" Seindah Mawar Berduri "

Part 8


Selepas tamat kuliah, Khazinatul Asrar dan Hijriah berjalan seiringan. Mentari memancar terik sekali. Mungkin hari nak hujan. Mereka singgah terlebih dahulu di cafeteria untuk membasahkan tekak yang kehausan. Selang seketika, kedengaran alunan muzik daripada handset Khazinatul Asrar. Tatkala melihatkan angka 017-3410170 terakam di skrin handset, dia segera menekan butang End pada handsetnya dan menekannya untuk kali yang kedua. Irama itu pun senyap.


“Kenapa?” Hijriah menduga.


“Mukhlisin…” jawab Khazinatul Asrar sambil menghirup horlicks sejuk berais yang dah tersedia di atas meja. Hijriah yang memesannya tadi.


“Kenapa tak nak cakap dengan Mukhlisin? Manalah tahu kalau-kalau ada hal mustahak yang dia nak sampaikan…” Hijriah masih menduga.


“Saya tak kenal pun dia…Jadi, InsyaAllah dia tak ada perkara penting yang nak disampaikan,” bersahaja jawapannya.


“Awak marahkan dia kot…” Hijriah ingin tahu.


“Marah? Untuk apa?” Khazinatul Asrar mengkeriukkan dahinya.


“Pasal nota-nota tue,” duga Hijriah.


“Hijriah….saya dah jelaskan bahawa saya tak kenal pun dia dan….dan saya tak mahu kenal dia!” Khazinatul Asrar masih bersahaja.


“Asrar, walauapapun…awak patut menghormati perasaannya terhadap awak. Tak patut awak buat begini. Saya dapat bayangkan betapa kecewanya dia bila awak tutup handset awak tue.” Hijriah nampaknya agak kesal. Khazinatul Asrar pula seakan-akan lebih berminat menghirup horlicknya daripada mendengar soal Mukhlisin.
“Mawar memang berpagarkan duri untuk melindungi keindahannya. Tapi, awak tak boleh menolak hakikat bahawa keindahan itu bukankah untuk dihadiahkan kepada kumbang terpilih yang telah Allah janjikan untuk si mawar?” petah Hijriah berhujah.


Dia semakin matang menghargai keindahan wanita.


“Tapi…Mukhlisin bukanlah kumbang pilihan tue!” lembut sahaja Khazinatul Asrar menutur kata.
“Itu andaian awak! Siapa yang dapat menghalang kuasa Allah? Asrar, awk bercakap seolah-olah awak dah dimiliki seseorang! Awak sendiri kan tahu bahawa menerima lelaki adalah fitrah hidup kita. Bukankah awak pernah kata kat saya bahawa bercinta tue tak salah. Cuma, memuja cinta itu yang salah. Jadi, apa salahnya kalau awak cuba kenal cinta Mukhlisin? Siapa tahu nama itu yang tertulis di Loh Mahfuz untuk awak,”
Hijriah semakin petah berhujah menyebabkan Khazinatul Asrar tersenyum.


“Hijriah…sebenarnya saya tidak mahu menghampiri perkara-perkara yang boleh menyebabkan saya mencintai lelaki di saat ini. Perasaan itu terlalu mahal harganya bagi saya dan ia tidak boleh dicemari oleh lelaki lain selain dari lelaki yang dijanjikan Allah buat saya….kiranya ada,” Khazinatul Asrar masih bernada lunak dan lembut.


“Lagipun wanitalah yang menjadi pelemah iman lelaki dan kerana wanita ramai lelaki yang menjadi lalai dan tergelincir dari prinsip perjuangannya sendiri.


Saya tidak mahu menjadi wanita akhir zaman yang seringkali Rasulullah gusarkan yang mana menjadi fitnah kepada lelaki. Ingin sekali saya mentarbiyyahkan diri ini agar menjadi seorang wanita yang biasa mengetuk pintu kelalaian lelaki daripada terpesona dengan fitnah wanita. Jadi, dengan menutup ruang perkenalan antara saya dengan Mukhlisin, InsyaAllah serba sedikit terlaksana amanah saya kepada Allah S.W.T untuk menjadi wanita akhir zaman yang tidak menyumbang kepada kelalaian lelaki. Moga-moga ianya boleh mendidik Mukhlisin menjadi insan yang lebih matang dalam menilai harga seorang wanita dan mengenal cinta Allah,” jelas Khazinatul Asrar.


Hijriah tidak menunjukkan reaksi apa-apa. Tapi dia masih ingin mempertahankan sesuatu.
“Asrar…memang saya akui itu semua. Rasulullah memang ada bersabda:

Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku kepada kaum lelaki selain daripada fitnah wanita.

Tapi, Rasulullah juga ada bersabda:


Wanita solehah itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.


Mungkin itulah yang cuba Mukhlisin dambakan dalam hidupnya. Masakan tidak, bukan senang nak mencari seorang wanita solehah yang boleh beristiqomah dengan jubah dan tudung labuh di akhir zaman ni. Saya sendiri masih keberatan nak memilih pakaian sunnah ni sebagai identiti hidup. Mungkin Allah masih tak gerakkan hati saya lagi. Benda yang susah nak dapat nilah, ramai yang berkenan. Jadi, Mukhlisin tak bersalah jika dia cintakan awak. Asrar, tak kenal maka tak cinta!”


“Hijriah…saya bukan tak mahu memberi ruang perkenalan langsung kepadanya. Tapi, dalam konteks sedang belajar apatah lagi di tahun akhir seperti sekarang ini, saya perlukan lebih tumpuan kepada study. Saya mengharapkan agar hati saya bersih supaya ilmu senang nak tembus ke hati dan mendapat pertolongan Allah. Saya rasa percintaan tak sesuai pada saat begini kerana boleh menjerumus kepada kelalaian semata-mata. Terbuka ruang pula kepada syaitan jika tidak dikekang dengan kekentalan iman dan mujahadah. Sekalipun Mukhlisin itu memang dijadikan untuk saya, saya tetap tidak mahu mengenalinya lagi untuk situasi ini..biarlah saya graduate dulu..sebab itu adalah amanah keluarga yang perlu saya utamakan. Utamakan cita-cita sebelum cinta!” tegas Khazinatul Asrar.


“Awak langsung tidak mahu memberi peluang kepada Mukhlisin. Itu sebabnya awak memberi alasan begini. Betul tak?” dengus Hijriah.


“Hijriah,…saya tak bermaksud begitu,” bela Khazinatul Asrar pada dirinya sendiri.
“Tapi saya tak faham dengan prinsip awak! Bagaimana mungkin awak boleh menjadi isteri Mukhlisin kalau awak tak mengenalinya. Itu mustahil. Awak harus kenal dulu hati budinya supaya cinta boleh berputik,” Hijriah mencetuskan pendapatnya lagi.



“Maksud awak?” Khazinatul Asrar pula yang keliru dengan pendapat Hijriah yang sebenarnya.



“Kenali Mukhlisin kemudian bercintalah…tapi jangan memuja cinta hingga terbawa-bawa dalam solat. Cinta kerana Allah!” jawab Hijriah.


“Hijraih…memang setiap ikatan ada permulaannya…”


“So, tindakan awak ni salah!” dihentamnya Khazinatul Asrar.


“Nanti..tak habis cakap lagi ni! Setiap pertemuan sudah menjadi perancangan Allah untuk mengaturnya sehingga saling mengenali dan saling menyayangi. Tapi sayang, manusia sering lupa pada Allah. Apabila Allah telah pertemukan seseorang yang menambat hatinya, dia lupa untuk mensyukuri nikmat Allah dan pasrahkan harapan pada Allah. Dia terburu-buru cuba memenangi hati si dia biarpun banyak masa terpaksa dibazirkan. Hatinya diselubungi khayalan dari nama Ar-Rahman.


Cinta kerana nafsu sering dianggap cinta kerana Allah. Itulah manusia dan liciknya syaitan yang memperdaya. Tidak malukah seseorang yang mengaku cintanya kerana Allah sedangkan jalannya tidak syaro’, bukan di atas landasan Allah. Penuh khayalan dan kelalaian daripada mengingati Allah! Inikah balasan kita pada Allah terhadap pertemuan yang telah dirancang oleh-Nya. Padahal Dialah mengatur pertemuan melalui apa saja cara. Kalau kita mensyukuri Allah kerana mengenalkan kita dengan insan seistimewa si dia, kita tak patut mengetepikan Allah dalam setiap tindakan kita agar cinta kita dikawal oleh syaro’ . Ini tidak…nak bergurau senda, nak dating, nak dengar suara selalu, nak sms selalu, nak tengok kelibatnya selalu…hinggakan kalau boleh tengok atap kolejnya saja, itupun dah mengubat rindu. Semua ni khayalan.


Selagi tiada ikatan yang sah, tiada jaminan bahawa si dia yang selalu digilakan itu akan menjadi teman hidup. Kalau reality ini berlaku, bukankah sia-sianya masa yang diperuntukkan untuk merinduinya sedangkan akhirnya orang lain yang menjadi suami.
Sepatutnya, agungkanlah Allah kerana sudi menemukan kita dengannya dan pasrahkan sepenuh harapan pada-Nya,” Khazinatul Asrar merungkai simpulan persoalan.


“Okey, sekarang ni Allah dah temukan Mukhlisin seorang gadis bernama Khazinatul Asrar kerana dia yakin gadis itu adalah sebaik-baik pilihan untuknya. Si gadis itu pula tak nak mengenalinya sedangkan dia masih tak tahu betapa istimewanya pemuda itu.


Bagaimana saling bercinta kerana Allah akan bermula dalam situasi ini? Entah-entah selamanya si pemuda tu bertepuk sebelah tangan jea,” Hijriah masih keliru.


“Situasi inilah yang menguji sejauh mana kita yakin dengan perancangan Allah. Dan menguji adakah kita masih mempunyai krisis keyakinan pada Allah. Dalam konteks sekarang, biarlah saya menilai cinta Mukhlisin yang sebenar. Kalau benar-benar dia cintakan saya kerana Allah, bukan dengan cara nak mendekati saya selalu dan asyik merindui saya. Itu memang fitrah yang harus diiringi mujahadah. Sepatutnya, dia mendahulukan ummi dan abah saya untuk membuktikan betapa seriusnya dia. Kalau cara ini dianggap susah, tidak salah untuk dia berterus-terang pada saya sendiri tapi biarlah dengan tujuan agar saya sekadar tahu hasrat hatinya bukannya bertujuan agar dapat dapat menghubungi dan berjumpa dengan saya selalu. Itu tidak syaro’! dia harus menganggap perasaan cintanya itu hanya sebahagian kecil daripada kehidupannya kerana masih banyak perkara lain yang perlu diutamakan sebagai seorang pelajar.


Lagipun, tak confirm lagi bahawa perasaan itu akan direstui oleh Allah atau tidak kerana mungkin Allah menjanjikan orang yang lebih baik lagi untuknya. Takutlah untuk terlalu sayang pada seseorang kerana mungkin dia akan menjadi orang yang paling dibenci. So, selepas berterus terang, yakinlah dengan kebijaksanaan perancangan Allah. Tutuplah segala pintu yang boleh menjauhkan diri dari mempunyai hubungan dengan Allah. Bila dah benar-benar rasa bersedia, terutamanya bila dah ada ilmu dan pendapatan untuk tanggung sebuah keluarga, tak perlu tunggu lama-lama. Kalau dah jodoh takkan ke mana. Yakinlah pada Allah dan pasrah pada qodo’ dan qodar-Nya. Allah Maha halus perancangan-Nya,” Khazinatul Asrar mengambil nafas.


“Tapi, kalau buat macam tu pun tak dapat jugak?” Hijriah masih mempersoalkannya.
“Kerana memang itulah ketentuan Allah! Manusia hanya mampu merancang, Allah jua merancang serta menentukan dan perancangan-Nya jauh lebih baik.


Redholah dengan qodo’ dan qodar. Mungkin Allah ingin jodohkan dengan orang yang lebih sepadan dengannya dari pelbagai segi seperti perangai yang sama, citarasa yang sama atau sebagainya. Dia lebih mengetahui. Yang penting, kita sentiasa
utamakan keredhaan Allah dalam setiap tindakan. Cinta Allah takkan mengecewakan.



Bila kita utamakan Allah dalam hidup kita, insyaAllah Allah akan utamakan kita pula untuk menjodohkan kita dengan seseorang yang turut mencintai-Nya,” Khazinatul Asrar berharap agar Hijriah akan faham.



“Tapi, kesianlah Mukhlisin kalau tak dapat memiliki awak. Saya pun akan kecewa kerana saya memang berharap awak akan menjadi isteri Mukhlisin agar bolehlah saya tinggal berjiran dengan awak sepanjang hidup saya,” luah Hijriah akhirnya.




“Hijriah…” belumpun sempat Khazinatul Asrar meneruskan kata-kata, Hijriah mencelah mengajaknya pulang. Malas dipanjang-panjangkan lagi perbualan. Khazinatul Asrar menggeleng-gelengkan kepalanya. Barulah dia faham kenapa sebenarnya. Hijriah beria-ia benar mendesaknya mengenali Mukhlisin. Kasih seorang sahabat.


6 comments:

~H.u.r a.L 'a.i.N~ said...

"wanita solehah itu lebih baik dari dunia dan seisinya"..

AmirSyafiq said...

bila.result.teka.gambar.nk.kuar?

little daie said...

sebenarnya tak habis lagi. Ada lagi 3 gambar nak di'post' tapi masa tak mengizinkan. Insya Allah dlm mnggu ni

" NuR Itu CaHaYa " said...

nie dh slh komen nie..

" NuR Itu CaHaYa " said...

nie dh slh komen nie..

AmirSyafiq said...

abis.cmne.nk.buat.
nk.tny.kt.shoutmix.usim.block.
sini.pun.jadilaa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers