Aku Cinta Dia

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh..

Salam Maulidur Rasul 2011 buat semua rakan-rakan.

Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan....


Di kandung Aminah, ibu pengasih
12 Rabiulawal detik keramat
Muhammad bin Abdullah insan terpilih
Lahirnya di dunia membawa rahmat

Diutus Jibrail menyampai wahyu
Di Gua Hira' bertemu baginda
Dalam ketakutan, Khadijah dituju
Menyinarlah Islam tiada malapnya

Sentiasa Siddiq meski bercanda
Tabligh walau sebaris ayat
Amanah itu pakaian baginda
Terpancar Fatanah sepanjang hayat

Senyuman baginda senyuman mawarddah
Bak kasturi menyegar alam
Jerih keringat sentiasa tersimbah
Menjadi sumbu sinarnya Islam

Selawat ditutur mengungkap rindu
Mengiringi takbir jihadullah
Menyusun langkah teguh berpadu
Menyambung jihadmu Ya Rasulullah

Cintamu bukan cinta biasa
Ummati 3x.. yang dibimbangkan
Cintamu tiada galang gantinya
Terpahat namamu di dalam Al-Quran

Untukmu Ya Rasulullah
Selawat dan salam kami alunkan
Buatmu Ya Rasulullah
Islam kan bersinar berpanjikan keimanan

wallahualam


Read more!

posto-posto

BIRO PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN KEROHANIAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2009/2010

membawa khas kepada anda

Interfaith Dialogue:

Fenomena Peralihan Penganut Kristian ke agama Islam

ISNIN
14 FEBRUARI 2011
8.00-10.30 P.M
DEWAN KULIAH PUSAT 3, USIM

Pembentang :
BRO SHAH KIRIT KAKULALGOVINDJ
UST ENGKU AHMAD FAUZI ENGKU MUHSEIN
DR MOHD YUSOF KHALED

* bas disediakan di setiap kolej kediaman



(2)


(1)

sibukkan diri anda dengan ketaatan dan kebajikan
agar tiada masa untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan

moga Allah redha~

Read more!

RON97 naik 10 sen lagi




RON97 naik 10 sen lagi


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.


Read more!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers