Part 7
Menurut ustaz-ustaz dan naqibah, saya dapat simpulkan bahawa CINTA ALLAH tak mengecewakan. Cinta-Nya sentiasa membawa kebahagiaan kepada hati, perasaan dan kehidupan. Baru saya sedar bahawa dalam hidup ini, saya ada Allah untuk dicintai.
Allah sentiasa menanti dengan penuh cinta terhadap hamba-Nya, cuma saya yang tak kenal cinta Allah. Pintu taubat-Nya sentiasa terbuka luas untuk dikunjungi. Saya mula bertekad untuk mencari cinta agung itu. Saya cuba bersihkan hati dengan mengamalkan banyak amalan sunat dan zikir qolbi. Tika tu, susah juga nak istiqomah terutamanya tahajjud. Namun menyedari ada rahsia cinta Allah disebalik amalan-amalan tu, saya paksa juga diri agar ia sebati menjadi sebahagian daripada kehidupan saya…darah daging saya. Saya mula dapat rasai kelainan pada suasana hati saya.
Melihat kawan-kawan yang tak diuji dengan lelaki seperti saya, saya terfikir alangkah indahnya kalau cintaku untuk Allah ini tak pernah dicemari oleh cinta manusia. Rasa macam bodoh pulak hidup dalam angan-angan cinta, dahlah masih sekolah. Semua tu sia-sia. Buang masa dan boleh tergadai cita-cita. Sweet 17, saya ada azam baru. Saya ketepikan lelaki daripada fikiran saya. Hati saya dah tekad bahawa cinta Allah mampu mencemerlangkan akademik saya kerana Allahlah penentu segalanya. Bukan sekadar akademik, tapi cinta Allah mampu membawa kebahagiaan yang sebenar-benarnya.
Saya boleh rasakan bahawa saya amat perlukan Allah untuk bantu saya dalam fatamorgana dunia remaja. Cinta lelaki hanya akan merampas perasaan ini terhadap Kekasih saya. Saya mula concern pada study dan habiskan masa lapang untuk mengikuti majlis-majlis ilmu kerana saya yakin bahawa tarbiyyah inilah yang mampu menyemarakkan lagi cinta saya pada Pencipta. Siang malam saya berdoa agar Allah hadirkan cinta dan rindu-Nya dalam diri saya yang kosong ni. Saya ingin jatuh cinta pada Allah. Saya dapat rasakan ketenangan jiwa yang lebih bermakna. Hinggalah result SPM diumumkan. Saya menjadi salah seorang top-ten di sekolah. Macam tak percaya! Semuanya kerana cinta Allah sebenarnya.
Saya bertambah yakin bahawa cinta Allah tidak engecewakan. Hanya bila tersemai semangat mencari cinta Allah dalam jiwa, barulah saya kenal nikmat cinta sebenarnya. Kudus dan suci. Sebab itulah di usia ini, cinta Allah tidak boleh dikongsi sesiapa. Itu prinsip saya,” panjang lebar Khazinatul Asrar menceritakan dunia remajanya yang membentuk peribadinya pada hari ini. Hijriah mendengarnya dengan penuh minat dan khusyuk, sepatah perkataan pun dia tidak menyampuk.
“Err…awak tak nak kahwin ke? Macam Rabiatul Adawiyyah…” setelah sekian lama membisu, Hijriah mula bertanya dengan muka bodoh.
Khazinatul Asrar tersenyum. Manis.
“Siapalah saya untuk sehebat Rabiatul Adawiyyah. Cintanya tiada hijab dengan Allah hingga ibadahnya memenuhi setiap saat dan detik. Sebenarnya, saya pun ada cita-cita nak melahirkan ummat Rasulullah. Saya redha jika suatu hari nanti saya perlu sandarkan cinta Allah pada seorang lelaki bernama suami.
Cinta sesama manusia itu adalah fitrah kerana memang Hawa diciptakan daripada Adam dan keduanya saling memerlukan. Allah jadikan Adam dan Hawa cenderung antara satu sama lain kerana itulah fitrah cinta.
Awak perlu faham bahawa saya bercakap tentang cinta dalam konteks kita yang masih belajar dan cinta Allah menuntut kita supaya cinta pada ilmu dan tanggungjawab lebih daripada cinta pada lelaki. Kita masih belum bergelar isteri, so tak perlu lagi ada cinta lelaki dalam diri. Cinta pada lelaki hanya khusus dan istimewa untuk lelaki bernama suami sahaja. Andainya kita dah saling menyukai dengan seseorang, tahanlah dulu perasaan tu untuk situasi masih belum bersedia seperti sekarang ni. Bergantunglah harapan itu pada Allah. Luahkanlah rasa cinta apabila kita dah betul-betul bersedia untuk walimah. Barulah banyak pintu syaitan tertutup. Sucinya cinta kita kalau dijaga sedemikian rapi kerana tiada unsur kelalaian dari cinta Allah. Inilah sebenarnya cinta kerana Allah. Moga-moga Allah anugerahkan pula seorang lelaki yang turut dicintai-Nya. Lelaki yang mampu membimbing kita yang lemah ni ke jalan yang lebih Allah redhai dan mampu mengemudi bahtera rumahtangga menuju ke negeri abadi,” jelasnya lagi.
“Kalau Mukhlisin tu bakal suami awak?” Hijriah membuat muka bodoh lagi.
“Apa yang awak Tanya ni? Awak masih tak faham dengan penjelasan saya?” Khazinatul Asrar buat-buat marah.
“Takkk…” balas Hijriah spontan.
“Okey, kalau dia adalah lelaki yang ditaqdirkan Allah untuk jadi suami saya, saya redha. Allah Yang Maha Bijaksana menentukan yang terbaik untuk saya. Tapi, untuk situasi sekarang ni, tak perlulah saya nak cakap I LOVE YOU ke, nak ajak dating ke,nak bagi hadiah ke, coz untuk apa semua tu? Untuk ganggu study saya? Untuk bazirkan waktu saya? Untuk tukarkan pemikiran saya dari perjuangan kepada khayalan? Untuk gelapkan hati saya? Untuk lalaikan solat saya? Untuk jauhkan saya dari Allah kerana asyik ingatkan dia? Nau’zubillah. Tahanlah dulu cinta tu sebab Islam suruh tahan pun bukannya lama sangat. Lepas kahwin nanti luahkanlah…cinta sesama insan atas nama suami isteri adalah cinta yang amat Allah redhai.
Bukannya cinta khayalan sepasang kekasih, kotor dengan tipu daya syaitan. Cinta lepas kahwin lagi bermakna! Lagipun, rumah tangga yang dibina atas dasar cinta yang terpelihara dari murka Allah insyaAllah akan lebih diberkati Allah. Permulaan yang diredhai insyaAllah akan dibalas dengan keredhaan pula. Dah faham ke Cik Hijriah? Saya dah ngantuk ni… esok kuliah awal tau, 6.30 pagi,” Khazinatul Asrar ingin bebas dari persoalan Hijriah.
“Alah..janganlah ngantuk lagi. Banyak soalan lagi ni!” Hijriah mengeluh. Khazinatul Asrar mendengus perlahan. Dia dapat menduga tentu soalan yang berkisar tentang nama itu lagi akan Hijriah utarakan.
“Asrar, kalaulah Mukhlisin….”
Tatkala mendengar nama itu diulang lagi, Khazitul Asrar pura-pura menguap, tanda mengantuk kononnya. Hijriah mencebik. Dia faham bahawa Khazinatul Asrar tidak mahu lagi memanjangkan perbualan.
Sebenarnya, kehadiran Ahmad Mukhlisin dalam hidup Khazinatul Asrar menambahkan resah dihati. Khazinatul Asrar bingkas untuk berwudhuk.
Tikar sejadah dihamparkan untuk solat taubat, hajat dan istikhoroh. Itulah rutin wajib hidupnya sebelum tidur. Dia sengaja ingin tidur lebih awal bukan kerana kuliyahnya di awal pagi tapi kerana ingin memperuntukkan ruang waktu yang lebih panjang dalam munajat seorang kekasih pada waktu tengah malamnya.
Tikar sejadah dihamparkan untuk solat taubat, hajat dan istikhoroh. Itulah rutin wajib hidupnya sebelum tidur. Dia sengaja ingin tidur lebih awal bukan kerana kuliyahnya di awal pagi tapi kerana ingin memperuntukkan ruang waktu yang lebih panjang dalam munajat seorang kekasih pada waktu tengah malamnya.
Dewan kuliah masih lengang dari pelajar. Khazinatul Asrar yang gemar datang awal agak terkejut dengan kelibat Tsabit yang sedang khusyuk membuat revision.
Hari ini, pemuda itu datang lebih awal daripadanya. Kotak memorinya segera mengimbas peristiwa petang semalam. Malunya dia pada diri sendiri apatah lagi pada pemuda itu. Perlahan-lahan dia menyusun langkah sambil memikirkan sesuatu.
“Setiap kesilapan kena minta maaf, takut Allah persoalkan di akhirat nanti,” hatinya berbisik. Dia mula menggagahkan diri untuk berhadapan dengan Tsabit…..langkahnya terhenti berhampiran dengan kerusi Tsabit. Tsabit pura-pura tidak menyedari kehadiran gadis itu.
“Tsabit, saya minta maaf atas kejadian di Cyber Cafe tue. Saya tak patut menuduh awak sembarangan,” buat pertama kalinya Khazinatul Asrar bersuara lembut dengan Tsabit. Matanya tunduk ke lantai. Dia benar-benar rasa bersalah terhadap pemuda itu. Tsabit cuma tersenyum. Teringin saja digunakan peluang itu untuk mengenakan Khazinatul Asrar.
“Kalau awak nak saya maafkan awak, awak mesti tunaikan satu permintaan saya,” balas Tsabit. Khazinatul Asrar tercengang. Namun dibalasnya pula,
“Selagi ianya tak langgar syariat, insyaAllah akan saya tunaikan..”
“Alah, gurau jea…saya tak pernah marah Khazinatul Asrar saya. Lagipun, perkara kecil jea tu. Awak tak perlu minta maaf. Tapi…boleh saya tahu apa sebenarnya yang telah berlaku? semalaman saya asyik fikirkan kata-kata awak di Cyber Café tue,”
Tsabit tak berani mengenakan Khazinatul Asrar kerana bimbang kemungkinan akan menambahkan kebencian gadis yang penuh hujjah itu. Khazinatul Asrar berasa agak keberatan untuk menceritakan segala-galanya.
“Err..saya rasa ianya hal peribadi. Tak perlulah awak tahu. Cukuplah kalau awak sudi memaafkan saya. Tapi…kasihan awak terpaksa memeningkan kepala berfikir tentang kata-kata saya tue. Cukuplah saya jelaskan bahawa kata-kata tue bukan untuk awak.
Saya dah tersilap orang. Maafkanlah saya yea…”
“Maknanya saya bukanlah perompak, kan?” Tsabit menanti jawapan.
“Emm…bukan awak perompak tue. Awak orang baik..” Khazinatul Asrar tidak menghampakan Tsabit. Senyuman Tsabit semakin melebar dengan jawapan itu.
Matanya asyik menjeling-jeling ke arah kerusi Hijriah yang masih kosong.
“Eh, Hijriah macam tak datang jea hari nie?” Tsabit bertanya. Khazinatul Asrar dapat menduga ada maksud tersirat di sebalaik pertanyaan itu. Mungkin kekosongan itu nak dipenuhinya.
“Hijriah pasti datang…InsyaAllah. Mungkin dia lambat sikit kot,” Khazinatul Asrar membalas pertanyaan itu dengan jawapan yang yakin meskipun dia sebenarnya kurang pasti mungkinkah Hijriah benar-benar akan datang pada hari itu atau tidak. Sengaja untuk membatalkan niat Tsabit yang mungkin ingin duduk di kerusi Hijriah.
Tidak lama kemudian, muncullah Hijriah yang gemar datang lewat ke dewan kuliah.
Wajahnya nampak ceria. Khazinatul Asrar menarik nafas lega.
Read more!