BergunaKot...


Read more!

artikel (edisi 1&2)

in the name of Allah

edisi 1 (click untuk besarkan)


edisi 2 (click untuk besarkan)

(monolog)-asif buat sesiapa yang tetunggu-tunggu hampir sebulan. Nantikan edisi yang seterusnya. Mungkin ramai yang tidak berpeluang membacanya sebelum ini di kediaman masing2. Diharap cuti ini dapat membuka ruang2 itu!

Read more!

biasiswa JPA

Tawaran Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara

Salam sejahtera untuk semua.

Permohonan dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

IPTA / IPTS TAJAAN BIASISWA JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditaja adalah seperti berikut:

* Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
* Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
* Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
* Universiti Malaya (UM)
* Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
* Universiti Malaysia Pahang (UMP)
* Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
* Universiti Malaysia Sabah (UMS)
* Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
* Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
* Universiti Putra Malaysia (UPM)
* Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
* Universiti Sains Malaysia (USM)
* Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
* Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
* Universiti Teknologi MARA (UiTM)
* Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
* Universiti Utara Malaysia (UUM)
* Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang ditaja adalah seperti berikut:

* Universiti Multimedia (MMU)
* Universiti Teknologi Petronas (UTP)
* Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

A. Syarat Asas

1. Warganegara Malaysia;
2. Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2010; dan
3. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau sedang mengikuti pengajian di tahun2 dan ke atas di mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan seperti yang disenaraikan di atas.

B. Syarat Kelayakan Akademik

1. Pelajar Baru di Tahun Pertama Semester Satu Sesi 2010/2011;

* Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Gred 2A dalam 7 matapelajaran
* Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Prinsipal B dalam 4 matapelajaran
* Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (di samping mempunyai SPM) – 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan
* Sijil Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan IPTA – CGPA 3.40
* Sijil Pra-Universiti/Foundation/Alpha/ Diploma – CGPA 3.50

2. Pelajar di Tahun Pertama Semester

* Keputusan Peperiksaan Semester – GPA 3.50

3. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas Semester

* Bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Perubatan Veterinar – Lulus
* Bidang-bidang lain – CGPA 3.50

Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian, farmasi dan perubatan veterinar di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.
BIDANG TAJAAN

* Perubatan
- Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perubatan Veterinar

* Sains Tulen
- Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Sains Hayat

* Sains Gunaan
- Pertanian, Perhutanan, Bioteknologi/ Sains Makanan, Perikanan/ Sains Samudera, Alam Sekitar, Teknologi Maklumat

* Teknologi
- Kejuruteraan, Teknologi Industri, Seni Bina, Ukur Bahan/Tanah, Perancangan Bandar dan Wilayah

* Sastera
- Sastera Dan Sains Sosial, Pengajian Islam/ Syariah/ Usuluddin, Kemanusiaan/ Kemasyarakatan, Komunikasi, Bahasa, Sains Pembangunan, Ilmu Teras

* Sastera Ikhtisas
- Ekonomi/Perniagaan Tani, Pengurusan Perniagaan/Pentadbiran Awam, Perakaunan, Undang-undang, Pengajian Kuantitatif, Pengurusan, Sains Perpustakaan dan Maklumat

KADAR BIASISWA

Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,020 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.
TEMPOH KONTRAK

Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

* Perubatan / Pergigian – 10 tahun
* Farmasi / Perubatan Veterinar – 6 tahun
* Kejuruteraan / Teknologi – 6 tahun
* Perakaunan / Undang-undang – 6 tahun
* Pengurusan / Sastera – 4 tahun
* Biologi / Kimia / Matematik – 4 tahun

Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

1. Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
2. Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.

Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.
CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

* Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
* Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/agensi.
* Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
* Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra Universiti / Alpha / Foundation.
* Pelajar/pegawai yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (on-line) sahaja percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai tarikh iklan dikeluarkan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my atau terus saja ke Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN);
2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2009”;
5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun ” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

PERTANYAAN

* Maklumat yang lebih lengkap boleh diperolehi di Syarat-syarat Permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2009 dan Soalan Lazim (FAQ) Bagi Borang Permohonan Online PIDN 2009.
* Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541, 03-8885 3552, 03-8885 3554 dan 03-8885 3653. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin– Jumaat); dan
* Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau e-mel di alamat esila@jpa.gov.my.
Read more!

paderi dan kambing

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai.Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan| penduduk-penduduk di negara itu.
Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah,jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam.Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.

Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.

Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.
Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.

Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.
Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati.

Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.

Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam"

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing |menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba |mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."

"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan...

walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.
Read more!

CERPEN,,


" Seindah Mawar Berduri "
Part 1


"Khazinatul asrar , kau pencuri!" Khazinatul Asrar tergamam melihat sekeping nota kecil berwarna biru lembut yang terselit di dalam buku Usul Fiqh nya. Seribu persoalan bertandang di benak fikiran.


"Apa yang aku curi?" bisiknya sendiri penuh kehairanan.


Matanya liar memerhati sekeliling dewan kuliah, manalah tahu kalau–kalau ada mata yang sedang melihat reaksinya tatkala dia menatap nota itu…mata yang mungkin sedang nakal melihatnya dirinya diperlakukan begitu. Namun tiada seorang pun daripada rakan sekuliahnya yang menunjukkan reaksi yang mencurigakan. Masing–masing sibuk dengan kerja sendiri.


"Biarkanlah..!!" hatinya berbisik lagi . Dia tidak mahu menyerabutkan fikirannya untuk berfikir soal nota kecil itu yang dirasakan suatu gurauan semata–mata.Lengan jubahnya ditarik sedikit untuk melihat jam di tangannya. Sudah pukul 8.50 pagi! 10 minit lagi kelas Usul Fiqh akan bermula. Sekejap saja lagi Dr.Maisarah yang sering mengawali waktu akan masuk untuk memulakan sessi kuliyahnya. Tepat seperti apa yang disangka, derapan laju tapak kasut seorang wanita 40-an itu memang cukup dikenalinya. Masuklah doktor falsafah dalam bidang Pengajian Islam itu. Tatkala itu juga, barulah Khaznatul Asrar sedar bahawa kerusi di sebelahnya masih kosong.

"Mana Hijriah?" getus hatinya. Pandangannya terbuang keluar pintu dewan untuk mencari–cari kelibat rakan sebilik, sekamsis dan sekuliahnya itu kalau-kalau dia terlewat datang. Hampa. "Mungkin dia kurang sihat…kasihan dia tak dapat mengikuti kuliah hari nie. Tapi…betulkah dia sakit? kalau demam sikit–sikit tu, dia tak mungkin tinggalkan kelas. Hijriah bukan begitu orangnya…" hatinya berbicara sendiri. Sedikit rasa bimbang datang bertamu.


"Hijriah tak datang hari ni? Err , boleh saya duduk sini?"


Lamunan Khazinatul Asrar terhenti oleh sapaan Tsabit yang tiba–tiba datang melabuhkan punggung di sebelahnya tanpa diundang. Khazinatul Asrar hanya mampu berdiam diri, jiwanya beristighfar panjang kerana tidak selesa didampingi oleh seorang lelaki ajnabi. Apatah lagi lelaki itu memang sejak dulu lagi sering untuk cuba untuk mendekatinya tetapi tidak pernah dilayan. Pelajar–pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM terus memfokuskan perhatian kepada Dr.Maisarah sebaik sahaja kelas bermula.


"Kenapa sorang jea hari nie? Mana Hijriah?" tersembul pertanyaan itu dari mulut Tsabit sedangkan Dr.Maisarah sedang lantang memberikan kuliahnya. Seolah–olah dia ingin memulakan perbualan. Konsentrasi Khazinatul Asrar terganggu seketika.


Bibirnya digetap. Geram. Astargfirullah…


"Maafkan saya, saudara. Kita di dewan kuliah sekarang nie!" Khazinatul Asrar bernada agak tegas tanpa menjeling sedikitpun kepada Tsabit apatah lagi untuk menoleh. Dia tidak mahu membuka ruang kepada Tsabit yang sering mencari peluang.


Pandangannya tetap setia tertumpu pada Dr.Maisarah namun pertanyaan Tsabit itu membuat fikirannya melayang memikirkan Hijriah yang tidak datang ke kuliah. Persoalan–persoalan yang berlegar di mindanya ditambah pula dengan ketidakselesaan didampingi Tsabit menyebabkan dia tewas untuk memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah.
Dalam sedar mahupun tidak, fikirannya melayang entah kemana. Wajah Hijriah berlegar–legar disudut ingatan.


Masakan tidak, Hijriah bersiap–siap seperti biasa pagi tadi. Ceria seperti hari–hari biasa. Langsung tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia sakit. Tak mungkin tiba–tiba sahaja dia jatuh sakit. Apa yang telah terjadi kepadanya?


Terbit pula kesalan dihatinya kerana tidak pergi ke dewan kuliah bersama–sama Hijriah. Bukan apa, Hijriah suka datang lambat sedangkan Khazinatul Asrar lebih gemar datang awal ke dewan kuliah agar bolehlah dia mengulangkaji secara ringan sebelum kuliyah bermula.


Tsabit yang menyedari dirinya telah menimbulkan kemarahan Khazinatul Asrar lagi, mula memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dia selalu tersilap waktu untuk cuba mendekati gadis pujaannya itu. Lantaran itu, setiap kali cuba mendekati Khazinatul Asrar, dia pasti dimarahi secara lembut tetapi tegas olehnya. Malah, sejak awal perkenalan, dia tidak pernah diberi walau seulas senyuman sekalipun. Namun, Tsabit adalah seorang pemuda yang tidak mengenal erti serik dan jemu.
Sopan santun, kelembutan, keayuan, akhlak dan keperibadian Khazinatul Asrar membakar semangatnya untuk tidak tewas memenangi hati gadis tersebut. Saban waktu, malamnya ditemani mimpi seraut wajah yang bermahkotakan tudung labuh sebagai penghias diri dan dilindungi jubah,
sunnah sahabiah. Dia igaukan seorang bidadari yang beridentitikan Muslimah sejati.

‘Tomorrow…please present this topic. ..’" Dr Maisarah mengakhiri sesi kuliyahnya yang telah sejam berlalu.


"Astargfirullahal azhim…apa yang aku dapat hari ni?" spontan Khazinatul Asrar menuturkan kata–kata itu membuatkan Tsabit berpaling kepadanya. "Kenapa Asrar?"


Tsabit memberanikan diri bertanya. Prihatin.


"Err.. nothing!" Khazinatul Asrar cepat–cepat berdalih dan mula menyibukkan diri mengemas buku–buku di hadapannya.


"Saya tahu, awak tak salin apa–apa nota tadi, kan? awak fikirkan sesuatu ye?!" Tsabit cuba menduga. Memang sepanjang kuliah matanya sering menjeling-jelling. Khazinatul

Asrar bingkas bangun dari kerusinya untuk segera mengakhiri perbualan yang tidak diminta itu.


"Maaf, saya nak pulang dulu," getusnya seolah–olah acuh tak acuh dengan pertanyaan Tsabit.

"Ish, sombongnya!" keluh Tsabit.


"Sombong pun sombonglah.. thanks!’" balas Khazinatul Asrar bersahaja. Langkahnya mula diatur. Pantas Tsabit memintasnya.

"Nanti…!" halang Tsabit. Khazinatul Asrar menundukkan pandangannya. Tidak sanggup untuknya menentang renungan mata dari pemuda yang berdarah Melayu- Libya itu. Dia hanya mampu mendengus lemah. Geram bila langkahnya disekat.


Hatinya berzikir.

"Err…Kalau awak sudi, pinjamlah nota saya nie," sambil tangannya menghulurkan sebuah buku nota yang cantik bersampul biru muda.


"Terima-kasih jealah…saya boleh merujuknya semula dengan rakan-rakan perempuan yang lain," balas Khazinatul Asrar. Menolak.


"Kalau macam tue, awak tolonglah pinjamkan nota saya nie untuk Hijriah." Tsabit masih tidak berputus asa. Dia tahu Hijriah sebilik dengan Khazinatul Asrar. Masih ada strategi lain!

"Sekali lagi, terima kasihlah saudara. Hijriah pun boleh merujuk nota lain bersama saya nanti. Lebih baik saudara bawa pulang saja nota saudara nie dan buat revision untuk presentation esok," tegas Khazinatul Asrar.


"Ish, sombong betullah. Tak baik tau! Allah tak suka orang sombong. Baca dalil karang, baru tau…" Tsabit mula geram dengan penolakan demi penolakan.


"Jangan memandai dengan dalil, tengok situasilah. Allah lagi tak suka orang…" kata-kata Khazinatul Asrar cepat–cepat dipotong….


"Awak memang tak sudi dengan nota saya dan macam–macam alasan awak bagi. However, saya amanahkan awak pinjamkannya untuk Hijriah." Tsabit bernada merajuk dan meninggalkan notanya diatas kerusi sambil berlalu pergi. Khazinatul Asrar menggeleng–gelengkan kepalanya. Dia berasa geli hati dengan perbuatan Tsabit yang beria–ria untuk meminjamkan buku notanya. Bagaikan hanya dia seorang sahaja yang menyalin nota Dr.Maisarah. Setelah difikir–fikir, Khazinatul Asrar akhirnya membawa pulang nota Tsabit itu untuk diberikan kepada Hijriah memandangkan perkataan ‘mengamanahkan’ yang Tsabit tuturkan.


Langkahnya disusun kemas untuk pulang ke kamsisnya. Lamunan tentang Hijriah hadir lagi, seolah–olah episodnya bersambung sejak dari dewan kuliah tadi.


Hijriah belum pernah ponteng kuliah seperti hari ini. Sebagai teman sebilik, dia terlalu ingin tahu keadaan Hijriah di saat itu. Sakitkah dia? Khazinatul Asrar mula berasa bersalah terhadap dirinya sendiri yang mungkin terlalu sibuk mengejar waktu hingga agak mengabaikan situasi teman sebiliknya itu sejak kebelakangan ini.


Penglibatannya sebagai salah seorang perwakilan pelajar PMUKM ( Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ) sudah cukup membuatkan hari–hari yang dilaluinya terlalu padat dan singkat. Tenaga, wang dan waktu lapang banyak dikorbankan untuk perjuangannya di kampus itu. Waktu malamnya pula dihabiskan untuk menyiapkan assignment di Perpustakaan Tun Sri Lanang, perpustakaan terbesar di asia tenggara. Baginya tiada istilah rehat selagi dia tidak mampu menyeimbangkan sebijaksana mungkin masa yang dia ada untuk menunaikan tanggung jawab. Khazinatul Asrar menyedari kebenaran kata–kata As-Syahid Al-Iman Hassan Al-Banna:


"…kewajipan yang perlu kamu lakukan lebih banyak daripada masa yang kamu ada."



Read more!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers