seindah mawar berduri 4

" Seindah Mawar Berduri "

Part 4


Rasulullah bekerja tu. Dia ada kuasa arahkan apa sahaja pada pekerja-pekerjanya.



Namun, beliau merisik peribadi Rasulullah dan meminang Baginda melalui seorang hamba lelakinya bernama Maisarah. Bayangkanlah betapa terpujinya sifat malu seorang manager besar, tokoh wanita korporat terbilang pada zaman itu yang mempelopori syarikat perdagangan peringkat antarabangsa. Tidak hairanlah kualiti akhlak Sayyidatina Khadijah turut manambat hati manusia yang paling agung di sisi Allah biar pun Sayyidatina Khadijah dah pun berstatus janda 40 tahun."



"Tapi Asrar.. saya dah mula mencintai Tsabit. Saya tak mahu kehilangan Tsabit.Saya dah banyak kali kehilangan…cukuplah!" terkedu Khazinatul Asrar mendengar pengakuan sahabatnya. Mudahnya dia melafazkan cinta. Baru sebulan yang lepas Hijriah memberi tahu Khazinatul Asrar bahawa dia jatuh cinta pada seorang pelajar Medic di kampus KL. Kini, cintanya sepantas kilat beralih kepada Tsabit pula. Apalah erti cinta sebegini…cinta manusia yang sementara dan berubah-ubah. Sesuatu yang tidak pasti.



"Asrar…salahkah saya?" getus Hijriah lagi.



"Hijriah…bercinta tu tak salah," nafasnya ditarik panjang dan dia menyambung lagi,



"Tapi, memuja cinta itu yang salah! Kalau nak bercinta biarlah syara’…di atas landasan Allah! Kerana cinta sering melalaikan manusia dari mengingati Allah hingga kesempurnaan ibadat terganggu. Yang lebih parah lagi, kerana cintalah manusia mula melupakan batasan-batasan pergaulan yang telah Allah gariskan. Cinta juga membuka peluang baru kepada fitnah syaitan dan mengundang murka Allah. Manusia sendirilah yang mencemari cinta yang fitrahnya kudus dan suci."



"Alah… Saya Cuma meminjam notanya dan makan-makan sikit. Tak lebih daripada itu.



Tak pegang-pegang pun!" Hijriah mencelah agak kasar. Hatinya diselubungi kebencian.



"Hijriah, saya cuma memberi peringatan sebelum tersasar. Peringatan ini semata-mata kerana saya sayangkan awak, bukankah setiap yang membawa kepada haram adalah haram. Lagipun, mencegah itu lebih baik daripada merawat."
Khazinatul Asrar cuba menjernihkan keadaan. Wajah Hijriah tetap serius dan masam mencuka

.


"Rasulullah sendiri ada bersabda, cinta itu buta. Cinta tak mengenal sesiapa.

Apa salahnya saya mencintai Tsabit?" Hijriah masih mengeraskan suaranya.



"Astargfirullahal azhim…saya tak bermaksud begitu. Ianya tak salah. Naluri cinta adalah fitrah setiap manusia. Saya sekadar memberi peringatan tentang batasan cinta. Ya cinta itu buta! Ingatlah cinta itu bukan sahaja tak mengenal sesiapa tapi tak mengenal batas haram dan halal juga. Dalam bercinta ni, liciknya strategi syaitan menipu pemikiran sepasang kekasih.



Orang yang berjumpa kekasihnya memberi alasan… alah tak pegang-pegang pun. Orang yang pegang-pegang pula berkata… alah bukannya berzina pun. Orang yang berzina pula masih ada alasan…alah tak adalah sampai pregnant. Seolah-olah dia tak rasa bahawa apa yang dibuatnya tu salah.



Nau’zubillah min zalik. Di usia kita ni, cinta perlu dihijab dengan dengan iman dan khasyatillah, takutkan Allah. Allah jadikan cinta itu sebagai satu ujian. Bukan ke baru minggu lepas Ustaz Hasanul Basri ada menerangkannya dalam Kitab Silahul Ummah a’la Huda As-Sunnah. Terngiang-ngiang lagi di telinga saya ustaz bacakan satu ayat Allah,



Allah jadikan di antara lelaki dan perempuan ini fitnah ya’ni ujian atau kejahatan untuk Allah melihat sejauh mana kita bersabar dengannya dan kita kena ingat bahawa Allah itu Maha Melihat," hujah Khazinatul Asrar.



"Asrar, awak takkan faham kalau awak tak pernah bercinta. Saya sekarang dah dilamun cinta. Awak ingat nak lawan fitrah ni perkara senang ke? Susah tau!" Hijriah bertegas.



"Hijriah, benda yang susah nilah satu imtihan dari Allah untuk menguji tahap iman awak. Awak tak ingin ke berusaha mencapai keimanan tahap 4 plat ? ya’ni mencari kesempurnaan iman. Sabarlah dulu pada setiap ransangan nafsu. Perkara yang Allah haramkan ni sekejap jea, Cuma dalam tempoh belum bersedia nak kahwin ni jea… perkara yang halal dalam Islam lagi luas nanti. Didiklah sikit nafsu tu agar tak mengatasi akal. Dah tak lama pun untuk awak rasai cinta lelaki bernama suami. Penuh redha Ilahi. Sabarlah… tahan dulu rasa cinta tu untuk diluahkan pada waktu yang sepatutnya nanti. Tentu kemanisannya lebih terasa dan yang penting diiringi rahmat Allah S.W.T. Kudusnya mujahadah memelihara cinta di atas landasan-Nya.



Dr. Rosmawati dah pun menerangkan secara panjang lebar tentang indahnya cinta selepas kahwin ketika kita mengikuti Bengkel Mekar Setaman di UM dulu… masih ingat tak lagi?" jelas Khazinatul Asrar.



"Tapi, saya nak jadi isteri Tsabit! Nanti takut tak kesampaian…" luah Hijriah.



Khazinatul Asrar merenung lemah wajahnya. Lidahnya beristighfar lagi untuk kesekian kalinya.



"Apa yang cuba saya sampaikan nampaknya tak kesampaian. Awak masih kurang faham…" keluh Khazinatul Asrar berbaur hampa.



"Memang… memang saya tak faham dan saya tak mahu faham. Kehadiran awak sebenarnya untuk merampas sesiapa saja yang ingin saya cintai. Kau ni perampas!



Pencuri! Jangan cuba rampas Tsabit dari saya…." Hijriah bingkas bangun dari kerusi.



Buku nota berwarna biru itu dihempas kasar ke meja seolah-olah satu luahan kemarahan. Khazinatul Asrar terkejut dan tidak menyangka Hijriah sanggup sekasar itu dengannya. Khazinatul Asrar beristighfar panjang lagi.
Kenapakah tiba-tiba sahaja konflik tercetus. Dahsyatnya peranan syaitan meracuni kefahaman temannya

.


Dia juga kesal dengan tuduhan tidak berasas terhadap dirinya sebagai perampas dan pencuri. Jiwanya tersentak.



Buku yang ditinggalkan di depannya itu dibelek-belek lembut. Fikirannya berserabut dan bercelaru. Dia menyalahkan dirinya sendiri yang mungkin terlalu lemah dalam menyampaikan hujahnya kepada Hijriah menyebabkan Hijriah mula tersalah tafsir.



"Mungkin methodku tidak kena.." bisik hatinya. Di samping itu, dia memperbanyakkan zikir untuk mencari ketenangan hati. Semakin direnung-renung buku itu, persoalan lain pula yang bertandang di mindanya. Tiba-tiba sahaja dia terfikir sesuatu.



"Warna yang sama!" bisik hatinya,. Tangannya terus mencapai nota biru yang masih terselit di dalam failnya. Dia cuba membanding-bandingkan warnanya. Ternyata sama sahaja. Lagipun Tsabit gemar memakai baju berwarna biru lembut ke dewan kuliah


.

Mungkin warna kegemarannya. Hatinya mengesyaki sesuatu.



"Kalau Tsabitlah orang yang menggangguku dengan nota itu, apa yang dituntutnya?" fikirnya. Namun, dia tidak mahu menuduh sembarangan. Bimbang tersilap membuat perhitungan. Terngiang-ngiang pula di telinganya title ‘perampas’ dan ‘pencuri’ yang Hijriah tuturkan. Pencuri? What’s up? Apa yang aku curi? Apa sebenarnya ni?



Keresahan terhadap konflik yang tercetus antaranya dengan Hijriah dibebani pula dengan persoalan nota misteri. Hatinya bertasbih memuji kebesaran Ilahi yang Maha Mengetahui. Minta diberi kekuatan. Apakah situasi yang bakal dihadapinya nanti. Mungkin dia perlu mengalah dan meminta maaf daripada Hijriah. Lagipun, Hijriah mudah dipujuk dan marahnya tidak berlaratan. Hatinya lembut.



"…Ya Allah, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Mu yang sebenar…"


Doa Robithoh dijadikan penawar resah hatinya. Buku-bukunya yang berselerak mula dikemas. Keresahan yang bersarang tidak mengizinkannya untuk meneruskan revision. Langkahnya diatur pantas untuk segera tiba di biliknya, berjumpa Hijriah.



Di suatu simpang, dia bertembung dengan Intan Izma yang menyapa lembut. Gadis sebelah biliknya itu memang peramah. Suka mengambil berat masalah orang.



Sesuailah dengan statusnya memilih course Undang-undang. Semua masalah nak diselidikinya… bakal peguamlah katakan.



"Asrar, kenapa tak temankan Hijriah ke stesyen komuter. Katanya tadi nak balik Kajang." Intan Izma bersahaja gayanya. Khazinatul Asrar agak terkejut dengan berita itu.



"Hijriah balik? Intan tak tanya berapa hari dia nak balik?" garis-garis keresahan terjalur pada wajah tenang itu.



"Marahkah dia?" detik hatinya.



"Eh, macam mana teman sebiliknya boleh tanya saya pula, gaduh ya?" duga Intan Izma. Dia memang cekap menduga suasana.



"Gaduh? Tak adalah… tak sefahaman sedikit je. Insya-Allah, tak lama," jujur pengakuan Khazinatul Asrar. Dia tahu kalaupun dia berdalih Intan Izma pasti dapat menghidunya juga.



"Biasalah tu Asrar, asam garam persahabatan. Alah…jangan bimbang, dia balik sekejap jea tu. Kajang bukan jauh sangat. Nak berulang hari-hari pun tak jadi hal punya. Lagipun Hijriah tak ada bawa beg besar. Handbeg jea.



Handbegnya tu membuktikan dia bukan bertujuan nak balik lama. Tapi itu bukanlah hujah yang konkrit sebab mungkin dia dah ada simpanan baju kat rumah. So, buat apa nak bawa beg besar-besar, kan?!" Intan Izma rancak berceloteh. Sepatah ditanya, serangkap perenggan dibalasnya. Bagaikan berada di mahkamah pula


.

"Tak apalah Intan. Terima kasih kerana beritahu saya hal nie. Hah, Intan nak ke mana pulak ni?" Khazinatul Asrar cuba meringkaskan pertemuan. Dia dah cukup faham kalau dilayannya lawyer sorang ni, 24 jam pun tak cukup.



"Saya nak ke kamsis Dato’ Onn. Jumpa Chee Wah. Nak Tanya dia pasal handset dia yang tercicir tu samada dah jumpa atau belum. Dia tu pelupa. Dia cakap tercicir tapi ada kebarangkalian handsetnya tu dicuri berdasarkan fakta yang diberi. Lagipun kes kecurian handset bukanlah benda asing lagi kat sini. Chee Wah ni kena siasat betul- betul sepatutnya. Tak mustahil roommate dia sendiri yang mencuri. Bukan semua roomate boleh dipercayai. Ni saya nak cuba selidik kes dia ni… tak boleh biarkan



Chee Wah ni settlekannya sendiri," jelasnya panjang lebar. Selepas itu, mereka membawa haluan masing-masing.



Setibanya di bilik, Khazinatul Asrar mendapati ada sekeping nota berwarna biru lembut di atas katilnya.



##Asrar, saya minta maaf atas apa yang berlaku. Izinkan saya balik ke Kajang untuk menenangkan fikiran. Saya berasa malu atas perlakuan saya tadi. Beberapa hari lagi saya akan kembali. Maafkan saya…##




Khazinatul Asrar menarik nafas lega. Dia tidak mahu konflik itu berlarutan. Kehadiran nota itu benar-benar menenangkannya. Dia bertahmid meluahkan kesyukuran. Namun setelah seketika, nota Hijriah yang berwarna biru lembut itu mengembalikan ingatannya terhadap nota-nota misteri yang sering kali diterimanya.
Dia sebenarnya cuba melupakan persoalan itu kerana ianya bagaikan suatu mainan yang sia-sia. Tiada motifnya. Masih banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan. Namun, situasi ini mengundang persoalan tentang nota misteri itu untuk hadir lagi.



“Tulisannya tidak sama.Jenis kertas pun berlainan,” Khazinatul Asrar membanding- bandingkan nota Hijriah dengan nota-nota yang diterima sebelumnya. Wajahnya hampa. Dia bingkas bangun memperbaharui wudhuknya. Di saat-saat resah begitu, al-Quranlah penawar paling mujarab baginya kerana Al-Quran adalah warkah cinta dari Pencipta. Allahlah Kekasih yang paling memahami. Masakan tidak, Dialah raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta. Lihatlah hanya dengan satu sifat cinta-Nya yang dilontar ke bumi, berkasih sayanglah semua makhlukNya hatta binatang sekalipun. Bayangkanlah 99 lagi sifat cinta yang masih bersama-Nya.
Subhanallah! Agungnya cinta Ilahi…




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers