Furshoh Jayyidah!

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikum wbt

satu pesanan ringkas diterima;
"Kepada sahabiyyah yang dikasihi, bagi sesiapa yang mahu pergi, 22 September 2010, Rabu ada SEMINAR KEUSAHAWANAN. Anjuran Johor Corporation. Bertempat di DKU FPQS. Dari pagi hingga petang. Makanan akan disediakan oleh Ayamas. Tiada yuran dikenakan. Kalau berminat, sila bagi nama penuh, no I/C, no matrik, no hp, dan fakulti. Surat pelepasan akan disediakan"

you are _________ when you eat "ayamas"?

p/s: -sebar2kan kepada yang lain!
      -lebih jimat kalau sebarkan maklumat melalui blog berbanding sms
      -kpd pelajar akaun dan korporat, rasanya ada test TITAS waktu tu. kalau silap, betulkan.

wassalam

Read more!
" Seindah Mawar Berduri "

Part 6

Nota itu benar-benar menyentak naluri. Hijriah pula direnungi sedalam mungkin.


“Apa semua ni?” soalan yang terpacul itu memang sarat dengan tanda tanya.


Serentak dengan itu peristiwa petang tadi terngiang-ngiang di ingatannya. Kerana nota-nota berwarna seumpama itulah, Tsabit digelarnya perompak. Namun itu bukanlah suatu jawapan…sebaliknya menambahkan persoalan. “Hijriah! What’s up? Teka-teki apa ni? Saya tak faham…” Khazinatul Asrar terus dan terus mendesak. Bingung. Pelik. Hairan. Ganjil. Ajaib. Ahhh..


Hijriah hanya menunjukkan reaksi tenang dengan persoalan yang diwujudkannya itu. Namun akhirnya, hati dan perasaan seorang sahabat beralah jua pada redup mata Khazinatul Asrar yang jelas memendam persoalan.


“Asrar, maafkan saya!” ungkapnya perlahan.


“Untuk apa? Kenapa? Hijriah…???” luahan persoalan itu benar-benar meresapi sanubari Hijriah. Timbul pula rasa bersalah dalam dirinya kerana mendera perasaan Khazinatul Asrar dengan persoalan. Ibarat membalas dendam kesumat yang bersarang.


“Asrar, saya tak tau bagaimana harus saya jelaskan. Kalau awak nak tahu sangat tentang nota tue, awak daillah nombor ni. Saya dah tak sanggup menyembunyikan sesuatu daripada awak kerana memang saya tak mampu untuk berbuat begitu…” manik-manik jernih mula menitis di pipi Hijriah sambil tangannya menulis beberapa susunan angka. 017-3410170.


Biarlah air mata itu menyucikan sekeping hati yang kadang-kadang dikuasai dendam dan iri hati.


Satu persatu angka 017-3410170 dari handsetnya ditekan. Khazinatul Asrar memang amat mengharapkan satu jawapan dan kepastian.



“Hello!” suatu suara garau menyambut panggilan bisu dari Khazinatul Asrar.


“Hello, siapa ni?” beberapa kali suara itu mendesak. Khazinatul Asrar hanya mendengar dengan penuh keliru akan suara yang langsung tidak dikenalinya itu sambil matanya tidak berganjak dari anak mata Hijriah, Yang pasti ianya bukan suara Tsabit.


“Hello,Hellooo…awak ni nak main-main ke?” nada suara itu semakin tinggi.


“err, siapa di sana?” terkeluar juga pertanyaan itu dari lidahnya yang kelu.
“Eh, kau pulak yang tanya saya siapa?” suara itu masih geram.


“Maafkan saya…saya…saya…saya cuma nak tahu siapa di sana?” terketar-ketar lidah Khazinatul Asrar dilanda persoalan.


“Kenapa? Saudari ni nak berkenalan dengan saya ke?” suara itu kembali rendah dan cuba bergurau pula. Khazinatul Asrar geram dengan gurauan itu. Bibirnya digetap. Bukan prinsipnya gatal nak mengenali seorang lelaki.


“Maaf! Kalau bukan Hijriah yang suruh, saya takkan telefon awak!” luahan Khazinatul Asrar itu menyentak suara itu.


“Apa? Hijriah?” suara itu menjadi cemas. Sangat cemas.


“Saudari ni Khazinatul Asrar ke?” suara itu bertanya dengan nada takut.


“Emm…” jawab Khazinatul Asrar ringkas. Dia semakin pelik apabila lelaki itu telah mengenali dirinya.


“Hijriah mungkir janji! Saya dah agak dia mesti dedahkan juga hal ni akhirnya. Suara itu berbaur hampa meluahkan ketidakpuas hatian.


“Jadi awaklah rupanya menyuruh Hijriah menyelitkan nota berwarna biru tu dalam buku-buku saya?” soal Khazinatul Asrar.


“Err..jangan salah faham. Sya…saya..” suara itu seakan-akan menyusun ayat.


“Apa yang saya telah curi daripada awak?” Khazinatul Asrar semakin berani berhadapan dengan suara lelaki itu. Dia benar-benar ingin meleraikan persoalannya.


“Khazinatul Asrar…biarlah dengan peluang ini saya berterus-terang, sejak pandangan pertama lagi, awak telah mencuri hati saya, mimpi saya dan impian saya. Saya langsung tidak boleh melupakan awak.” Suara itu langsung tidak mahu berselindung sesuatu. Beristighfar panjang Khazinatul Asrar mendengar kata-kata itu. Butang End ditekan tiba-tiba untuk mengakhiri perbualan itu. Susulan daripada itu, beberapa kali handsetnya berirama minta disambut namun dibiarkan sahaja. Dia sedih kerana dirinya telah melalaikan hidup seorang lelaki.


“Hijriah, tolong jangan buat saya begini!” Khazinatul Asrar seakan menahan marah. Persoalannya bukan terjawab malah kian bertambah.


“Sabar Asrar…biar saya jelaskan,” udara disedut sedalam mungkin untuk memulakan bicara.


“Lelaki tu Ahmad Mukhlisin namanya. Dia siswa tahun akhir course Medic. Jiran saya…Dialah yang menyuruh saya selitkan nota-nota nie dalam buku awak.” Handset Khazinatul Asrar berirama lagi. Dia segera memilih profile silent.


“Tapi kenapa awak lakukannya?” celah Khazinatul Asrar.


“Kerana cinta dan harapan……Asrar, saya sebenarnya menaruh impian cinta terhadapnya namun ternyata dia mencintai awak. Sejak pertama kali dia menyuruh saya menghantar nota-nota nie, sejak itulah saya tahu bahawa dia tak pernah mencintai saya bahkan terlalu menyukai awak, Asrar. Dia merapati saya pun hanyalah kerana ingin mengenali awak. Mulanya saya terlalu kecewa dan mendendami awak tanpa rasionalnya.


Kuliah yang saya ponteng tempoh hari sebenarnya kerana saya terlalu melayan kekecewaan ini. Saya sedar kesilapan saya dan berjanji untuk membantu Mukhlisin menawan hati awak semata-mata untuk membuktikan pada diri saya sendiri bahawa betapa tidak patutnya timbul perasaan dendam terhadap sahabat semulia awak. Maafkan saya. Harapan saya agar dia akan memiliki awak..” Hijriah menitiskan air mata lagi. Khazinatul Asrar sebak dengan penjelasan itu. Tulusnya hatimu Hijriah. “Hijriah, usahlah menangis begini. Awak tak bersalah apa- apa terhadap saya! Saya yang seharusnya meminta maaf kerana membuat tafsiran yang bukan-bukan. Kerana hanya timbul sedikit rasa dendam, awak diburu rasa bersalah begini…itu sebenarnya cerminan kepada sucinya hatimu Hijriah.” Tubuh itu dirangkul erat. Mekar kembali kuntuman ukhuwwah dan mahabbah.


“Asrar, Mukhlisin seorang lelaki yang baik dan penyayang. Dia mengenali awak sewaktu awak turut dicalonkan mewakili Fakulti Pengajian Islam dalam pilihanraya kampus tahun lepas. Gadis semulia awak memang layak untuknya, Asrar. Hati saya sendiri akur dengan hakikat ini walaupun saya pernah mencintai Mukhlisin. Sekuntum mawar berduri yang dikagumi sang kumbang… awak memang contoh yang tepat untuk apa yang awak pernah katakan,” raut wajah Hijriah memancarkan keikhlasan. Khazinatul Asrar hanya berdiam diri dengan kata-kata Hijriah.


Setelah seketika dia bersuara,


“Hijriah, saya harap saya takkan mengenalinya!”


“Asrar..awak tak nak bagi peluang padanya?” Tanya Hijriah. Khazinatul tidak memberi respond terhadap persoalan itu. Hijriah menyambung lagi,


“Janganlah begitu..Mungkin awak tak suka cara dia approach awak. Yealah, siapa suka dititlekan ‘pencuri’ ?! Tapi itu suatu hakikat…awak memang telah benar-benar mencuri hatinya. Mukhlisin sedar awak memang sukar didekati lelaki tanpa sebarang urusan. Dia sedar bahawa dia tiada alasan untuk mengenali awak kerana tak mungkin dia mempunyai urusan dengan awak. Kalau dia luahkan dalam surat pun tentu awak tak layan. Apatah lagi, mustahil baginya untuk keluar dengan awak. Saya sendiri yang menjadi penasihat utamanya. Sebab itulah dia hadirkan dirinya dalam hidup awak melalui cara ni. Dia tak salah, kan?!” beria-ia Hijriah membela Mukhlisin.


“Cukuplah….saya dah cukup teruji dengan makhluk Allah bernama lelaki sejak di bangku sekolah lagi. Saya takkan tewas lagi! Pengalaman mengajar saya bahawa cinta Allah tak boleh diganti sesiapa. Hanya cinta Allah yang memberi kebahagiaan, bukan kelalaian dan angan-angan. Cinta manusia sifatnya sementara. Ada yang bersifat dusta. Ada yang melalaikan dari cinta Pencipta. Saya tak nak dipisahkan dari cinta suci Kekasih Agung di saat ini semata-mata kerana cinta sementara manusia.” Luah Khazinatul Asrar agak emosi.


“Pengalaman? Khazinatul Asrar si mawar berduri ni pernah bercinta?” Hijriah cuba mencungkil sesuatu.


“Hijriah, cinta adalah fitrah yang akan dirasai oleh semua orang…sesiapapun takkan terkecuali. Ingin disayangi dan ingin menyayangi adalah ujuan Allah yang paling berat untuk hamba-Nya bergelar remaja.” Tersirat pengakuan di sebaik kata-kata itu.


“Jadi, benarlah awak pernah bercinta?” Hijriah semakin berminat untuk tahu. Khazinatul Asrar tidak keberatan untuk mencaritakan pengalamannya. Moga Hijriah boleh belajar sesuatu.


“Waktu di sekolah dulu, Allah banyak uji saya dengan lelaki. Mula-mula rasa tak suka tapi lama-lama saya rasa seronok apabila diminati. Banyak surat cinta dan hadiah yang saya terima tanpa dipinta. Ada yang mengatakan inilah cinta kerana Allah. Hari-hari yang saya lalui terasa lebih ceria apabila saya mengetahui diri saya ini amat dihargai… ramai lelaki rupanya yang concern pasal diri saya. Namun sifat pemalu saya membuatkan saya kelihatan seperti jual mahal jea, hakikatnya hati saya suka. Waktu itu hidup saya penuh dengan angan-angan. Kadang-kadang syaitan membisikkan agar saya melayani surat-surat tersebut. Tapi, Alhamdulillah, berkat tarbiyyah yang saya dapat secara sedar atau tidak di sekolah agama tu, saya rasa malu dan bersalah untuk berbuat begitu biarpun waktu-waktu dalam hidup saya kian dibuai keasyikan. Then, keasyikan itulah yang menjejaskan pelajaran saya.


Saya mula bertanya diri, apakah yang telah angan-angan berikan dalam hidup saya? Hanya kegagalan…dan cinta lah punca angan-angan. Saya mula rasa keliru dengan dunia cinta walaupun ianya cuma berlegar di sudut hati. Bukan secara zahir. Saya tak pernah terjemahkannya. Tapi hatilah yang menjadi raja, pemberi arahan kepada seluruh anggota badan. Saya bertanya lagi, bersihkah hatiku ini? Layakkah hatiku ini untuk menadah nur ilmu kerana ilmu itu adalah cahaya dan cahaya takkan menembusi hati yang berbuat maksiat. Saya rasa lebih bersalah lagi apabila ummi dan abah sedih tengok keputusan peperiksaan akhir tahun saya. Saya cemburu kepada kawan-kawan yang sebelumnya tak pernah mengatasi saya dalam pelajaran tiba-tiba jauh meninggalkan saya. Saya buntu. Tak tau nak mengadu pada siapa. Saya sedih dengan kesedihan ummi dan abah. Saban hari, dengan tazkirah dan usrah yang menjadi aktiviti wajib kat sekolah, entah bagaimana saya rasa tertarik pada ungkapan CINTA ALLAH.








Read more!

teka-teki competition (cont.)



assalamualaikum.i'm back!

okay.untuk minggu yang kedua,ini gambarnya.ingat,anda harus meneka apakah benda ini dan di mana ia berada.



cepat2,sebelum terlambat!all the best!
Read more!

Bukti Benarnya Islam Itu...

Bersua kita kembali dalam artikel semasa yang dirasakan perlu untuk disebarkan buat semua sahabat-sahabat sekalian untuk kita ambil pengajaran bersama...

Al-kisahnya:



Terdapat seorang pelajar Malaysia yang menyambung pelajarannya di Amerika Syarikat. Pelajar ini berkawan dengan seorang penganut Kristian yang kuat. Suatu hari dia mengikut kawannya ke gereja. Ketika itu semua kerusi di gereja penuh. Apabila paderi mahu memulakan ucapan, dia mengatakan tidak akan berucap sehingga seorang asing keluar. Pelajar Malaysia itu bertanya kawannya, dan dinasihatkan tidak meninggalkan majlis. Apabila paderi itu dengan spesifik menunjukkan beliau orang asing yang dimaksudkan, pelajar itu pun bertegas mahu berada di situ. Diringkaskan cerita, paderi itu memberi syarat menjawab 32 soalan. Pelajar itu menjawab satu persatu dengan baik. Akhirnya dia mahu paderi itu menjawab hanya satu soalan.



Atas gesaan penganut-penganut Kristian yang akan membantu jika paderi tidak dapat menjawab, maka si paderi itu bersetuju. Palajar itu bertanya, "Apakah anak kunci syurga?" Paderi itu keberatan menjawab, "Jika saya menjawab, kamu akan memarahi saya." Tetapi jawapan itu tetap tidak memuaskan khalayak.



Suasana hening. Dan akhirnya paderi itu membaca satu hadis nabi yang bermaksud, "Sesiapa yang mengucapkan Laailaaha Illa Allah! – dia pasti masuk syurga." Apabila ditanya mengapa perkara itu tidak diberitahu, si paderi mengatakan bahawa dia mempunyai kepentingan. Dan dia secara peribadi berharap dapat mengucapkan kalimah itu di akhir hayatnya. Maka semua audien di dalam gereja itu marah dan mereka juga mahu mengucapkan kalimah Tauhid itu. Semuanya mengucap kalimah syahadah beramai-ramai.



Dan terlintas di fikiran saya selepas membaca berita ini, pihak manakah di Malaysia ini yang akan mengiktiraf sumbangan besar seorang warganya mengislamkan sekalian banyak manusia di Amerika itu? Adakah NGO Islam seperti ABIM, JIM, PERKIM? Apakah institusi agama seperti YADIM, JAKIM atau Majlis Mufti atau Jabatan Agama Negeri? Sekadar bertanya.

p/s: Mungkin seseorang itu kalau kita lihat dari luarannya nampak seperti biasa, namun kita tidak mengetahui jasa dan pengorbanannya terhadap nusa, bangsa, negara dan yang paling penting adalah sumbangannya kepada agama. Maka, janganlah kita menilai seseorang itu hanya sekadar melihat dari luarannya semata-mata. Don't judge the book by it's cover...
Read more!

COMPETITION!!

assalamualaikum friends!
How are you today?
we hope that you'll still open this blog.he3..

dengan ini,kami sebagai ex-pihak penerbitan tamhidi perakaunan & muamalat 09/10
buat julung2 kali2nya akan mengadakan
TEKA TEKI COMPETITION!!

gambar akan dipos oleh moderator yang berkenaan dan para peneka harus meneka dengan tepat apakah gambar itu dan dimana gambar itu diambil.
GAMBAR HANYA DIAMBIL DI SEKITAR FEM SAHAJA!

hanya 5 gambar sahaja yang harus diteka dan setiap gambar akan dipos setiap minggu mulai minggu ini.

sesiapa yang berjaya meneka dengan tepat akan mendapat ganjaran yang lumayan.jangan lepaskan peluang!


klu minggu ini:


sila hantarkan jawapan pada let_counting@yahoo.com,selewat-lewatnya hari Ahad (5/09/1010).




Read more!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers