nak 'couple' boleh tak?

Memang ramai r yg tanya soalan nie n jwpn dier plak byk sgt. Ader gak yg tak puas ati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. N seperti yg kta taw kenyataan ini mmg menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan remaja mcm sy sekarang nie.

Mengapa Ber’couple’ Haram?


"Ya, npe?knpe kapel tu haram???lg pun ade gak yg kapel2 nie xberjumpa langsung n xbwat maksiat mcm pgg2 tgn cemtu r..juz msg n call jer..so, xkan haram kot???"...nie la persoalan yg slalu bermain d benak remaja skrg..kekdg sy pun terpikir gak..so sy try r kaji sket2..ha3..ye je..ye la kot..ngeh3..

Sekarang kta tengok kt persoalan utama. Kt sinilah timbulnya kontroversi di antara kta. Bagi yang ber ‘couple’, msti perasaan ingin tahu diorg tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta diorg itu..ceys..

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan nie, kta perlulah merujuk kembali kepada manual kta yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kta oleh junjungan besar kta Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kta.

Ader gak yg ckp, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, so npe tak bleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, dalam Surah Yasin(36) ayat 36:

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”


Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”


Tp ayat-ayat nie tak menjelaskan yang kta bleh mengadakan hubungan percintaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".

Dalam ayat nie, jelas Allah telah memerintahkan kta supaya kta menjaga pandangan kta drpd memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kta menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”.


Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Sesiapa yang pernah menjadi pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Drpd ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”


Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Cbe korg teliti firman Allah tadi. Dlm ayat ini, Allah melarang kta mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ ( jangan hampiri ) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ ( jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kta hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina.


Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”


Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:


“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”


Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM! Wallahua’lam.

by Mohamad Aizuddin

8 comments:

IzhaarAmin said...

ana sokong anta din!!
kemah molek! hidup aizudin!!!
pah ni,post banyok lagi entry lagu ni.banyak manfaat!

Anonymous said...

wah..terkesima....

AmirSyafiq said...

smart ah drako, jgn ckp saje tau

Arrharatnasari Kachong Ma'arof said...

nice post!

betul!kita semua dah matang, dah boleh berfikir baik dan buruk.jadi setiap tindakan yg kita buat, baik dan buruk fikirlah sendiri akibatnya.nak elak kapel jauhkan jalan2 yang buka kepada kapel.

cinta bukan segalanya!

Nurul Athirah said...

nikah itu menghalalkan segala..

so... say no love before 'nikah'

ait?..tamhidi pun blum abes lg k..
kejar cita-cita dulu ye sahabat !!

adioss

haidaf said...

btul3..
law yg tgh kapel tuh,
clash larrrr,lepaskan si dia dgn
IKHLAS...

Law korg xkuar brsama sekalipn,
xbrsentuh sekalipun,
n xmmbuat prkara2 yg mghampiri ZINA,

korg ley ke lari drpd ZINA HATI???

lepaskan si dia dengan ikhlas!!!

kapel tuh,mngurangkan kemanisan berumah tangga!!

*buka minda,buka hati,kenali diri*

Iqmal Hisham Kamaruddin said...

Salam...Ayat dh kemas dh cuma pelaksanaan saja yg x nmpk brkesan lg...apa pun tahniah ats ksedaran yg mnimpa diri.Truskan brjuang mnuju jalan-NYA..Wasalam...

syifa' said...

alhamdulillah..a nice entry..mslh couple ni memang x pernah selesai selagi manusia sendiri memberi ruang n peluang kpd syaitan utk menguasai diri..oleh itu, wahai siswa n siswi islam sekalian,teguhkan iman kita utk merawat segala zina yg telah menjadi punca kpd segala maksiat..tepis segala godaan and cubaan dunia yg tiada akhirnya ini..wallahu'alam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers