib dan beliau dimuliakan Allah dengan menjadi pembebas Baitulmuqaddis.


Kegemilangan umat Islam zaman dahulu perlu diteruskan oleh kita pada masa kini.



Kita adalah anak cucu Sultan Qutuz dan Baybars penghancur bangsa Tartar. Kita adalah anak cucu Muhammad al-Fateh, seorang pemimpin muda yang telah dimuliakan oleh Allah dengan pujian Rasulullah sebagai penakluk Konstantinopel.


Kita adalah anak cucu Khalifah Sulaiman al-Qanuni yang diminta bantuan oleh Perancis pada kurun ke-16 ketika rajanya ditawan dan mereka tidak menemukan sebarang kekuatan yang setimpal yang dapat memberikan perlindungan kepadanya melainkan Khilafah Islam.


Kita adalah anak cucu Khalifah Salim III yang pada zamannya, Amerika membayar cukai tahunan kepada walinya di Algeria sebanyak 642000 dollar emas dengan penambahan 12000 lira emas Utsmani, sebagai ganti pembebasan tawanan Amerika yang ada di Algeria dan member keizinan kepada kapal-kapal Amerika untuk belayar dengan aman di Lautan Antlantik dan Laut Mediterranean tanpa menghadapi tentera laut Utsmani di wilayah Algeria.


Sesungguhnya umat Islam memiliki Palestin dengan darah dan sekiranya Yahudi ingin merampasnya perlulah dengan darah juga sebagai galang gantinya.



Kita adalah anak cucu Khalifah Abdul Hamid yang tidak dapat diperdayakan oleh jutaan wang emas yang dihamparkan oleh Yahudi laknatullah kepadanya sebagai galang ganti dengan tanah Palestin.


Baginda menjawab dengan perkataannya yang masyur: “Simpanlah wang kamu wahai Yahudi… Sesungguhnya tertancaplah pisau bedah di dadaku adalah lebih ringan buatku daripada aku melihat Palestin terpisah dari Daulah Khilafah”.


Allah telah menjanjikan kemenangan bagi kaum Muslimin yang berjihad di jalan-Nya.



Inilah nenek moyang kita wahai sahabat-sahabatku… dan demikian apa yang telah mereka lakukan. Maka ikutilah kebenaran yang telah mereka lalui ini… Kaum Muslimin sesungguhnya mempunyai kekuatan dan sedangkan negara kafir penjajah hanya kelihatan kuat tetapi hakikatnya mereka itu amat lemah.


Mereka memiliki senjata-senjata yang canggih tetapi tentera yang takut mati. Secanggih mana sekalipun senjata tanpa pejuang yang berani akan pastinya lemah di hadapan sekelompok kaum Mukmin yang berjuang mengharapkan syahid di jalan Allah.


Jihad tidak memerlukan rehat, kerana itulah kita diciptakan.



Sesungguhnya tentera kaum Muslimin adalah tentera-tentera Allah yang apabila mereka berjuang, Allah dan malaikat akan bersama mereka dan membantu mereka.


Demi sesungguhnya, apabila Khilafah tertegak nanti, maka Khalifah akan menggerakkan bala tentera ini menuju salah satu dari dua kemuliaan-kemenangan atau syahid di jalan Allah.


Allah dan para malaikat sentiasa bersama dengan orang-orang yang berjihad di jalan-Nya.



Dengan berperangnya tentera Islam di bawah pimpinan seorang Khalifah dan bertempurnya tentera Islam di bawah bendera dan panji-panji ‘Laila ha illallah Muhammad Rasulullah’, insyallah bumi Islam akan dibebaskan satu per satu.


Sesungguhnya agama Islam itu membawa rahmat bagi sekalian alam.



Dan berakhirlah segala penderitaan dan kesengsaraan umat Islam. Dengan bersatunya negara-negara kaum Muslimin di bawah Khilafah, maka akan lenyaplah segala kebatilan dan zahirlah agama Allah di muka bumi.


Bangkitlah seluruh umat Islam dan bersatulah di bawah naungan kalimah Allah Yang Maha Esa.



Wahai sahabat-sahabatku… Sesungguhnya semua kemuliaan tersebut hanya akan dapat dicapai apabila kembalinya Daulah Khilafah, sebuah institusi politik agung umat Islam.


Inilah yang telah dikecapi oleh orang-orang terdahulu dari kita di kala mereka hidup dibawah naungan Khilafah. Dan insyallah, inilah juga yang dapat kita kecapi apabila kembalinya institusi agung mempersatukan ummah ini.


Tugas menguasai dunia terletak di tangan kita wahai umat Islam.


Sesungguhnya, di tangan kita semua ada kuasa yang diberikan oleh Allah Azza Wa Jalla untuk melantik dan membai’ah seorang khalifah yang akan mengatur dunia ini dengan perintah dan larangan Allah dan seterusnya akan mengembalikan kemenangan serta kemuliaan kepada kita semua.


Kepada Allah kami memohon dan hanya kepada-Nya kami berlindung…


Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!

4 comments:

iammuslimah said...

salam perjuangan..nice article!
teruskan tugasmu sebagai daie di jalanNya..

GrEeN CrYsTaL said...

Salam satu ukhuwah...thanks for advice...

haidaf said...

"barang siapa yg menolong agama ALLAH,maka ALLAH akan menolongny"

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers