الحمدلله رب العالمين و الصلاة و السلام علي أشرف الأنبياء و المرسلين
:وعلي آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلي يوم الدين ، أما بعد
Adalah sesuatu yang kita tidak boleh dinafikan amalan menyalin semula atau photostat ini telah menjadi budaya khususnya di kalangan pelajar dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke pusat-pusat pengajian tinggi. Tidak cukup dengan itu, budaya ini sudah ‘meresap’ dalam masyarakat kita seolah-olah budaya dan amalan ini dibenarkan dalam Islam dan amat sukar dibendung dari terus berluasa dari satu generasi ke satu generasi.
Namun disebalik itu, kita mesti memahami bahawa karya-karya yang kita salin semula itu adalah hak mutlak penulis yang telah menghabisklan tenaga, masa dan buah fikiran bagi menghasilkan hasilan-hasilan kajian yang amat berkualiti kepada setiap umat manusia. Apakah kita berfikiran bahawa penulis-penulis ini tidak layak untuk menerima sedikit upah dan ganjaran daripada kerja tangan dan fikiran yang dihasilkan ini?
Sudah tentu, titik peluh yang mereka curahkan, selayaknya diberi ganjaran yang setimpal dan royaliti hasil usaha yang mereka kerahkan. Sebab itu, Islam memandang permasalahan ini sebagai isu yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak agar tidak berlaku wewenang oleh orang ramai.
Menyelusuri sepintas lalu sejarah perundangan Islam berkaitan amalan ini. Fakta yang kita tidak kesampingkan adalah isu hakcipta atau isu harta intelek ini, mula mendapat perhatian dan tumpuan oleh ulama’-ulama’ semasa dalam Majma’ al-Fiqh al-Islami yang berlangsung pada tahun 1988 di Jeddah, seterusnya persidangan ‘Nadwah Huquq al-Muallif’ yang bersidang di Mesir pada tahun 1996 yang antara lain membincangkan permasalahan ‘ Intellectual property’ atau ‘al-milkiyyat al-fikriyyah’ dalam Islam yang kita boleh terjemahkan sebagai harta intelek selain mendapat perlindungan undang-undang oleh Negara.
Resolusi kedua-dua persidangan tersebut menjelaskan, harta intelek adalah termasuk di dalamnya hakcipta diperundangan dalam Islam.
Lantaran daripada itu, memang terdapat pelbagai pandangan telah diutarakan oleh ulama’-ulama’ komtemporari dalam merumuskan hukum yang berasaskan Ijtihad ini. Ada sesetengah pendapat yang membenarkan amalan ini atas dasar keperluan yang amat mendesak seperti masalah kesempitan kewangan atau keperluan yang meruncing untuk mendapatkan naskhah yang asal, dengan bersandarkan kepada Kitab al-Ashbah Wa al –Nazhoir mencetuskan pendekatan Kaedah Fiqhiah iaitu :
الحاجة تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة
Ertinya : "Suatu keperluan boleh jatuh dalam kategori terdesak samada ia berbentuk umum atau khusus"
Selain daripada itu, perlu ditekankan bahawa perbuatan ini adalah dibenarkan bagi kegunaan peribadi sahaja dan bukanlah bagi tujuan mengaut keuntungan atau tuntutan berupa faedah-faedah lain yang mana ianya adalah berlawanan dengan tujuan asal .
Sekian والله أعلم
Read more!