kisah si gemuk & si kurus

in the name of Allah

ari ni kite sama2 menghayati and menyelami kisah kehidupan mereka.hurm…kisahnye bermula begini..


Di suatu alam, yakni di alam barzakh, telah hidup dua orang manusia yang seorang ni bertubuh kecil manakala yang seorang lagi bertubuh besar dan gemuk. Manusia yang bertubuh kecil ini dikenali sebagai si kurus. Manakala yang besar dan gemuk itu pula dikenali sebagai si gemuk. Si kurus ini sering sahaja berlari2 dan mengejar2 kelip2 yang berterbangan untuk dijadikan ia sbagai hidangan di alam barzakh itu..lain pula ceritanya dengan si gemuk ini..beliau ni pula selalu sahaja terlantar dengan keadaan perutnye yang membuncit yang telah dipenuhi dengan kelip2 ini.

Beliau xmacam si kurus perlu mencari n mengejar kelip2 itu..akan tetapi kelip2 itu yang akan mengejar n mencari beliau….begitulah kehidupan mereka sehari-harian.tamatt…ha ringkas kan??okey apa y nak dijadikan cerita disini ialah mengenai kelip2 yang merupakan hidangan bagi kedua2 manusia yang hidup di alam barzakh ini.. ye! Kelip2!! inilah dikatakan doa anak2 soleh..yang mana doa inilah yang telah datang dari alam dunia ke alam barzakh..nampak kan?? Betapa senangnye si gemuk itu hidup di alam barzakh itu berbekalkan doa2 anaknya y soleh.

Yang mana mereka ini senantiasa menyedekahkan fatihah untuk kedua ibu bapanye seusai menunaikan solat..bahagiakan beliau??okey! jika di lihat si kurus ini pula,amatlah kasihan dengan hidupannya..dah la dia kurus, Nampak tulang plak tu , pastu, kena pulak berlari2 mengejar kelip2 yang berterbangan tu...itupun klu dapat,klu xdapat…masyaallah ,kasihan beliau… kelip2 y berterbangan inilah dikatakan doa untuk para muslimin n muslimat yang mana dari situlah si kurus ini cube dapatkan..simpati…sangat2 simpati kan ..hurm, okey!! Skang mari puLA kite selami dalam kehidupan seharian kite…bagaimana dengan kite??

Adakah kite telah menyerikan kehidupan kedua ibubapa kite di alam barzakh nanti atau skang sama seperti kisah si gemuk dan si kurus? Manakah kehidupan yang kite pilih untuk kedua ibu bapa kite?Si gemuk yang bersenag lenang ? atau si kurus yang sering kepenatan mencari and terus mencariii? Renung2 kanlah..kadangkala kite sering terlupa kehidupan kite di dunia dengan kehidupan mereka di alam barzakh..ye! kite mungkin senang disini,bagaimana pula mereka disana..sahabat2 ku y sts berada dalam rahmatNya, marilah kite sama2 menyedekahkan fatihah kepada kedua ibubapa,guru2 kite,sahabat2 kite, family kite n insyaallah seluruh kaum muslimin n muslimat sama ada yang masih hidup mahupun yang telah mati..alfatihah~~

walluhua’lam…..

credit to nana

2 comments:

AmirSyafiq said...

(saya.nk.jadi.gemukk...!)

Teena said...

Nice sharing. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers