Dekan...

In the name of Allah...

Kelihatan indah apabila melihat ke luar jendela, seekor burung nuri berterbangan bebas seiring rasa nalurinya. Begitu juga manusia yang dianugerahkan hati dan perasaan untuk saling mengenali saudaranya yang lain. Kepelbagaian dalam berfikir akan membuatkan kita lebih dekat pada sang Pencipta kerana Dialah yang menyatukan hati2 suci ini.

Jangan tersilap menghakimi diri seseorang kerana bukan semua manusia itu lahir dari satu benih yang sama. Setiap satunya pasti dilengkapi dengan seribu satu kisah yang ada kalanya tidak pernah terlintas dek akal fikiran.

Tidak perlu pergi jauh... mari kita melihat sekeliling. Toleh ke kanan dan ke kiri... pasti ada sahaja watak baru yang akan muncul. Kalau bukan teman serumah, mungkin makhluk lain seperti cicak atau semut yang akan menceriakan lagi plot penceritaan kita.

Bersesuaian dengan Majlis Anugerah Dekan & Taklimat Program Sarjana Muda siang tadi, mari kita sama-sama muhasabah diri akan segala khilaf yang pernah dilakukan. Mungkin pada semester lepas, terdapat sebahagian yang tidak memperoleh keputusan yang membanggakan.


Tetapi ingatlah bahawa bukan itu matlamat utama kehidupan ini. Jelas sekali firman Allah dalam kitabullah
وما خلقت الجن والاءنسان إلا ليعبدون

Kutiplah segala ilmu yang dititipkan buat kita baik akademik mahupun deeniah. Kerana Allah tidak menilai seseorang dengan banyaknya trofi atau sijil yang dimilikinya, tetapi usaha dan tawakal kita kepadaNYa...

Teman-teman...
Bukan kamu tidak pandai. Tapi mungkin agak kurang tekun dan rajinnya... Ingat! mardhatillah itu adalah yang utama. Sebagai motivasi sem ke2 dan kenang-kenangan buat yang tidak dapat hadir...

kawan2... jangan lupa ye janji kita naik pentas akhir sem 2 ni !

congratulations!!!

bakal2 sarjana muda..."kamu ni dah macam anak2 saya..."

"Pilihan ada 4, nak yang mana ye?"

Asyik sungguh mendengar tu.

apa yang penting? "diri kita sendiri...passion"

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers