Bukti Benarnya Islam Itu...

Bersua kita kembali dalam artikel semasa yang dirasakan perlu untuk disebarkan buat semua sahabat-sahabat sekalian untuk kita ambil pengajaran bersama...

Al-kisahnya:



Terdapat seorang pelajar Malaysia yang menyambung pelajarannya di Amerika Syarikat. Pelajar ini berkawan dengan seorang penganut Kristian yang kuat. Suatu hari dia mengikut kawannya ke gereja. Ketika itu semua kerusi di gereja penuh. Apabila paderi mahu memulakan ucapan, dia mengatakan tidak akan berucap sehingga seorang asing keluar. Pelajar Malaysia itu bertanya kawannya, dan dinasihatkan tidak meninggalkan majlis. Apabila paderi itu dengan spesifik menunjukkan beliau orang asing yang dimaksudkan, pelajar itu pun bertegas mahu berada di situ. Diringkaskan cerita, paderi itu memberi syarat menjawab 32 soalan. Pelajar itu menjawab satu persatu dengan baik. Akhirnya dia mahu paderi itu menjawab hanya satu soalan.



Atas gesaan penganut-penganut Kristian yang akan membantu jika paderi tidak dapat menjawab, maka si paderi itu bersetuju. Palajar itu bertanya, "Apakah anak kunci syurga?" Paderi itu keberatan menjawab, "Jika saya menjawab, kamu akan memarahi saya." Tetapi jawapan itu tetap tidak memuaskan khalayak.



Suasana hening. Dan akhirnya paderi itu membaca satu hadis nabi yang bermaksud, "Sesiapa yang mengucapkan Laailaaha Illa Allah! – dia pasti masuk syurga." Apabila ditanya mengapa perkara itu tidak diberitahu, si paderi mengatakan bahawa dia mempunyai kepentingan. Dan dia secara peribadi berharap dapat mengucapkan kalimah itu di akhir hayatnya. Maka semua audien di dalam gereja itu marah dan mereka juga mahu mengucapkan kalimah Tauhid itu. Semuanya mengucap kalimah syahadah beramai-ramai.



Dan terlintas di fikiran saya selepas membaca berita ini, pihak manakah di Malaysia ini yang akan mengiktiraf sumbangan besar seorang warganya mengislamkan sekalian banyak manusia di Amerika itu? Adakah NGO Islam seperti ABIM, JIM, PERKIM? Apakah institusi agama seperti YADIM, JAKIM atau Majlis Mufti atau Jabatan Agama Negeri? Sekadar bertanya.

p/s: Mungkin seseorang itu kalau kita lihat dari luarannya nampak seperti biasa, namun kita tidak mengetahui jasa dan pengorbanannya terhadap nusa, bangsa, negara dan yang paling penting adalah sumbangannya kepada agama. Maka, janganlah kita menilai seseorang itu hanya sekadar melihat dari luarannya semata-mata. Don't judge the book by it's cover...

3 comments:

AmirSyafiq said...

dont judge a book by its cover
a book
bkn the book
dia blm makrifah lg
masih nakirah
(haa?)

Nurul Athirah said...

i have watched the video in fb.

an ustaz have give the talk about this..

ramadhan kareem

we are also accountable to be a good daie..

Iqmal Hisham Kamaruddin said...

Amir-sorry la,still in learning process.hehe...anyway,thanks...
Miss-owh..I see..mybe next time you can upload the video. So we can share with others.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers